hatbit

Showing posts with label ujian. Show all posts
Showing posts with label ujian. Show all posts

Saturday, April 23, 2011

Balik Nanti Aku Nak Install LINUX...

Salam,

Petang tadi aku gi Kangar lepas solat Jumaat...cm takde keje gi Kangar, padahal exam dah ibarat isi dengan kuku...dah dekat..bak kata cikgu English, exam is around the corner..

Mula2 aku ingat nak gi Kangar utk deposit duit tambah nilai (top-up) je...ye lah, dah ramai orang mintak topap ngn aku..tapi disebabkan tgh pokai (elaun tak masuk lagi) aku terpaksa cakap sori kat dorang...

After deposit duit kat Maybank tu, aku ingat nak terus balik naik bas pukul 3.30ptg...tetiba hati ni terus terpikir nak singgah kat CC jap..kalo aku balik pukul 3.30ptg, bleh jumpe dgn 
cik ninja...huhu :(

Dah lama tak main NFS Most Wanted....aku taksuke main Underground, sbb scene dia waktu malam..lagipon Underground takde polis,takbest...kalo main Undercover plak, banyak drama..aku nak race, bukan nak tengok drama.. =.="

Best woo bergelut ngn polis nih...main langgar2 kereta polis...mcm main bumper car kat funfair tuh... :DD



Tengah best2 main NFS tuh, tetiba ada mesej masuk...Encik Zulfadhli dari bilik Lan suruh topap...haa, kan dah cakap..nasib baik aku dah deposit duit..aku reply..

"Kejap eh...line topap busy sket.."

Pastu aku sambung balik, tengah bawak kereta laju nih...vroomm...vrooomm..pastu cik nuyen aka cik ninja plak mesej..mengatakan bahawa encik henfon nye tercicir dlm bas..baru jumpe kata nye...nak tau cerita beliau lebih lanjut serta terperinci? Klik kat sini... ;D


Lepas bertanya berita dgn cik nuyen, aku sambung bawak kereta kaler biru gelap nih...tengah bawak 117mile per hour tuh...sempat gak aku printscreen..hehe
Elok2 sikit je lagi aku nak langgar tollbooth tuh..(saya suke langgar tollbooth), tetiba keluar lagu XPDC- Puing Cinta...itu menandakan incoming call...rupe2 nye ummi talipon..terpaksa aku tekan kekunci Esc kat keyboard...dan tekan butang kaler hijau kat henset..

Beliau menanyakan tentang masalah BlueScreen of Death...kata nye bende ni baru jadi..maybe disebabkan installation broadband yg agak kalut semalam...

Semalam aku jadi technical support utk parent aku, dorang pening camne nak install broadband punyer software kt komputer rumah aku tuh...

Dan hari ni, ummi plak call sebab muncul bluescreen...aku mmg leceh ngn bluescreen nih..laptop aku ni entah brape puluh kali keluar bluescreen...lebih 3kali aku format balik netbook tersayang nih...

*bluescreen of death yg sangat dibenci ramai...
So, aku pon guide la mak aku tuh camne nak recover balik...dari tekan F8..masuk Safe Mode..tapi kata beliau, still keluar bluescreen tuh...adeh, kalo aku ada kat rumah tyme tu kan senang..boleh aku godek2 komputer tu..buat apa yg patut...takyah nak bagi penerangan kat talipon...

Tetiba, ummi aku baca apa yg tertulis kat bluescreen tuh...dengan harapan agar aku boleh solve problem tu..

"A problem has been detected and Windows has been shut down to prevent....blablabla"

Haha, aku nak tergelak pon ade...tapi aku biarkan je beliau baca semua benda tu..at least mak aku tu boleh speaking omputih dengan lancar hari ni..bukan nye selalu.. :D

Hmm, setelah aku pikir2..rasa nye kena bawak gi kedai jugak kot..suruh format balik..banyak problem la pakai Windows nih...tu aku rasa nak install Linux je kat laptop aku dan komputer rumah tu..senang sikit..virus pon takboleh nak masuk..

Jadi, Balik Nanti Aku Nak Install LINUX... :-)

Sekian, wassalam =)


Monday, April 4, 2011

Nak Kena Interview Oleh Pak/Mak Mertua?


Salam,
Sebenar nye aku nak cari petua2 untuk anak teruna...aku tengok ramai orang kt Malaysia ni membicarakan perihal petua2 utk anak dara...anak teruna plak dipinggirkan...kalo tak caya, try google ngn keyword 'petua anak teruna', sah korang takkan jumpa apa yang dihajatkan...tapi kalo taip 'petua anak dara'...perhh,berlambak...
So, aku try la cari dengan guna bermacam-macam keyword...tapi tak jumpe gak...apa boleh buat...pastu aku jumpa satu link ni...PETUA BERJUMPA NGN MERTUA...so, terpikir nak share kat blog aku ni....
"Pekejadah nye nak share? Bajet dah kawen plak..."
Hahaha, aku pon taktau...alaa, benda elok..apa salahnye share...lagipon taklama lagi akak angkat aku nak bertunang...dgn orang Johor... ;D
So, aku copypaste la...sori ye, sbb takmintak izin dulu...
Ini link yg aku copypaste tu...

