hatbit

Showing posts with label $. Show all posts
Showing posts with label $. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

Makan KFC

Assalamualaikum,


Disebabkan exam dah habis, elaun pun dah masuk....sekali-sekala tak salah kan kalau gi melantak kat KFC.. :D


Dah lama tak merasa kepsi...dulu, masa semester 2..tiap2 minggu gi kepsi...semester yg paling lagha dalam hidup aku..paling banyak aku membazir duit.. -.-"


At th end of the semester, nak makan nasi bujang pun takboleh...duit takdak langsung..haihh


Back to topic,


Ni gambar santapan aku malam tu,







snack plate...aku tak ingat nak order ayam original...spicy takbest -.-"





cheesy wedges...sangat sedap..nyumnyumnyum...





ni ice-cream jelly kot....aku suka aiskrim dia... :D





and lastly, air milo... :)


That's all...babai

Wassalam =)



Tuesday, March 20, 2012

I want Android - Talking Tom

*For English readers, please use Google Translate if you want to read this entry. Sorry for the inconveniences.

Assalamualaikum dan selamat petang,

Hari ni elaun dah masuk...setakat ni baru masuk RM650...dijangka elaun penuh RM1500++ :P

Jadi, harap2 esok boleh masuk penuh la dalam akaun AffinBank aku tu...hehe  

Untung la takde awek, duit tu 100% akan dibelanja untuk diri aku sahaja...bagus2

Kalau ade awek, jenuh nak belanja makan..beli handbeg utk dia, beli barang kemas, high-heels, sandals, shawl..kepala ada satu je, tapi koleksi tudung sampai beratus-ratus.. :D

Belum masa nya lagi untuk ada awek...aku belum bersedia nak habiskan duit utk seorang gadis...haha

Back to the topic...

Aku dah rancang nak beli henset baru...hobi aku tukar2 henset...beli henset harga RM200, dah puas pakai 5-6 bulan..pastu jual/trade-in dgn henset yg lagi canggih...



Sekarang ni, aku cuma pakai henset Samsung Champ C3303...walaupun touchscreen, tp masih takpuas hati dengan kamera 1.3MP (dulu, aku penah pakai yg kamera 5MP..jd takbest bila downgrade..huhu)

Sekarang ni aku cari henset yg ada OS Android...ada orang minat dgn iPhone, BlackBerry...tapi aku nak pakai android...

Sebab apa? Sebab aku nak install Talking Tom kat henset aku...itu je sebab nye..haha

The Talking Tom


Kucing virtual ni bila kita 'cakap' kat dia, dia akan ajuk/ikut percakapan kita dengan menggunakan suara dia...

Klik gambar utk baca description yg dia tulis.. :)


Kita boleh geletek kucing ni...boleh belai dia...boleh tarik ekor dia...dan Tom akan respon dengan cara yang menggelikan hati... :D

Jadi, kenapa aku perlu pilih iPhone dan BlackBerry? Kalau dua-dua smartphone tu boleh install Talking Tom, akan ku consider beli...tapi setakat ni, cuma Android je yg boleh install kucing comel ni... ^_^


Itu sahaja update untuk hari ni...

Sekian, 

Wassalam =)



Friday, March 16, 2012

Duit Syiling Funfair?

Assalamualaikum & selamat petang,


Aku baru lepas membeli belah kat Aneka Kangar tadi...dan cashier tu bagi baki 70sen (sekeping 50sen & sekeping 20sen)


Mula-mula, aku ingat cashier tu bagi 50sen dan sekeping duit Siam/Thailand...entah2 duit token funfair, hehe..sebab kaler syiling tu kaler kuning keemasan....bila aku nak bagi balik kat cashier tu, baru aku perasan...tu duit syiling 20sen yg baru keluaran tahun 2012...


Nasib baik aku pernah buat entry pasal duit syiling design baru ni..kalau tak, mungkin aku akan buang dalam tong sampah...sila baca kat sini...


http://cempedakmalaya.blogspot.com/2011/09/rekabentuk-baru-syiling-malaysia.html



Kalau nak tengok perbandingan saiz dengan duit syiling lama, sila tengok gambar kat bawah ni...


Klik gambar utk tumbesaran... :)



muka syiling bahagian hadapan (muka)




muka syiling bahagian belakang (ekor)


Kalau korang ada jumpa duit syiling baru ni kat tengah jalan...ambik la ye...buat kenang-kenangan...sebab awal tahun ni, jarang boleh jumpa... :)

Sekian,

Wassalam =)

Saturday, December 24, 2011

Arituh Gi Makan KFC

Assalam,


Aku nak citer...arituh aku gi makan kepsi...haha,,gi makan kepsi pon nak citer kat orang..peduli ape kn... :P

Aku dah berbulan-bulan tak gi makan kepsi...dulu, masa semester 2 dulu..boleh kata tiap2 minggu gi lepak & makan-makan kat kepsi...akibatnye,,hujung sem tu aku pokai...


