Salam,
Benda ni dah lama aku nak post kat dalam blog…tapi aku cam takde mood je nak tulis…baru sekarang terpikir nak publish benda ni…
Gini cerita nye, dalam kelas ICT semester lepas, lecturer kitorang ada cakap…
“Kamu semua ni kena rapat antara satu sama lain…kenal dan bermesra…jangan gaduh2..mana tau suatu hari nanti ada di kalangan kamu ni yang akan jadi Perdana Menteri…”
Hahahahaha, aku gelak je dalam hati…bukan memperlekehkan ayat2 beliau, cuma aku terpikir bahawa anak2 muda zaman baru era moden ni mana la ada masa nak pikir cmne nak jadik Perdana Menteri…kalau nak jadi PM, sah2 kena terlibat secara aktif dalam politik…
Politik? Takde masa kot nak berpolitik ni, buang karan je..baik duk rumah layan Akedemi Fantasi musim ke-24…kalo takpon, main DoTA…budak2 zaman skang ni mana nak layan politik2 ni…
Bagi sesetengah remaja, tak kira la parti politik mana2 sekalipon, dacing, keris, bulan, roket, bulan terbelah, matahari….semua sama je..ahli politik ni tak lain nak kuasa dan duit rakyat semata-mata...
Kalau tak caye, tengok profile Facebook kawan2 korang…bahagian ‘Political Views’…aku tak tau skang ni ada lagi ke tak..sebab FB dah tukar design baru….
Ni aku printscreen FB profile kengkawan aku…(jangan risau, aku tak tunjuk nama korang daa…) Perhatikan dorg punyer political views…kreatif kan dorang..hahaha…
Untuk remaja yang membaca post ni…sedar la, umur kita meningkat tua…lambat laun korang akan terpaksa memilih parti politik yang akan memerintah Malaysia…kalau korang meluat ngn politik, sape yang nak diharapkan untuk pimpin negara kita?
Sekarang maybe korang boleh lepas tangan, sambil cakap….”politik utk orang dewasa”…tapi, pasni kita pulak yang akan menerajui tampuk pemerintahan….fikir2 la yek… ;)
Adios, wasalam… =)