Pertemuan dengan bakal mertua ini sememangnya penting dan amat mendebarkan, lebih-lebih lagi jika ia adalah merupakan pertemuan kali yang pertama. Yang penting inilah masa yang agak genting untuk menentukan sama ada anda akan di sayangi ataupun kurang disenangi oleh bakal mertua anda. Jika kali pertama berjumpa pun bakal mertua anda sudah kurang senang dengan diri anda, pastinya, perjalanan anda untuk hidup bersama dengan anak mereka akan menjadi sedikit sukar. Jadi, pastikan anda melakukan yang terbaik sewaktu perjumpaan kali pertama dengan bakal mertua anda. Lihat tips-tips seperti berikut.
Tips #1 : Masa

Masa itu penting, bak kata cikgu bahasa Inggeris..'timing is important" :)

Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dengan bakal mertua, adalah pada hari-hari keraian dan "bersempena" seperti pada hari raya, hari kenduri, ataupun sempena apa-apa majlis dimana, tuan rumah (bakal mertua anda) mengalu-alukan kedatangan anda.

Berbanding, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, pada hari-hari biasa... lebih-lebih lagi, jika kedatangan anda itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh bakal mertua anda pastinya keadaan akan menjadi sedikit janggal.

Jadi, elakkan datang berjumpa dengan bakal mertua anda secara tiba-tiba atau pun atas desakan kekasih anda semata-mata. Itu bukanlah suatu cara yang elok, walaupun niat hati kekasih anda adalah murni, iaitu hendak memperkenalkan anda dengan ibu-bapanya.. tapi pastikan ia dilakukan dengan penuh tertib dan bukannya secara mengejut atau pun "surpriseee".

Silap hari bulan... anda yang akan "surprise".

Tips #2 : Pakaian

Pakai jeans lusuh dgn t-shirt blackmetal? Kalo bakal mertua korang pernah join band heavymetal atau rock kapak masa muda2 dulu, takpe la...
Bagi lelaki, jangan sesekali datang dengan baju t-shirt yang mempunyai gambar "tengkorak berdarah"... kemudian.. datang pula dengan segerombolan rakan-rakan "mat motor" anda.. fuh.. silap-silap kena reject pula anda nanti. Seelok-eloknya. kenakan baju kemeja lengan pendek beserta dengan seluar slack.

Bagi perempuan pula.. sudah semstinya baju kurung sudah kelihatan agak sopan. Saya kira tiada masalah bagi perempuan dari segi pemakaian.

Saya tahu.. mungkin anda kurang selesa dengan baju berkolar atau pun baju kurung. Tapi.. seperti yang saya nyatakan tadi, first impression itu penting. Berikan keyakinan kepada bakal ibu & mertua anda bahawa anda adalah seorang yang matang dan bertanggungjawap. Biar tenang dan sejuk sedikit hati bakal mertua anda melihat anda. Barulah lega sedikit hati mereka nak melepaskan anak mereka kepada anda.

Tips #3 : Topik perbincangan (utk anda yg pendiam)

Yang ni penting ni, aku pon kena tau..sebab aku pendiam... (betul ni, tarak tipu punya)
Satu masalah yang seringkali dialami apabila kali pertama bertemu dengan bakal mertua.. ialah masalah mengenai "topik perbualan", maklumlah, anda orang muda, manalah tahu sangat nak bual-bual dengan orang yang lebih tua, lebih-lebih lagi jika anda semamangnya adalah seorang yang pendiam. Fuh!!.. ini memang agak kritikal, takkan anda hanya ingin berdiam diri sahaja? Apa topik yang sesuai untuk dibualkan yer?

Jadi, disini, saya nak bagi satu tips. Jika anda adalah seorang yang pendiam dan tidak tahu apa topik yang ingin dibualkan dengan bakal mertua anda nanti.. pastikan, sebelum anda datang kerumah kekasih anda. Tanya kekasih anda terlebih dahulu.. apakah perkara yang diminati oleh ibu bapanya?. Adakah mereka minat memancing? Minat bola? minat kereta? minat berkebun? berniaga?.. atau paling mudah.. ketahui, apa pekerjaan ibu bapa kekasih anda.

