hatbit

Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Sunday, March 24, 2013

Kuburkan Sifat Benci Anda

Assalamualaikum,

Kadang2 ada manusia yang dah berkawan sejak dari kecik, makan sama2, mandi sama2, naik basikal gi sekolah sama2, lepak tepi jalan main gitar sama2...tiba2 satu masa, mereka berkenalan dan jatuh cinta pada gadis yang sama..

sekadar gambar hiasan, sape peminat Matluthfi90 tau ler cilok pic ni dari mana... ;)


Mulai dari situ, bibit-bibit perkelahian dan kebencian serta irihati tidak lupa juga pergaduhan mula muncul serta membarah di dalam diri sanubari dua insan ini...

Cerita tu cuma contoh je, takda kaitan dengan sesapa... =)
Tapi, kenapa boleh jadi sampai mcm tu sekali...sebuah persahabatan yg dibina selama 25tahun, kadang boleh hancur taksampai 25minit...

Kadang2 punca perbalahan bukan besar sangat pun...setakat berebut awek, si A takpulangkan baju Avenged Sevenfold si B..dah la pulangkan sebulan pastu, takbasuh plak tu...takcakap kat sape2, aku citer ni pasal orang kt planet Marikh, takda kaitan dgn sape2 orang Bumi pun.. =)

kesian alien ni, aku fitnah dia...sori cik alien


Kadang2 disebabkan ego dan perasaan taknak mengalah, masing2 taknak mengalah (ayat dah bengong, menaip pukul 4pagi). Maka perbalahan ni berlanjutan sampai 1tahun, 2tahun...ada yg tak bertegur sapa sampai 7-10tahun...mmg kuat betul ego masing2...

Manusia memang takbleh nak lari dari pelbagai masalah, masalah dengan kawan, rakan sekerja, pasangan, ibubapa, lecturer....tapi suatu hari nanti, tak kira lah betapa egonya kita taknak cakap dgn seseorang tu, kutuk maki macam2...

hentikan tabiat mengumpat dan mengata org...silence is golden
lebih banyak kita bercakap, makin byk keperibadian kita terserlah pada orang (baik dan buruk)



Ada satu masa, kita terpaksa mintak tolong dengan dia...sebab dah takda org lain yg kita boleh harapkan, takda org lain yg boleh buat tugasan tu sebaik dia...waktu tu lah kita akan sedar, takda gunanya benci membenci...menyusahkan diri sendiri...

there's no else i can trust...pleaseeee ʕ•ᴥ•ʔ


Lebih baik beranikan diri, bersemuka dengan dia...dan minta maaf awal2...lebih baik tebal muka sekarang, daripada tebal muka mintak maaf & mintak pertolongan dia di kemudian hari...



Jadi, kalau ada kawan2 korang yang penah buat salah, makan nasi bungkus kita, pakai deodoran korg tanpa kebenaran, dia kritik perangai kita dgn kata2 yg agak keras, rampas awek kita, dia kantoi hack fesbuk kita dan lain-lain....takda salahnya kalau kita sendiri yg mintak maaf kerana berkasar/mencemuh dia...

setakat nasi bungkus 3ringgit, halalkan je lah ;p


Walaupun terbukti dia yang bersalah, tapi kalau kita yg pergi mintak maaf (sbb kesalahan kita duk kritik dia secara terbuka), aku rasa insan yg buat salah tu pasti akan rasa lebih malu dengan perbuatan dia....dalam masa yg sama, respek dia pada kita pun akan meningkat...sbb berani & sanggup rendahkan ego utk minta maaf...ramai manusia yg sanggup memaafkan, tapi takramai yang berani utk minta maaf...mintak duit pandai pulak...ish3    ¯\_(ツ)_/¯

Daripada simpan dendam dan kesumat, lebih baik memaafkan dan mintak maaf....hidup anda akan jadi lebih tenang dan tidur pun lebih lena.... ☜(⌒▽⌒)☞

Wassalam =)

Tuesday, April 3, 2012

Kenapa perlu buang bayi?

Assalam,


Baru-baru ni aku bukak YouTube, dah lama tak tengok video2 klip...jadi, aku bukak channel rockband Khalifah...style band ni agak rock kapak sikit..tapi pasti enjoy la..try listen for yourself...



Cover album pun dah macam band rock kapak tahun 90-an :D




By the way, aku terjumpa satu lagu dorang...lagu ni dah dekat setahun di 'release', tp aku taktau kenapa baru sekarang aku jumpa kat YouTube...dan lirik lagu ni mcm ke arah nasyid, tapi bagus la..dah nama band pun Khalifah =)


Lagu Sayangilah Aku..lirik lagu ni dibuat seolah-olah menggambarkan perasaan seorang bayi yg telah dibuang oleh ibubapa sdiri (anak luar nikah)


Seolah-olah nak cakap bahawa, 
kalau bayi tu boleh bercakap, sudah tentu dia akan mengatakan begini...














Okey, ini link video kat YouTube 


http://www.youtube.com/watch?v=XIc15ZGFMyY


Ni video yg aku embed letak kat sini:







Dan, lirik dia....hayatilah elok-elok...mendalam maksudnya..
Kalau pihak kerajaan/swasta nak buat kempen elakkan pembuangan bayi...memang lagu ni amat sesuai.. :')


Lirik lagu Khalifah - Sayangilah Aku

Sayangilah aku,
Walau sesaat itu cukup untukku,
Bisikkanlah aku,
Kata-kata cinta yang indah padaku.

Ooh, terimalah diriku hadir dalam hidup mu,
Walaupun ku tahu,
Aku dosa-dosa mu,
Itulah takdirku.

Kasihanilah aku,
Agar jelas cahaya di depan mataku,
Kau pandanglah aku,
Agar bisa kau selami hati kecilku.

Ohh, mungkinkah aku hanya,
Sesalan cintamu,
Terlanjur memanggilku dan terburu nafsu,
Lalu membunuhku.

Oh tuhan,
Tiada siapa yang tahu betapa deritanya aku,
Menahan sakit zahir dan batinku,
Tapi tetap ku lafazkan kalam suci dari nurani,
Ku unjukkan pada ilahi robbil izzati,
Semoga dosa-dosa ini diampuni.

Insan fahamilah diri ini,
Aku tak mengerti jika aku disakiti,
Kering air mata ini,
Tanpa disedari akhirnya terhenti,
Suara tangisan ini seketika didengari,
Kini tiada lagi.

Sayangilah aku,
Walau sesaat itu cukup untukku...


p/s: Hmm, sangat comel patung dalam video tu...patung kucing atau arnab tu? :D

Monday, February 13, 2012

Aku mintak maaf.

Aku mintak maaf.









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...