hatbit

Showing posts with label kelantan. Show all posts
Showing posts with label kelantan. Show all posts

Thursday, January 3, 2013

Jersi Baru Kelantan The Red Warriors 2013




" CTRL + Left click " untuk tumbesaran gambar di tab baru






*UPDATE*

Antara penaja terbaru Kelantan The Red Warriors 2013 

ialah :

Hotlink, 

Azizan Osman

Sinar Harian,

Mamee,

Syarikat Muda Osman (SMO),

Trace Energy,

Desa Murni Batik,

Redbull,

Keropok Sira Cap Menara,

Pure Reach Spring.

Saturday, August 25, 2012

Rumah itu kaler pink

Post kali ni memaparkan beberapa gambar sebuah rumah di kawasan perumahan di Tanah Merah, Kelantan. 

Bila aku tengok rumah ni, teringat kat kawan seuniversiti aku...dia minat sangat kaler pink, sampaikan ada aku buat lukisan rumah (pakai MS Paint) & bagi kat dia untuk diwarnakan...habis satu rumah kaler pink -_-

Tengok ni haa...


Ok cik akak, yang atas tu imaginasi je....yg bawah ni rumah kaler pink betul...pemilik nya sangat berani kerana sanggup letak kaler 'girlish' kat rumah dia...taktau lah apa pendapat anak2 lelaki dia bila besar nanti, tengok rumah dorang kaler pink..hehe 

Sila tekan CTRL + right click utk tumbesaran gambar di new tab :)


ambik dari jauh



snap kali kedua...smart jugak rumah kaler pink :D


pandangan sisi


menara tangki air pun kaler pink


pandangan sisi yg menampilkan sedikit kawasan letak kereta..



Monday, August 20, 2012

Some people just want to watch the world burn...



This is not right....or perhaps, the workers think this is gonna be cool...having one pole facing the other directions... :D

Location : Foodcourt at Tanah Merah, Kelantan, Malaysia

Wednesday, July 18, 2012

Sinopsis dan Pengajaran dari Filem Bunohan - Sebuah Esaimen TITAS



SINOPSIS FILEM BUNOHAN




BUNOHAN adalah nama sebuah kampung di Kelantan. Filem ini merupakan sebuah kisah tragik kasih sayang antara tiga beradik tiri dan bapanya yang kian uzur. Kisah pergelutan mereka untuk merapatkan ikatan kekeluargaan dan restu bapa, kian beransur ke arah keganasan, korupsi dan pembunuhan. Filem ini bermula jauh di kampung pedalaman bahagian selatan Thailand, berdekatan sempadan Malaysia. 'Bunga Lalang' atau Adil mengambil bahagian dalam pertandingan tinju Tomoi yang melibatkan pertaruhan wang, maruah dan nyawa. Adil cedera parah dalam pertarungan itu. Sahabat lama Adil sempat menyelamatkannya dari maut, menyebabkan mereka melarikan diri daripada penganjur pertinjuan haram tersebut, Jolok.
Ilham, seorang pembunuh upahan dihantar untuk memburu mereka sementara kedua-dua sahabat itu dalam perjalanan pulang ke Kampung Bunohan. Kampung Bunohan juga merupakan kampung halaman Ilham yang sudah lama ditinggalkan.



Ilham tidak pernah pulang walaupun ketika ibunya berada di hujung nyawa. Pada waktu yang sama, Bakar (abang sulung Adil) juga pulang ke Kampung Bunohan kononnya untuk menjaga bapa mereka yang uzur. Bapa Bakar dilihat giat aktif bermain wayang kulit. Perwatakan baiknya yang mengambil berat akan kesihatan bapanya telah melindungi niat buruk seorang usahawan bercita-cita tinggi. Bakar seorang yang berhati kejam yang sanggup melepaskan segalanya dan membuat apa saja untuk mencapai kekayaan.

Bapa Bakar mempunyai sebidang tanah berhampiran kelab tomoi Pak Awang Sonar. Bakar telah bersetuju dengan pengarah projek di Kuala Lumpur untuk membeli tanah ayahnya untuk mendirikan chalet dan padang golf berhampiran pantai. Tanah bapa Bakar merupakan laluan utama untuk masuk ke tapak projek tersebut, maka ianya amat diperlukan.


papan tanda chalet yang akan dibina di Kampung Bunohan


Bakar telah memujuk ayahnya berulang kali untuk memberikan persetujuan, namun ditolak mentah-mentah oleh bapanya. Disebabkan Adil kalah dalam pertinjuan tempoh hari, maka kelab tomoi Pak Awang Sonar digesa untuk mengadakan perlawanan bagi menebus kerugian yang dialami oleh Jolok. Jika tidak, tanah kelab itu akan dijual kepada Bakar.

