hatbit

Showing posts with label jam. Show all posts
Showing posts with label jam. Show all posts

Saturday, August 31, 2013

Tips Penjagaan Jam Tangan




1. Air adalah ancaman besar kepada kebanyakan pemilik      jam tangan. Jika jam tangan anda bukan dari jenis yang kalis air anda perlu berhati-hati dan mengelakkan kerosakan jam tangan anda yang timbul akibat dari terkena air.

2. Baca dan ikut panduan yang diberikan di dalam manual pengguna tentang cara mengelakkan dari pendedahan kepada air.

3. Jika air telah masuk ke permukaan jam tangan anda, anda akan dapat lihat wap terhasil dibahagian dalam permukaan jam anda.



4. Jangan terus membuang jam tangan itu. Ia mungkin masih boleh diselamatkan. Hantar kepada tukang jam professional untuk dibaiki.

5. Elakkan meletakkan jam tangan anda di tempat yang sangat panas atau sejuk. Kepanasan yang melampau akan memendekkan umur bateri. Kesejukan melampau pula boleh menyebabkan spring di dalam jam tangan mekanikal cepat rosak.



6. Elakkan pendedahan kepada bahan pelarut, bahan kimia dan gas dimana ia boleh menyebabkan kerosakan dan warna semakin pudar dan kurang menyerlah.

7. Elakkan jam tangan dari terjatuh atau menerima impak hentakkan yang kuat.



8. Memakai jam tangan yang sesuai mengikut jenis pekerjaan anda. Jika anda bekerja di kawasan pembinaan atau tempat-tempat pekerjaan yang lasak maka anda memerlukan jam tangan yang tahan lasak.



9. Jauhkan jam tangan anda dari tenaga elektrik atau magnet seperti tv dan radio.

10. Tanggalkan jam tangan anda ketika mandi atau membasuh.
Air masin seperti air laut mungkin akan menyebabkan hakisan ke atas jam tangan anda.

11. Jangan letakkan jam tangan ke dalam beg tangan kerana habuk dan debu halus akan masuk ke dalam jam tangan. Bahan kosmetik dan minyak wangi di dalam beg tangan juga akan menyebabkan hakisan dan pengoksidaan kepada jam tangan.

12. Juga elakkan menyimpan jam tangan di dalam laci bersama-sama dengan alat kosmetik dan minyak wangi.
Hantar kepada pakar jika terdapat kerosakan pada jam tangan anda.

13. Bersihkan jam tangan anda secara profesional.

nota: setiap jenis jam tangan mungkin mempunyai cara penjagaan yang berbeza mengikut jenamanya yang tersendiri.

Sunday, December 18, 2011

Port Dickson: Sukan Pantai MASUM 2011



Assalam, 

Ekceli aku malas nak tulis banyak2... :)


Yeahh,,lets start the entry :DD


Ni sewaktu berhenti kat R&R kt selangor...harga satu bungkus CHOKI-CHOKI ialah RM2...mahal gile weh -.-"





berkenan dgn jam kaler hitam merah ni...niat nak beli,,tp harga dia RM99...sape nak beli & banyak duit tu bleh la ambik... :)



ditampal kat bilik kitorang...'atlet' la sangat..haha



bergambar berlatarbelakang hotel2 di Port Dickson



medan selera seri bayu, port dickson..diambil dari atas bas


Baden Baden Bundle (Baeekkkk Punya) xD


sewaktu perasmian Karnival Sukan Pantai MASUM 2011


gimik belon yg dilepaskan ke udara :)


belon2 yg tersekat di celah pokok,,tak dpt melepaskan diri


mural yg disembur di tepi dinding tandas awam Medan Selera Seri Bayu..nice :)



pertandingan Larian Pantai...first team yg dilepaskan utk berlari..