Dari situ.. maka.. bolehlah anda membuat sedikit kajian dan bacaan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan ibu-bapa kekasih anda itu. Jika ibu-bapa kekasih anda itu guru.. maka.. anda kenalah ambil tahu sedikit isu-isu berkaitan dengan guru sekarang ini seperti kes buli pelajar ke.. isu -isu yang berkaitan dengan pendidikan ke.. atau apa-apa sahaja isu yang berkaitan.

Saya tahu.. mungkin anda kurang minat dengan isu-isu tersebut.. tetapi.. untuk menambat hati bakal mertua anda.. anda perlu tahu serba sedikit tentang perkara-perkara yang bakal mertua anda minati. Barulah boleh "mahsyuuukkk" orang kata. Tetapi.. jika pekerjaan bakal mertua anda adalah pegawai penyelidik kimia dan anda sememangnya tidak tahu apa-apa langsung tantang kimia. Maka.. bincangkanlah isu-isu umum.. seperti.. cuaca.. jerebu.. kuih raya.. buat sendiri ke beli.. jualan murah.. dan sebagainya. (sebab itulah saya cadangkan anda berjumpa sewaktu menyambut hari raya.. banyak sikit idea boleh dibualkan). Walau apa-apa pun isu yang anda bualkan nanti.. pastikan anda bersetuju dan bersependapat dengan kenyataan-kenyataan serta ayat-ayat bakal mertua anda itu. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk anda berbahas dan menunjukkan kehebatan anda berpidato... bak orang kata.. "angguk"kan sahaja selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat agama.

Tips #4 : Rajin-rajinkan diri

Khas utk bakal menantu perempuan, kalo anda lelaki...borak2 ngn bakal pak mertua je..ngeh3..
Jika lelaki, kedatangan ke rumah bakal mertua lebih sesuai dengan duduk dan berbual-bual. Tetapi bagi perempuan, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, tunjukanlah sedikit kerajinan anda. Mungkin anda boleh ke dapur membantu memasak atau membuat air ataupun membasuh pinggan mangkuk selepas makan (sesuai jika kedatangan anda sememangnya dijemput khas untuk makan tengahari atau malam bersama keluarga bakal mertua anda). Yer.. mungkin cara ini agak kelihatan seperti ke"kampung"an sedikit.. tetapi.. hasilnya tidak pernah mengecewakan..Tak percaya? Anda boleh cuba...Sumber :  MasKahwin Mohd Suhaimi a.k.a Shuth
Aku tau mesti banyak lagi petua2 utk mereka yg nak berkawen nih...tapi aku malas nak cari, sebab aku taknak belum kawen lagi...so, sesape yg rasa gatal nak kawen tu, pandai2 la cari sendiri ye... ;)
Wasalam... =)



Sunday, January 23, 2011

Politik Sucks?

Salam,

Benda ni dah lama aku nak post kat dalam blog…tapi aku cam takde mood je nak tulis…baru sekarang terpikir nak publish benda ni…

Gini cerita nye, dalam kelas ICT semester lepas, lecturer kitorang ada cakap…

“Kamu semua ni kena rapat antara satu sama lain…kenal dan bermesra…jangan gaduh2..mana tau suatu hari nanti ada di kalangan kamu ni yang akan jadi Perdana Menteri…”

Hahahahaha, aku gelak je dalam hati…bukan memperlekehkan ayat2 beliau, cuma aku terpikir bahawa anak2 muda zaman baru era moden ni mana la ada masa nak pikir cmne nak jadik Perdana Menteri…kalau nak jadi PM, sah2 kena terlibat secara aktif dalam politik…

Politik? Takde masa kot nak berpolitik ni, buang karan je..baik duk rumah layan Akedemi Fantasi musim ke-24…kalo takpon, main DoTA…budak2 zaman skang ni mana nak layan politik2 ni…

Bagi sesetengah remaja, tak kira la parti politik mana2 sekalipon, dacing, keris, bulan, roket, bulan terbelah, matahari….semua sama je..ahli politik ni tak lain nak kuasa  dan duit rakyat semata-mata...

Kalau tak caye, tengok profile Facebook kawan2 korang…bahagian ‘Political Views’…aku tak tau skang ni ada lagi ke tak..sebab FB dah tukar design baru….

Ni aku printscreen FB profile kengkawan aku…(jangan risau, aku tak tunjuk nama korang daa…) Perhatikan dorg punyer political views…kreatif kan dorang..hahaha…










Untuk remaja yang membaca post ni…sedar la, umur kita meningkat tua…lambat laun korang akan terpaksa memilih parti politik yang akan memerintah Malaysia…kalau korang meluat ngn politik, sape yang nak diharapkan untuk pimpin negara kita?

