SINOPSIS FILEM BUNOHAN
BUNOHAN adalah nama sebuah kampung di Kelantan. Filem ini merupakan sebuah kisah tragik kasih sayang antara tiga beradik tiri dan bapanya yang kian uzur. Kisah pergelutan mereka untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dan restu bapa, kian beransur ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan. Filem ini bermula jauh di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia. 'Bunga Lalang' atau Adil mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Tomoi yang melibatkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa. Adil cedera parah dalam pertarungan itu. Sahabat lama Adil sempat menyelamatkannya dari maut, menyebabkan mereka melarikan diri daripada penganjur pertinjuan haram tersebut, Jolok.
Ilham, seorang pembunuh upahan dihantar untuk memburu mereka sementara kedua-dua sahabat itu dalam perjalanan pulang ke Kampung Bunohan. Kampung Bunohan juga merupakan kampung halaman Ilham yang sudah lama ditinggalkan.
Ilham tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya berada di hujung nyawa. Pada waktu yang sama, Bakar (abang sulung Adil) juga pulang ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapa mereka yang uzur. Bapa Bakar dilihat giat aktif bermain wayang kulit. Perwatakan baiknya yang mengambil berat akan kesihatan bapanya telah melindungi niat buruk seorang usahawan bercita-cita tinggi. Bakar seorang yang berhati kejam yang sanggup melepaskan segalanya dan membuat apa saja untuk mencapai kekayaan.
Bapa
Bakar mempunyai sebidang tanah berhampiran kelab tomoi Pak Awang
Sonar. Bakar telah bersetuju dengan pengarah projek di Kuala Lumpur
untuk membeli tanah ayahnya untuk mendirikan chalet dan padang golf
berhampiran pantai. Tanah bapa Bakar merupakan laluan utama untuk
masuk ke tapak projek tersebut, maka ianya amat diperlukan.
papan tanda chalet yang akan dibina di Kampung Bunohan
Bakar
telah memujuk ayahnya berulang kali untuk memberikan persetujuan,
namun ditolak mentah-mentah oleh bapanya. Disebabkan Adil kalah dalam
pertinjuan tempoh hari, maka kelab tomoi Pak Awang Sonar digesa untuk
mengadakan perlawanan bagi menebus kerugian yang dialami oleh Jolok.
Jika tidak, tanah kelab itu akan dijual kepada Bakar.
Bapa
Bakar juga ingin memberi tanah seluas 30 ekar kepada Adil yang
merupakan pewaris sebenar tanah tersebut. Terdapat banyak konflik
keluarga yang dimainkan di dalam filem ini.
Pada
akhirnya, Adil meninggal di dalam pertarungan tomoi setelah diracun
oleh Jolok, Ilham pula dibunuh oleh rakannya yg merupakan pembunuh
upahan juga. Dalam usaha untuk Bakar mendapat hak geran tanah itu,
Bakar terpaksa membunuh bapanya sendiri menggunakan pencucuk patung
wayang kulit. Setelah itu, Bakar mendapat kebenaran sepenuhnya untuk
menjual tanah tersebut untuk dijadikan tapak projek chalet.
Muski vs Adli
Pengajaran
- Menolong kawan yang dalam kesusahan.
Sikap
ini terbukti ditunjukkan oleh Muski (kawan Adil) ketika menyelamatkan
Adil sewaktu Adil cedera parah dalam pertarungan tomoi. Malah, Muski
juga membawa Adil berjumpa dengan Pok Wa, seorang yang arif dalam
perubatan tradisional.
Sikap
seperti ini wajar diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia supaya
sentiasa menolong rakan dan taulan semasa dalam kesusahan walaupun
terpaksa bergadai nyawa.
- Hubungan keluarga tergadai kerana tanah pusaka.
Perlakuan Bakar yang mencuba sedaya
upaya untuk memperoleh tanah daripada ayahnya merupakan punca
tercetusnya perbalahan di dalam keluarga mereka. Walaupun Adil dan
Ilham tidak berebut tanah, tetapi bapa Bakar berusaha mengelak Bakar
daripada menjual tanah pusaka tersebut yang bukan hak Bakar.
Keengganan bapa Bakar telah menyebabkan Bakar tidak puas hati dan
melakukan apa yang termampu untuk mendapatkan tanah tersebut.
Seringkali dilihat dalam hubungan
masyarakat di Malaysia, tanah dan harta pusaka menjadi punca utama
perbalahan di dalam keluarga. Golongan muda hanya mahu menjual tanah
pusaka untuk mendapatkan wang segera, namun golongan tua yang lebih
arif tentang kegunaan dan kepentingan tanah yang harus dijaga untuk
generasi masa depan. Seharusnya, pertelingkahan yang berpunca
daripada harta pusaka dielakkan kerana hubungan ibubapa dan anak
adalah lebih penting berbanding harta.
3.
Mengamalkan sikap perpaduan antara kaum.
Pengarah
cuba menyuntik nilai perpaduan apabila menonjolkan persahabatan
antara Ilham, Pok Wa dan rakan mereka yang berbangsa Cina, Cheng.
Cheng sanggup merawat Ilham yang cedera ditusuk pisau.
Rakyat
Malaysia yang berbilang kaum haruslah bersatu padu supaya tragedi
rusuhan kaum tidak berulang lagi dan semoga dapat melindungi antara
satu sama lain.
4.
Kasih kepada ibu bapa.
Sikap
Ilham yang ditunjukkan sebagai ganas dan membunuh orang tanpa belas
kasihan hanyalah sekadar pekerjaannya sahaja. Setelah berpuluh tahun
meninggalkan kampung Bunohan, dia telah berusaha mencari kubur
ibunya, Mek Yah. Namun didapati kubur ibunya telah dialihkan ke
tempat lain oleh seseorang. Marah dengan peristiwa itu, Ilham cuba
mencari orang yang mengalih kubur ibunya dan membunuh mereka.
Walaupun dilihat kejam, tetapi terbukti Ilham amat menyayangi arwah
ibunya. Beliau juga berusaha mengumpul tengkorak dan tulang-temulang
mereka yang dipindahkan, dan kemudian menanam semula tulang itu di
kawasan kubur asal masing-masing.
Sikap
menghormati dan menyayangi ibubapa semakin pudar dalam kalangan
generasi muda di Malaysia. Jika tidak dapat berbakti kepada ibubapa
di waktu mereka masih hidup, sepatutnya kita sentiasa menziarah dan
mengambil berat akan kubur ibubapa dan mendoakan kesejahteraan mereka
di akhirat.
5. Usaha
menghidupkan seni warisan.
Bapa
kepada Bakar seringkali dilihat bersama dengan koleksi wayang
kulitnya. Beliau juga sentiasa bermain wayang kulit dan pernah
mengajar anak-anaknya tentang tradisi wayang kulit.
Seni
warisan seperti wayang kulit yang dimainkan pada malam hari dan
paluan kompang ketika majlis bersanding hampir-hampir pupus dan tidak
lagi dikenali oleh generasi muda. Rakyat Malaysia perlu berusaha
untuk mengekalkan seni warisan yang tidak ternilai harganya ini dan
menjadikannya sebagai salah satu identiti masyarakat Malaysia.
Sekian.
Wassalam =)
No comments:
Post a Comment