Post ini telah di copy paste daripada blog Jil Fityan
Original post di sini:
Sejak pertama kali melihat iklan rancangan Liga Ilmu :
Debat Imam Muda Vs Ustazah Pilihan mahu ditayangkan
di Astro Oasis, mata saya terpana dan minda saya terfikir,,
"Adakah rancangan ini sesuai?? Dengan santapan iklan
yang gah kepada penonton, dengan menyiarkan beberapa
babak perdebatan hebat, disamping pesertanya pula "bukan
calang-calang orang", iaitu Imam Muda dan Ustazah
Pilihan, sudah pastinya mampu menarik ramai penonton
untuk melihat rancangan ini.
Setelah melihat episod demi episod rancangan debat ini
Setelah melihat episod demi episod rancangan debat ini
,sangkaan dan kecurigaan saya terhadap program ini
ternyata benar. Rancangan yang berselindung dibawah
tema "Liga Ilmu" ini rupanya lebih banyak membawa
keburukan daripada kebaikan. Dengan konsepnya
membawa isu-isu semasa untuk diperdebatkan
kemudiannya dikaitkan dengan gender dan agama sebagai
modal perdebatan, ternyata tidak bertepatan dengan title
"Liga Ilmu" yang diberikan, malah lebih banyak menjurus
kearah sia-sia. Mengapa saya berkata demikian...
Pertama) Tajuk yang tidak bersesuaian dan menimbulkan
kontreversi. Sebagai contoh,tajuk debat seperti "Lelaki
adalah pemimpin secara Mutlak.." "Isu buang bayi. Salah
siapa..??" "Isu perceraian. Salah lelaki atau perempuan..".
Relevan kah?
Kedua) Konsep rancangan ini, iaitu mempertahankan
GENDER. Para peserta debat Imam Muda dan Ustazah
Pilihan yang berlainan gender akan bermatian menyokong
hujah masing-masing. Bertegang urat demi menegakkan
bahawa gender mereka terbaik, gender mereka dipihak yang
benar, sementara pihak lawan sudah pastinya menjadi
pesalah pada setiap isu-isu perdebatan. Hal ini sudah
pastinya boleh menimbulkan fitnah kepada para pendebat
yang berstatus Imam Muda dan Ustazah Pilihan.
Ketiga) Kedua-dua belah pihak yang ingin mempertahankan
hujah masing-masing, kedua duanya menunjukkan
kehebatan dengan membacakan ayat-ayat suci Al-Quran
dan Hadis. Dalil-dalil Al-Quran Hadis dilontarkan untuk
mempertahankan hujah, digunakan untuk menyerang hujah
lawan, malah turut dijadikan bahan untuk memperli antara
satu sama lain. Pendek kata, nas nas ayat suci ini disepak
terajang kesana sini, yang mana membantu bagi pendebat
maka dipetik, yang mana tak membantu maka dibuang.
Situasi ini boleh diibaratkan seolah Al-Quran dan Hadis itu
tiada nilainya, dan boleh digunakan sewenangnya demi
memenuhi tuntutan emosi pendebat yang mempertahankan
gender masing-masing.
Saya membuat kronologi seperti contoh ini. Misalnya Imam
Muda menggunakan nas Quran Hadis dalam
mempertahankan hujahnya. Ustazah Pilihan pun
menggunakan nas Quran Hadis untuk pertahankan
hujahnya. Kedua-duanya saling tidak mengalah. Soalnya
sekarang, sekiranya hujah berdasarkan nas Al-Quran Hadis
daripada Imam Muda itu betul, apakah ini bermakna hujah
yang juga dari nas Al-Quran Hadis daripada Ustazah Pilihan
itu salah?
Atau hujah Al-Quran Hadis dari Ustazah Pilihan itu betul,
Atau hujah Al-Quran Hadis dari Ustazah Pilihan itu betul,
apakah Hujah nas Al-Quran Hadis dari Imam Muda itu pula
yang salah??
Bukankah ini secara terang-terangan Al-Quran dan Hadis
telah dipergunakan, diperbodohkan oleh kedua-dua pihak
semata-mata mahu menyokong hujah emosional dalam
mempertahankan gender masing-masing. Ia bukan sahaja
telah membuka ruang kepada penyelewengan pentafsiran
Al-Quran dan Hadis, malah lebih teruk dari itu, ia menjadi
fitnah yang maha dasyat kepada Al-Quran, Hadis, dan Islam
itu sendiri.
