Monday, September 24, 2012
Kata mereka, aku gila?
Mereka bilang aku menjelekkan,
Aku pun tidak tahu kenapa...
Padahal aku dilahirkan sempurna sifatnya,
Cukup anggotanya..dididik dgn rotan dan kata-kata,
Mungkin aku 'lapan buah jamban',
Tapi itu kata mereka...aku tidak pernah mengerti...
Dilabelnya aku makhluk romantis,
Aku terdiam..menyepikan diri seketika...
Berfikir sejenak...
Salahkah aku menyintainya? Kenapa aku perlu terpukul oleh kata-katanya? Dia siapa? Aku siapa?
Dan aku kembali...
Kembali hanya untuk dicerca lagi...
Ah, silapku juga..
Orang memberi hanya pabila diberi izin...
Ku terdiam lagi, kerna ku tahu silapku...
Amarahnya tidak perlu disimbah dengan petrol,
Cukup ditemani dengan cengkerik malam...
Manusia,
Jika tidak seteru dengannya dibilang jelek, gila..
Siapa tahu, mungkin aku yang normal...bukannya kau?
Oh, jadi puak majoriti itu normal..itu logikmu..
Minoriti ini mahu kau campak ke mana?
Jelek aku ini biarlah begini, apa perlu kau runsing?
Biarlah aku dengan otak sengetku, dan kau...kau dengan apa-apa saja yang kau suka..
Aku bahagia begini, takperlu hipokrasi untuk menyenangkan hati orang yang tak pernah ku kenali...
Hari kian larut, malam kian semput...
Ujian makin banyak yang bertaut..
Dia pula semakin menjauh diri..
Dia, tempat aku bercerita...tempat aku bergila-gila suatu tika dulu..
Walaupun sekarang dia tak mahu menyahut...
Cukuplah ku tahu, dia masih ada..
Walaupun bukan untukku...
Muhammad Fahmi Faiz
24 September 2012
02.16am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment