hatbit

Showing posts with label aurat. Show all posts
Showing posts with label aurat. Show all posts

Sunday, March 10, 2013

Hukum Pakai Baju Kalimah Allah

Assalamualaikum,

Pada asalnya aku niat nak buat baju yang ada tertulis ALLAH atau GOD, tapi aku nak jugak cari hukum2 / pendapat orang bijak agama...boleh ke nak tulis kalimah tu atas baju...kang takpasal dapat dosa free..

Jadi, setelah mencari-cari..aku rasa aku dah dapat jawapan dia...

mengikut Majlis Fatwa, memakai baju yang mempunyai tulisan ayat Al-Quran:
Jawatankuasa berpendapat ayat-ayat al-Quran dan tulisan-tulisan bagi perkataan yang dimuliakan oleh Islam tidak boleh dijadikan lukisan pada kain untuk dijadikan pakaian kerana dibimbangi membawa kepada penghinaan dan sayugialah (oleh itu) dicegahkan.  

Rasanya memang tak wajar tulis kalimah Allah atas baju kerana baju tu nanti korang akan buat masuk jamban, campak dalam bakul, masuk dalam washing machine, korang jemur, dah kering angkat, campak2 untuk lipat, masuk dalam almari, sampai satu masa bila warna dah pudar entah2 jadi kain buruk atau kain lap kaki...


Tambah lagi dah la ada yang pakai baju ada kalimah Allah, yang pakai tu tak tutup aurat, seluar ketat, ada yang pakai legging, campur laki perempuan, entah2 ada mat2 rempit dok bonceng minah2 rempit yang bukan muhrim. Bagi aku ini adalah penghinaan secara terang2an kepada kalimah Allah...


Untuk maklumat lanjut dan bukti gambar contoh2 yang aku sebutkan tu, boleh klik link sumber kat bawah tu :)



Sumber : 
http://mforum1.cari.com.my/archiver/?tid-703011.html

Thursday, February 23, 2012

Apabila Denda RM500 Dikenakan Kepada Mereka Yang Tidak Menutup Aurat

KOTA BHARU – Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita 

beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini 

dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota 

Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup 

aurat di sini malam kelmarin.


Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-

BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan 

tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat 

dengan sempurna.


Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-

undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 

2002).



gambar sekadar hiasan



Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu 
dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan 
aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.
“Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan 
pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat 
walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika 
Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini,” katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai 
tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan 
ketat serta berseluar panjang ketat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...