Bapa Bakar juga ingin memberi tanah seluas 30 ekar kepada Adil yang merupakan pewaris sebenar tanah tersebut. Terdapat banyak konflik keluarga yang dimainkan di dalam filem ini.

Pada akhirnya, Adil meninggal di dalam pertarungan tomoi setelah diracun oleh Jolok, Ilham pula dibunuh oleh rakannya yg merupakan pembunuh upahan juga. Dalam usaha untuk Bakar mendapat hak geran tanah itu, Bakar terpaksa membunuh bapanya sendiri menggunakan pencucuk patung wayang kulit. Setelah itu, Bakar mendapat kebenaran sepenuhnya untuk menjual tanah tersebut untuk dijadikan tapak projek chalet.



 Muski vs Adli



Pengajaran

  1. Menolong kawan yang dalam kesusahan.

Sikap ini terbukti ditunjukkan oleh Muski (kawan Adil) ketika menyelamatkan Adil sewaktu Adil cedera parah dalam pertarungan tomoi. Malah, Muski juga membawa Adil berjumpa dengan Pok Wa, seorang yang arif dalam perubatan tradisional.

Sikap seperti ini wajar diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia supaya sentiasa menolong rakan dan taulan semasa dalam kesusahan walaupun terpaksa bergadai nyawa.





  1. Hubungan keluarga tergadai kerana tanah pusaka.

Perlakuan Bakar yang mencuba sedaya upaya untuk memperoleh tanah daripada ayahnya merupakan punca tercetusnya perbalahan di dalam keluarga mereka. Walaupun Adil dan Ilham tidak berebut tanah, tetapi bapa Bakar berusaha mengelak Bakar daripada menjual tanah pusaka tersebut yang bukan hak Bakar. Keengganan bapa Bakar telah menyebabkan Bakar tidak puas hati dan melakukan apa yang termampu untuk mendapatkan tanah tersebut.

Seringkali dilihat dalam hubungan masyarakat di Malaysia, tanah dan harta pusaka menjadi punca utama perbalahan di dalam keluarga. Golongan muda hanya mahu menjual tanah pusaka untuk mendapatkan wang segera, namun golongan tua yang lebih arif tentang kegunaan dan kepentingan tanah yang harus dijaga untuk generasi masa depan. Seharusnya, pertelingkahan yang berpunca daripada harta pusaka dielakkan kerana hubungan ibubapa dan anak adalah lebih penting berbanding harta.



    3. Mengamalkan sikap perpaduan antara kaum.

Pengarah cuba menyuntik nilai perpaduan apabila menonjolkan persahabatan antara Ilham, Pok Wa dan rakan mereka yang berbangsa Cina, Cheng. Cheng sanggup merawat Ilham yang cedera ditusuk pisau.

Rakyat Malaysia yang berbilang kaum haruslah bersatu padu supaya tragedi rusuhan kaum tidak berulang lagi dan semoga dapat melindungi antara satu sama lain.



    4. Kasih kepada ibu bapa.

Sikap Ilham yang ditunjukkan sebagai ganas dan membunuh orang tanpa belas kasihan hanyalah sekadar pekerjaannya sahaja. Setelah berpuluh tahun meninggalkan kampung Bunohan, dia telah berusaha mencari kubur ibunya, Mek Yah. Namun didapati kubur ibunya telah dialihkan ke tempat lain oleh seseorang. Marah dengan peristiwa itu, Ilham cuba mencari orang yang mengalih kubur ibunya dan membunuh mereka. Walaupun dilihat kejam, tetapi terbukti Ilham amat menyayangi arwah ibunya. Beliau juga berusaha mengumpul tengkorak dan tulang-temulang mereka yang dipindahkan, dan kemudian menanam semula tulang itu di kawasan kubur asal masing-masing.

Sikap menghormati dan menyayangi ibubapa semakin pudar dalam kalangan generasi muda di Malaysia. Jika tidak dapat berbakti kepada ibubapa di waktu mereka masih hidup, sepatutnya kita sentiasa menziarah dan mengambil berat akan kubur ibubapa dan mendoakan kesejahteraan mereka di akhirat.