Keempat) Moderatornya, Dr Ridhuan Tee berperanan
sebagai orang yang "membakar" agar situasi jadi tegang.
Beliau dengan sengaja memainkan sentimen dan
menggunakan status gender peserta debat sebagai modal
ulasan dan soalan kepada peserta. Fenomena ini sudah
pastinya mencetuskan ketegangan sewaktu debat, dan yang
nyata menjadi kontreversi dan ketidaksenangan dikalangan
penonton.
Alangkah sedihnya melihat para Imam Muda dan Ustazah
Pilihan yang ada ilmu tetapi hakikatnya tidak cerdik, senang-
senang menyerahkan dan membiarkan diri mereka
dipergunakan oleh pihak Astro yang hanya mahu mencari
rating tinggi dan mencari populariti dengan rancangan
tersebut. Terdetik dihati saya, betapa berapa ramai
penonton bukan Islam tergelak ketawa menyaksikan
perdebatan bodoh dan sia-sia dari orang-orang celik agama
ini.
Marilah kita pakat berdoa, agar para Imam Muda dan
Marilah kita pakat berdoa, agar para Imam Muda dan
Ustazah Pilihan bertaubat dan insaf, serta menarik diri
daripada rancangan ini.
===================================================================================
===================================================================================
SHAH ALAM: Seorang ulama hari ini menegur Astro Oasis kerana menganjurkan program perbahasan bercorak Islam tetapi membabitkan isu-isu yang tidak mengikut syarak dan syariat agama itu.
Liga Ilmu musim baru terbitan stesen televisyen itu antara lain menampilkan barisan Imam Muda dan Ustazah Pilihan yang berbahas topik-topik seperti ‘Lelaki Atau Perempuan Lebih Layak Jadi Pemimpin?’, ‘Lelaki Lembut Vs Perempuan Ganas’, 'Remaja lari dari rumah, salah ibu atau bapa?' dan 'Pemimpin....hak mutlak lelaki ?'.
Ulama muda Fathul Bari Mat Jahya berkata, format rancangan itu berserta topik-topik sedemikian menjadikan Islam sebagai bahan hiburan.
Menurut beliau, tajuk-tajuk berkisar pada gender, dan "persaingan" antara lelaki dan wanita untuk program agama tidak sesuai kerana ia hanya menjadi perdebatan yang saling menuding jari antara satu sama lain.
Fathul Bari berkata, beliau bimbang program agama itu lebih berbentuk provokasi dan menggesa Astro Oasis meneliti kembali matlamat dan memperbaiki konsep program dari segenap sudut agar ia dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.
Beliau menegaskan keperluan untuk memastikan program agama sentiasa berpaksi kepada perbincangan ilmu berkualiti, pemilihan topik yang diserasikan dengan realiti masyarakat semasa dan bukan mengajak ummah untuk menuding jari dan mencari salah antara satu sama lain.
“Adakah dari sudut etika, lelaki dan wanita dengan cara berhadapan seperti itu, dengan adab, dengan gaya bersuara, dengan lenggok bahasa, dengan lenggok tubuh badannya....diharuskan di dalam Islam?” tanya beliau.
Fathul berkata cara penyampaian hujah debat dalam program Liga Ilmu kadang-kadang jauh tersasar dan penuh dengan emosi.
Hal ini secara tidak langsung seperti merendahkan maruah dan kredibeliti status ‘imam muda’ dan ‘ustazah pilihan’ yang disandang peserta berkenaan, kata beliau.
“Nak berbahas, kita perlu terbuka, dada kena terbuka. Kita nak kritik pendapat orang, kita juga kena terbuka dan sedia dikritik," kata Fathul.
“Kalau apa yang dia(pihak lawan) kritik bertepatan dengan syarak, kita kena terima. Tidak boleh kerana kepentingan diri kita, kerana hati kita, kita nak ketepikan petunjuk syarak semata-mata kerana rasa tidak puas hati”, ujar beliau.
Dalam memilih topik perbahasan, Fathul berkata penerbit rancangan harus sedar bahawa Islam mempunyai cara tertentu dalam mengangkat kedudukan wanita dan pada masa sama kedudukan dan tanggungjawab lelaki tidak pernah dipertikaikan.
Rancangan Liga Ilmu menampilkan pensyarah Universiti Pertahanan Nasional dan penceramah bebas Dr Mohd Riduan Tee Abdullah sebagai moderator.
Liga ILmu ditayangkan di Astro Oasis, saluran 106, setiap hari Khamis, jam 10 malam.
No comments:
Post a Comment