Team UniMAP B (lelaki)...junior first year


tak ingat team mana..huhu


kat venue event sukan pantai


bas Universiti Malaysia Kelantan :)


banner Sukan Pantai MASUM 2011 :)


jamuan waktu malam,,yg disediakan oleh kerajaan Negeri Sembilan..


orang lain masih beratur...tapi kami dah dapat makanan... :)
Kitorang dah abes makan pon,,ade lagi yg masih beratur...hehe



Mee ratna di kawasan medan selera pantai port dickson...aku pelik apsal kuah dia kaler putih... @_@



berjalan di tepi pantai...yg di kejauhan tu adalah bendera2 setiap universiti yg mengambil bahagian :)




nak iklan sikit...hehe


Ok,,end of entry...

Wassalam :)

Wednesday, May 25, 2011

TimePiece: Tag Heuer Monaco

Salam, 

Ni adalah entry kedua aku pasal jam tangan..sebelum ni aku ade post pasal jam Bell & Ross. Tujuan aku post pasal jam ni bukan nye untuk membandingkan jam tangan mana yang lebih bergaya, canggih atau mahal..tapi sekadar melahirkan rasa respek aku terhadap pereka-pereka jam ni...

Disebabkan aku minat design jam yg dorang buat, so aku nak kongsi la dgn korang..mana la tau kot-kot bila korang dah berharta, kaya raya, duit banyak, kereta banyak, bini banyak..mesti korang nak kelihatan bergaya, so pilih la jam yg melambangkan kekayaan korang tuh...
*sumpah dah jauh aku melalut nih...

Okey, sedikit info pasal jenama Tag Heuer,
Tag Heuer ni mcm syarikat pembuat jam yang terkenal lain..merupakan syarikat yang berasal dari Switzerland...motto dorang adalah "Swiss Avant-Garde Since 1860"

Pada tahun 1860, Edouard Heuer telah bukak satu perusahaan membuat jam kat St. Imier, Switzerland. Antara mereka yg ternama yg dah jadi duta untuk TagHeuer adalah Steve McQueen dan Ayrton Sena, Lewis Hamilton dan Tiger Woods, Maria Sharapova dan Leonardo DiCaprio pun pernah menjadi duta untuk jam ni.

Berbekalkan tradisi yang kuat dan inovasi tiada henti, TAG Heuer mampu bertahan selama hampir dua abad. Pada tahun 2011, jenama TagHeuer ni dah berusia 151 tahun. Jika tidak, nama-nama yg aku sebut tadi mesti akan berpikir dua kali untuk menjadi duta jenama jam mewah ni..

Actually, bukan setakat jenis Monaco je yg cantik...banyak lagi jenis2 yg lain mcm Carrera, Autavia, Grand Carrera, Flieger, Calibre 11 dan banyak lagi...tapi secara peribadi, aku berkenan dgn design Monaco...

Ok, enough with the info...jom tengok design Tag Heuer Monaco yang telah menambat hati ku.. (^_^)

Kalo korang nak tengok gambar yang lebih jelas, klik aje dekat gambar tu.. =)

Yang ni nampak simple, face kaler putih, tali kulit..

yg ni plak tali kulit, face hitam, dan ade nampak design yg kompleks sket..

kalo yg jenis tak suke tali kulit, ade tali besi cenggini..

tali kulit, benang kaler merah..stail gak..

yg ni aku baru jumpa..tp aku takde line merah atau biru..tak nampak mcm design Monaco plak..


TagHeuer Monaco 55 Porsche Tourbillion..minat gak design yg ni.. (^^,) 

versi kaler biru...nampak cerah sikit...


Monaco 55 Porsche...nampak lebih simple berbanding Tourbillion.. 


kaler oren, first tyme tgk..yg ni pon baru jumpe tadi, tapi taktau ape nama dia..

Monaco V4 Concept Limited Tourbillion...nampak abes semua isi kat dalam..

yg ni pon V4 tapi Skeleton Concept..aku suke part jarum kaler biru tuh..