    5. Usaha menghidupkan seni warisan.

Bapa kepada Bakar seringkali dilihat bersama dengan koleksi wayang kulitnya. Beliau juga sentiasa bermain wayang kulit dan pernah mengajar anak-anaknya tentang tradisi wayang kulit.

Seni warisan seperti wayang kulit yang dimainkan pada malam hari dan paluan kompang ketika majlis bersanding hampir-hampir pupus dan tidak lagi dikenali oleh generasi muda. Rakyat Malaysia perlu berusaha untuk mengekalkan seni warisan yang tidak ternilai harganya ini dan menjadikannya sebagai salah satu identiti masyarakat Malaysia.




Sekian.
Wassalam =)


Thursday, February 23, 2012

Apabila Denda RM500 Dikenakan Kepada Mereka Yang Tidak Menutup Aurat

KOTA BHARU – Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita 

beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini 

dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota 

Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup 

aurat di sini malam kelmarin.


Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-

BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan 

tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat 

dengan sempurna.


Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-

undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 

2002).



gambar sekadar hiasan



Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu 
dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan 
aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.
“Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan 
pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat 
walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika 
Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini,” katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai 
tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan 
ketat serta berseluar panjang ketat.

Saturday, April 16, 2011

SULTAN KELANTAN DIHINA

 klik pada gambar di atas utk tumbesaran gambar

HALAMAKKK,,ni yang aku sakit hati ni....pada pagi buta hari Sabtu yg indah ni, sedang aku bukak fesbuk terjumpa satu link yang di'post' oleh my cousin(female)...

Sedap jek mamat ni duk kutuk kelantan...negeri paling mundur? Weh, berdasarkan statistik ape ko cakap kelantan negeri paling mundur? Kalo takde bukti, toksah duk cakap kencang la...

Aku rasa budak ni baru buat FB...ni link FB dia...frens setakat 4 orang je...patut la post ni dia sorang je 'like'... xD

Walaupon aku lahir kat Perak, duk kat Kelantan...aku rasa kecewa bila Kelantan kalah bola 4-0 dgn Perak...tp rasa hepi pon ada gak bila perak menang..(korang takleh salahkan aku gak,,,aku taktau nak seronok atau berduka...mcm2 feeling ada...). 

But, the point is...walaupon aku kecewa Kelantan kalah, takde la sampai aku kutuk2 Sultan Perak...ni sampai duk cakap Sultan Kelantan minum arak...MELAMPAU LA TUH!!
Kalo betul takpe la jugak, kalo takbetul? Kira FITNAH tu bro...

Aku taktau ko ni Melayu atau ape, tapi aku rasa ko berbangsa Melayu tp still ko sanggup hina Raja Melayu?? Dah la orang Melayu ni berpecah-belah, satu puak sokong parti ni, satu puak dok sokong parti tu...kalo takde Sultan Melayu, camne orang Melayu nak bersatu? Kalo Sultan pon ko nak hina, memang tak pikir panjang ko nih...dlm bahasa pasar nye...KO TAKDE OTAK...



Rakyat Kelantan boleh dakwa ko atas kesalahan menghina Sultan Kelantan...boleh masuk Internal Security Act (ISA) kot...menimbulkan situasi/suasana tidak tenteram dlm kalangan rakyat Malaysia...

Yang ko duk sibuk canang Kelantan negeri sampah, pakai bahasa kuno, paling mundur....ko plak asal dari negeri mana? Hebat sangat ke negeri ko tuh? Takde sampah ke? Kadar kemiskinan kat negeri ko tuh sifar peratus ke?

Perangai macam setan? Habis tu, yang ko duk gatal tangan taip benda2 carut tu bagus la ye? Takde plak ko cakap perangai ko mcm setan? Ko ni mmg cari nahas ngn budak2 kelantan la...kalo kitorang jumpa ko,,sah2 kena tibai sampai pengsan seminggu (at least seminggu)...

 kalo dapat ngn geng2 army klate, lagi teruk ko kene....hehe >:)

Walaupon dalam kad pengenalan aku tercatit nombor 08, (maksud nye aku lahir kat perak la..) tapi parents aku bernaung bawah Sultan Kelantan...kalo aku balik Tanah Merah, aku jadi budak klate...aku tibai budu, nasik kerabu...awek klate comey2...eh, melalut ke tempat lain plak dah...
Haa, kepada pihak yang berwajib, ambik la tindakan...takkan duk diam je...

"Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...