Sekarang maybe korang boleh lepas tangan, sambil cakap….”politik utk orang dewasa”…tapi, pasni kita pulak yang akan menerajui tampuk pemerintahan….fikir2 la yek… ;)

Adios, wasalam… =)













Thursday, September 2, 2010

Surat Tunjuk Sebab

Muhammad Fahmi Faiz bin Mohd Rosli,
Pelajar Diploma Kejuruteraan Komputer,
Kolej Kediaman UniMAP (KKF),
Seberang Ramai,
02000 Kuala Perlis,
Perlis.
No. Tel: 013-*******
_________________________________________________________________________________
Puan ####################
Pensyarah Kursus ##### ##### #######
PPK Komputer dan Perhubungan,
Universiti Malaysia Perlis,
PERLIS                                                                                                               1 September 2010

Puan,
SURAT  TUNJUK  SEBAB  GAGAL  HADIR  KE  KULIAH

Merujuk kepada surat pihak tuan yang bertarikh 26 Ogos 2010, yang bernombor rujukan UniMAP:PPKKP/AM/PL/01/Jld.2(  )
Di sini saya ingin mengemukakan sebab-sebab mengapa saya tidak dapat hadir ke sesi kuliah/ makmal/ tutorial yang berada di bawah kelolaan puan.

2.            Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf atas kelewatan membalas surat dari pihak puan berhubung dengan ketidakhadiran saya ke sesi kuliah/ makmal/ tutorial. Ini adalah kerana saya baru menerima surat tersebut pada 1 September 2010 sedangkan surat tersebut bertarikh 26 Ogos 2010. Walaubagaimanapun, saya memahami kekangan yang dihadapi oleh pihak puan memandangkan terdapat banyak faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelewatan ini berlaku.

3.            Sesungguhnya saya menyedari bahawa kursus ####### – #####  #### merupakan kursus teras dalam bidang kejuruteraan dan saya begitu kesal dengan tindakan saya yang gagal menghadirkan diri ke sesi kuliah/ makmal/ tutorial melebihi 3 kali sepanjang tempoh ******** hingga ********. Berikut merupakan antara sebab-sebab dan faktor utama yang menyumbang kepada kegagalan saya untuk hadir ke kuliah ######  ##### yang di bawah kelolaan puan.

4.            Antara alasan yang boleh saya kemukakan ialah kelewatan saya untuk membuat persiapan diri sebelum ke kuliah. Semua ini disebabkan sikap saya yang alpa untuk mengunci jam penggera pada telefon bimbit saya sebelum tidur pada setiap malam. Selain itu, saya juga mempunyai tabiat untuk menekan kekunci ‘OFF’ apabila penggera pada telefon bimbit saya berbunyi. Sikap saya ini telah memberi impak yang begitu besar kepada kehadiran saya ke kuliah. Memandangkan kebanyakan kuliah puan adalah pada jam 0800, maka saya acapkali terlewat tiba atau gagal menghadirkan diri ke kuliah puan. Namun begitu, solat Subuh tetap saya tunaikan kerana itu merupakan keutamaan saya.

5.            Selain itu, saya juga kerap ketinggalan bas atas faktor-faktor yang telah disebutkan seperti di atas. Oleh kerana pemandu bas mempunyai sikap menepati masa, iaitu bertolak ke Jalan Sarawak (lokasi kuliah/ makmal/ tutorial #### ####) pada jam 0750, saya telah ketinggalan bas. Amat menyedihkan serta mengecewakan saya kerana apabila saya tiba ke tempat menunggu bas pada jam 0755, saya dapati bas menuju ke Jalan Sarawak telah bertolak. Saya akui ‘ketinggalan bas’ merupakan kesalahan yang berpunca dari diri saya sendiri dan saya tidak akan sekali-kali menyalahkan pihak pengurusan bas atas kegagalan saya untuk menghadirkan diri ke sesi kuliah/ makmal/ tutorial yang berada di bawah penyeliaan puan. Saya berjanji akan mencontohi sikap pemandu bas yang menepati masa.

6.            Merujuk kepada surat puan, saya boleh dihalang daripada menduduki peperiksaan akhir sekiranya tidak mengambil sebarang tindakan. Oleh disebabkan saya telah menghantar surat ini, maka saya amat berharap puan dapat membenarkan saya menduduki peperiksaan akhir. Ini kerana, peperiksaan akhir merupakan matlamat utama bagi setiap pelajar. Adalah begitu mengecewakan saya sekiranya puan mengambil keputusan untuk menghalang saya daripada menduduki peperiksaan akhir.
Dengan ini, saya berjanji akan menghadiri sesi kuliah/ makmal/ tutorial kelolaan puan pada masa hadapan melainkan ada urusan mustahak atau komitmen lain yang perlu dipenuhi. Semoga permohonan saya ini dipertimbangkan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


_________________
(MUHAMMAD FAHMI FAIZ BIN MOHD ROSLI)
Pelajar Diploma Kejuruteraan Komputer,
Universiti Malaysia Perlis.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...