hatbit

Showing posts with label tandas. Show all posts
Showing posts with label tandas. Show all posts

Sunday, March 10, 2013

Hukum Pakai Baju Kalimah Allah

Assalamualaikum,

Pada asalnya aku niat nak buat baju yang ada tertulis ALLAH atau GOD, tapi aku nak jugak cari hukum2 / pendapat orang bijak agama...boleh ke nak tulis kalimah tu atas baju...kang takpasal dapat dosa free..

Jadi, setelah mencari-cari..aku rasa aku dah dapat jawapan dia...

mengikut Majlis Fatwa, memakai baju yang mempunyai tulisan ayat Al-Quran:
Jawatankuasa berpendapat ayat-ayat al-Quran dan tulisan-tulisan bagi perkataan yang dimuliakan oleh Islam tidak boleh dijadikan lukisan pada kain untuk dijadikan pakaian kerana dibimbangi membawa kepada penghinaan dan sayugialah (oleh itu) dicegahkan.  

Rasanya memang tak wajar tulis kalimah Allah atas baju kerana baju tu nanti korang akan buat masuk jamban, campak dalam bakul, masuk dalam washing machine, korang jemur, dah kering angkat, campak2 untuk lipat, masuk dalam almari, sampai satu masa bila warna dah pudar entah2 jadi kain buruk atau kain lap kaki...


Tambah lagi dah la ada yang pakai baju ada kalimah Allah, yang pakai tu tak tutup aurat, seluar ketat, ada yang pakai legging, campur laki perempuan, entah2 ada mat2 rempit dok bonceng minah2 rempit yang bukan muhrim. Bagi aku ini adalah penghinaan secara terang2an kepada kalimah Allah...


Untuk maklumat lanjut dan bukti gambar contoh2 yang aku sebutkan tu, boleh klik link sumber kat bawah tu :)



Sumber : 
http://mforum1.cari.com.my/archiver/?tid-703011.html

Sunday, December 18, 2011

Port Dickson: Sukan Pantai MASUM 2011



Assalam, 

Ekceli aku malas nak tulis banyak2... :)


Yeahh,,lets start the entry :DD


Ni sewaktu berhenti kat R&R kt selangor...harga satu bungkus CHOKI-CHOKI ialah RM2...mahal gile weh -.-"





berkenan dgn jam kaler hitam merah ni...niat nak beli,,tp harga dia RM99...sape nak beli & banyak duit tu bleh la ambik... :)



ditampal kat bilik kitorang...'atlet' la sangat..haha



bergambar berlatarbelakang hotel2 di Port Dickson



medan selera seri bayu, port dickson..diambil dari atas bas


Baden Baden Bundle (Baeekkkk Punya) xD


sewaktu perasmian Karnival Sukan Pantai MASUM 2011


gimik belon yg dilepaskan ke udara :)


belon2 yg tersekat di celah pokok,,tak dpt melepaskan diri


mural yg disembur di tepi dinding tandas awam Medan Selera Seri Bayu..nice :)



pertandingan Larian Pantai...first team yg dilepaskan utk berlari..


Team UniMAP B (lelaki)...junior first year


tak ingat team mana..huhu


kat venue event sukan pantai


bas Universiti Malaysia Kelantan :)


banner Sukan Pantai MASUM 2011 :)


jamuan waktu malam,,yg disediakan oleh kerajaan Negeri Sembilan..


orang lain masih beratur...tapi kami dah dapat makanan... :)
Kitorang dah abes makan pon,,ade lagi yg masih beratur...hehe



Mee ratna di kawasan medan selera pantai port dickson...aku pelik apsal kuah dia kaler putih... @_@



berjalan di tepi pantai...yg di kejauhan tu adalah bendera2 setiap universiti yg mengambil bahagian :)




nak iklan sikit...hehe


Ok,,end of entry...

Wassalam :)

Wednesday, October 5, 2011

Mari Berkenalan Dengan Taik




Perbualan berkenaan tahi ini mungkin dianggap perkara yang tak senonoh, busuk, dan menjijikkan. Tetapi dalam waktu yang sama, kita semua menjalani rutin membuang air besar hampir setiap hari. Malah ada yang buang air besar hampir 2-3kali sehari. Itulah hakikatnya, semua orang malu membicarakan soal tahi. Tapi tahukah anda, tahi itu mencerminkan sebagus mana diet yang anda semua praktikkan?
Berdasarkan “Bristol Stool Chart”, “Meyers Scale” atau dalam bahasa melayunya “Skala Tahi Bristol”. Tahi boleh dikelaskan kepada 7 jenis. Skala ini telah dinamakan “Skala Tahi Bristol” kerana skala ini telah diperkenalkan oleh Lewis S.J. dan Heaton K.W di University of Bristol, UK.
Berikut adalah kelas-kelas tahi yang dimaksudkan:























Jenis 1: Berbentuk biji-biji, agak keras seperti ketulan batu.
Jenis 2: Berbentuk seperti sosej, tetapi berketak-ketak.
Jenis 3: Juga berbentuk seperti sosej, tetapi macam merekah sedikit.
Jenis 4: Berbentuk seperti ular, agak licin, halus dan lembut. Just Nice.
Jenis 5: Bergumpal-gumpal, lembut dengan potongan hujungnya jelas.
Jenis 6: Yang ni dia macam cirit sikit, likat, gabungan cecair dan pepejal.
Jenis 7: Sangat cair, tiada pepejal.
Tahi  jenis 1 dan 2
Sekiranya anda mempunyai tahi seperti ini, itu maksudnya anda sedang mengalami sembelit. Kalau dapat tahi sebegini, memang susah sedikit nak ‘meneran’ sebab tahi itu dah menjedi keras. Selalunya situasi ni terjadi kalau seseorang tu malas untuk berak setiap hari. Semakin lama tahi berada dalam usus besar, semakin banyak air daripadanya yang akan diserap, maka semakin keraslah ia. Jadi, lepas ni jangan malas untuk buang air besar lagi ye.
Tahi jenis 3 dan 4
Seperti juga berat badan, tahi juga ada kategori yang ideal  iaitu normal, dan kategori ideal untuk tahi ini jatuh pada jenis yang ke-3 dan ke-4. Selalunya tahi sebegini dihasilkan kalau seseorang itu rajin ke tandas setiap hari.
Tahi jenis 5,6 dan 7
Bagaimana pula dengan jenis 5 hingga 7? Kalau pernah mengalami yang ke-5, itu mungkin disebabkan angin atau gas yang terlalu banyak dalam usus, atau anda telah mengambil sesuatu yang boleh menyebabkan anda cirit birit seperti susu berlaktosa. Namun untuk kategori 6 hingga 7, anda kena berhati-hati sedikit kerana itu mungkin membawa maksud ‘diarrhea‘ iaitu masuk ke tandas dan cirit lebih daripada 3 kali sehari. Ingat, diarrhea yang berterusan boleh membawa maut!
Diet juga sangat mempengaruhi rupa tahi yang dihasilkan. Jangan sesekali mengabaikan sayur dan buah-buahan. Itu merupakan sumber serat nombor satu yang harus diambil secara berterusan selagi kita masih bernafas. Dan jangan malas untuk buang air besar!






Sumber: http://selangor2u.com/blog/tahukah-anda/kenali-jenis-najis-anda/#ixzz1ZtB4ryX2 
www.s2u.my 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...