hatbit

Showing posts with label wataniah. Show all posts
Showing posts with label wataniah. Show all posts

Tuesday, November 26, 2013

Majlis Santapan Makan Malam Rejimental Batch ke-6 PALAPES UniMAP

Pada 23 November 2013, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Tuanku Canselor dan Tuanku Pro Canselor UniMAP berkenan menghadiri Majlis Santapan Malam Rejimental Sempena Istiadat Pentauliahan DiRaja PALAPES Pengambilan Ke-6 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di TH Hotel, Alor Setar, Kedah. Turut bersama Naib Canselor UniMAP, Brigadier Jeneral Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin yang juga Komandan PALAPES UniMAP.


gambar daripada : https://facebook.com/promosiunimap


gambar kenangan bersama Tuanku Raja Muda Perlis


ucapan daripada Komandan PALAPES UniMAP, Brigadier Jeneral Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin.


menyambut ketibaan Tuanku Raja Muda Perlis


sebelum masuk ke dewan, dipersembahkan dengan tarian kebudayaan 


para VIP dan VVIP beramah mesra


                        

                        


para kenamaan bergambar kenangan bersama 
Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato' Mazelan bin Kasap (tengah)



Tuanku memasuki perkarangan hotel




Tuanku Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis diiringi tiupan bagpipe





                        


titah ucapan Tuanku Raja Muda Perlis


ucapan Komandan PALAPES UniMAP

                        

wardance / warcry PALAPES UniMAP dipersembahkan oleh Young Officer













                        


















                        

                        







                        



                        


                        

Saturday, December 31, 2011

Last Entry 2011 : Mejar David Teo







Assalam,


Ni entry terakhir utk tahun 2011. Sebelum aku tulis artikel yg berkaitan dengan Mejar David Teo, aku nak komen sikit.. :D


Pendapat peribadi aku, beliau memang patut dapat pangkat pegawai (walaupon sekadar Kehormat), namun pangkat Mejar adalah mcm terlebih...bg aku, Kapten sudah memadai...tapi pihak atasan ATM tentu lebih arif dlm hal ni...siapalah aku,,cuma sekadar pegawai kadet.. :)


Fikir2 balik, David Teo memang patut dpt pangkat dlm ATM..disebabkan bakti dia dalam bidang seni filem, dan dalam artikel kat bawah ni pun ada menyatakan kesungguhan beliau menceburkan diri dlm latihan yg dianjurkan oleh pihak Wataniah..






Semoga lepas ni, akan ramai artis yg menyertai pasukan Wataniah, dan bila ramai artis yg join wataniah,,secara otomatik nye,,para peminat & rakyat jelata di Malaysia sekalian akan berminat utk turut serta menyertai askar Wataniah mempertahankan Malaysia yg tercinta ini drpd serangan Singapura musuh dari luar... ;)




Dan, satu lagi...semoga Mejar David Teo dapat membuat filem yg berunsur patriotik plak lepas ni...filem perang mcm Black Hawk Down ke, Pearl Harbour ke, sekurang-kurang nye mcm Leftenan Adnan pon jadi lah...industri filem Melayu dah ketandusan filem patriotik yg menarik...



Kisah percintaan antara Leftenan Adnan dan bini nye turut diselitkan :)



Filem Pearl Harbor,,lagi banyak adegan romantis...hehe



Tak semesti nya buat filem perang/patriotik takboleh nak diselitkan dgn unsur romantik,kan? Pearl Harbour, Leftenan Adnan & Prebet Lapok...semua tu ada unsur-unsur romantik...semoga lepas ni ada filem berunsur patriotik drpd Mejar David Teo..


Tahniah Mejar! :)


Korang bleh baca artikel sepenuh nya kat sini:
http://ohartis.com/2011/12/david-teo-tetap-david-teo-tahniah-mejar/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...