Monaco Chronograph..hitam bergaya pilihan saya..hehe

Monaco Sixty Concept..mcm design jam dulu2..

kalo jam yg design mcm kat atas ni aku penah pakai...tapi aku pakai yg replica je la..bukan yg ori..pastu aku jual kat orang lain..fulus punye pasal.. =.="


Ade sesetengah jam yang aku tunjuk ni berharga dalam lingkungan RM300 ke atas...design cantik, harga pon cantik la,kan?

Tapi, memang tertambat hati,kan? Emm, tertambat hati je la...nak beli, duit takdak..huhu

By the way, thanks for reading...wassalam =)




   

Friday, March 25, 2011

TimePiece:Bell & Ross

Salam,

Jam tangan atau dlm bahasa org kampung aku "timepiece", merupakan alat yg penting utk tentukan masa...memang la zaman sekarang orang bergantung pada henset je kalo nak tengok waktu...tp kan lebih senang kalo ada jam tangan yang melekat je kat tangan...takpayah susah2 nak keluarkan henset dlm kocek...





Design pon banyak, tak semestinya design yg cantik2 tu mahal...kadang2 boleh cari kat pasar malam je...sebagai contoh jam yg aku pakai sekarang ni 
|
|
v

harga dia RM18...takde brand pon..tapi kalo nak cari yang branded mcm TagHeuer, Bell&Ross, Guess, Gucci, Yifalian, Nike, Louis Vuitton....yg tu mmg mahal...tp bak kata cikgu Bahasa Melayu...alah membeli menang memakai...
Aku taknak beli jam yang mahal2 ni...beli yg murah2 sudah...asalkan cantik&simple..lagipun aku suke tukar2 jam..boring kot pakai jam yang sama je...sbb tu aku beli yg murah, tak bazir duit....

Skang ni, aku minat ngn jam Bell&Ross...syarikat dia dari Switzerland...kita memang tau bahawa orang2 Swiss ni mmg terer bab buat jamtangan  ni...design dia simple, tp stylo-mylo (pinjam word Amil)

Dicipta pada tahun 1993 oleh Bruno Belamich ngn Carlos Rosli Rosillo, so jenama Bell&Ross ni diamek dari nama family dorg...disebabkan jam keluaran dorang pernah dipakai oleh astronaut bernama Reinhart Furrer utk misi ke angkasa lepas, maka jam ni telah terkenal dan feymes...geng2 racing Formula 1 pon pakai gak jam ni..mungkin disebabkan design dia yg simple...ye la, org tgh bawak kereta laju2, sempat tengok sekejap je kt jam...mana sempat nak belek lama2...elok2 naik keta F1, tak pasal2 naik ambulans plak... 
Ni haa sample jam dari Bell&Ross...

yang tengah tu memang pening nak tengok... @_@


yang ni pon style gak...tapi mesti mahal punyer...aku rasa dlm RM200+...huhu


aku suke konsep dia...lain dari yang lain...jamtangan takde jarum, tapi bukan jam digital...dia ambil konsep mcm penimbang berat tu..disc kt dalam yg akan berpusing...

Asalnya, jam ni direka utk golongan professional mcm tentera, juruterbang, pakar bom dan sebagainya...dlm erti kata lain, jam ni memang direka supaya tahan lasak...so, memang tahan lama la...

erk,, yang atas ni bukan golongan profesional nih...dorang ni model jek.. xD


haa, yang ni baru profesional...huhu


eh, yang ni takde kaitan....TERpromote iPhone plak...huhu
btw, Bell&Ross ada keluarkan apps utk pengguna iPhone..mcm yang korang tengok kat atas ni...
*utk pengguna iPhone original saje...iPhone keluaran dari China, tak layan... :P

Untuk sesapa yg berminat, boleh la pergi kat website Bell&Ross ni...

Eh, lupe plak nak gtau...aku pon ada jual sebijik jam Bell&Ross...harga RM100 termasuk caj penghantaran...ni haa gambar jam yg aku nak jual...sesapa nak beli kontek aku kat 0139475646 (Ami Faiz)


OK,thanks for reading...wasalam =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...