hatbit

Showing posts with label 2012. Show all posts
Showing posts with label 2012. Show all posts

Wednesday, January 11, 2012

Wishlist 2012 Part 1

Assalam,


Aku jalan2 kat blog orang lain,,tengok dorang post wishlist kat blog masing2...aku pon nak jugak buat wishlist .. :D


Dan, aku bukan nak buat wishlist pasal akademik for example, dapat 4flat sem ni, nak membanggakan ibubapa..puasa penuh...not that kind of thing la...sbb yg tu ofkos la semua orang nak kn? Orang gila pon nak dapat 4flat...


Aku maksudkan wishlist yg membawa maksud 


"kehendak diri yg menjurus kepada hal keduniaan dan kebendaan serta materialistik"


InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih...aku nak benda2 ni :DD


1. Analog Camera - Holga 120CFN



Smart kot kamera ni,,walaupon bukan digital..tapi design style kot...kalau bawak kamera ni,,gi snap pic kat wedding sape2,,sumpah stylo :DD

Dan yg best nye,,kamera ni ada color flash...maksudnye kalau kita set dia utk keluar flash..boleh pilih kaler ape flash tu...ada biru, merah, kuning dan putih (flash biasa)

Kamera digital DSLR korang yg berpuluh-puluh ribu ringgit tu ade ke colour flash mcm kamera analog ni?? :P


2. Nokia E66



Nokia E66, henset slide yg smart dan sesuai utk bisnesman (mcm aku,,haha)

Siap ade WiFi lg...boleh la aku bukak Maybank2u.com kat mana2 je...bleh check emel kat Stesen Bas Kangar..takyah bukak laptop/PC...

Henset Samsung Champ aku elok lagi...waranti banyak bulan lg,tapi aku minat kot Nokia E66 ni...ade sesapa nak jual E66 ? Aku nak beli..kalau harga & pakej yg diberi berpatutan, aku nak la..tulis je nama & nombor telefon korang kat shoutbox tepi tu atau komen kat bawah :)

Itu je la dulu utk Wishlist 2012 Part 1...pasni maybe ada Part 2 :)

Sekian..

Wassalam =)

Friday, December 30, 2011

TARIKH TUKAR MYKAD BARU 3 JANUARI 2012

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan 


MyKad baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini 


secara berperingkat mulai Selasa ini, kata Ketua 


Pengarahnya Datuk Jariah Mohd Said.




Beliau berkata pengeluaran MyKad baru akan dilaksanakan 
secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah 
Alam, Selangor, sebelum dilaksanakan sepenuhnya di 
seluruh negara selepas 15 Feb ini. Katanya orang ramai 
digalak menukarkan kepada MyKad baru itu tetapi ia bukan 
wajib.

“MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan Polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.
“Selain itu, MyKad baru mempunyai “ghost image” yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku,” katanya pada sidang media di sini.

Jariah berkata JPN yakin pengeluaran MyKad baru yang 
mengikuti piawaian antarabangsa tidak mudah rosak dan ia 
dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan 
MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-
akhir ini.

Beliau berkata MyKad baru telah menambahbaik 
keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan 
tekonologi terkini dan ia telah memperkukuhkan daya lekatan
 antara lapisan cetakan dengan “overlay” dengan reka 
bentuk yang telah ditambahbaik. -BERNAMA


Sumber Selengkapnya Disini 
http://www.asyrafasnawi.com/gambar-dan-maklumat-mykad-baru-2012/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...