hatbit

Friday, December 30, 2011

TARIKH TUKAR MYKAD BARU 3 JANUARI 2012

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan 


MyKad baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini 


secara berperingkat mulai Selasa ini, kata Ketua 


Pengarahnya Datuk Jariah Mohd Said.




Beliau berkata pengeluaran MyKad baru akan dilaksanakan 
secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah 
Alam, Selangor, sebelum dilaksanakan sepenuhnya di 
seluruh negara selepas 15 Feb ini. Katanya orang ramai 
digalak menukarkan kepada MyKad baru itu tetapi ia bukan 
wajib.

“MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan Polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.
“Selain itu, MyKad baru mempunyai “ghost image” yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku,” katanya pada sidang media di sini.

Jariah berkata JPN yakin pengeluaran MyKad baru yang 
mengikuti piawaian antarabangsa tidak mudah rosak dan ia 
dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan 
MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-
akhir ini.

Beliau berkata MyKad baru telah menambahbaik 
keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan 
tekonologi terkini dan ia telah memperkukuhkan daya lekatan
 antara lapisan cetakan dengan “overlay” dengan reka 
bentuk yang telah ditambahbaik. -BERNAMA


Sumber Selengkapnya Disini 
http://www.asyrafasnawi.com/gambar-dan-maklumat-mykad-baru-2012/

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...