Huhu,,padan muka...so, hari Khamis arituh (22 Disember 2011), aku decide nak gi makan kepsi..sekali sekala takpe la,kn? :D


Alang2 duit elaun FaMa (Father Mother) ni dah masuk...hehe




Aku makan simple je...snack plate + cheesy wedges + milo ais...RM16.30..

Pasni aku nak try gak la menatang Krushers tu...cambest jek..



Kadang2 aku terpikir:

1. Kenapa KFC taknak amek non-Malay/non-Muslim sebagai pekerja? hmm,,maybe kalau dorg amek chinese/indian..customer melayu taknak gi makan kt KFC tu..diragui keHalalan dia...

2. Orang melayu dah ramai yg kerja kt KFC...jd, kebanyakan remaja melayu kita dh tau rahsia camne nk buat ayam KFC yg sedap tu..tp kenapa takde sorang pon melayu yg bukak kedai makanan segera utk menyaingi francais KFC?
Okey, maybe Radix Fried Chicken tu bleh ganti KFC? ;D
Radix Fried Chicken kat Kangar, Perlis

3. Dah lama aku tak tengok iklan KFC yg tunjuk mainan2 tu...dah lama tak beli & main mainan kepsi... :DD

mainan yg paling kiri sekali tu,,aku pernah ada..hehe


4. Kenapa iklan dalam TV, tunjuk colonel burger KFC tu punye la BESAR gile...last2 aku beli burger tu..tengok2 bleh sumbat masuk dlm poket seluar jeans aku je...burger sebelah kedai MakCik Bah tu lagi besar kot... -.-"

5. Ayam kepsi ni makanan barat kan? Jd, kenapa kita makan pakai tangan? Nape tak makan pakai sudu, garpu, pisau?


6. Kenapa tyme makan kepsi tu..perghh,,punye lah syok giler..tak ingat dunia..kelazatan ayam goreng dia..fuhh..
Tapi,,lepas abis makan,,bila keluar je dari kedai kepsi tuh..rasa mcm takde pape...mmg kenyang..tapi sekejap je.. o_0
Lagi bagus gi makan nasi ayam penyet si Azi ni kn? haha :D


Hmm,,malam ni aku makan ape je? 

Yeah,,Koko Krunch....bijirin yang lazat..hahaha
Gile ke hape...dinner makan koko krunch... xD


Wassalam =)

Monday, December 19, 2011

CARA TUNTUTAN BAUCAR BUKU RM200 UNTUK PELAJAR IPTA/IPTS



Assalam,


Bajet 2012 memperuntuk kan RM200 untuk setiap pelajar di 
IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasi Sains dan pelajar
Tingkatan 6.syarat-syarat untuk mendapatkan Baucer ini adalah seperti berikut :

1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar 

sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.





4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. BukuInterlok dah tak perlu dibeli kerana dah dikeluarkan sebagai buku teks sastera.

6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012

7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

sekian..

Wassalam :)


Entry di copy paste drpd:
http://www.dianarashid.com/2011/12/cara-tuntutan-baucar-buku-rm200-untuk.html

Sunday, December 18, 2011

Port Dickson: Sukan Pantai MASUM 2011



Assalam, 

Ekceli aku malas nak tulis banyak2... :)


Yeahh,,lets start the entry :DD


Ni sewaktu berhenti kat R&R kt selangor...harga satu bungkus CHOKI-CHOKI ialah RM2...mahal gile weh -.-"





berkenan dgn jam kaler hitam merah ni...niat nak beli,,tp harga dia RM99...sape nak beli & banyak duit tu bleh la ambik... :)



ditampal kat bilik kitorang...'atlet' la sangat..haha



bergambar berlatarbelakang hotel2 di Port Dickson



medan selera seri bayu, port dickson..diambil dari atas bas


Baden Baden Bundle (Baeekkkk Punya) xD


sewaktu perasmian Karnival Sukan Pantai MASUM 2011


gimik belon yg dilepaskan ke udara :)


belon2 yg tersekat di celah pokok,,tak dpt melepaskan diri


mural yg disembur di tepi dinding tandas awam Medan Selera Seri Bayu..nice :)



pertandingan Larian Pantai...first team yg dilepaskan utk berlari..


Team UniMAP B (lelaki)...junior first year


tak ingat team mana..huhu


kat venue event sukan pantai


bas Universiti Malaysia Kelantan :)


banner Sukan Pantai MASUM 2011 :)


jamuan waktu malam,,yg disediakan oleh kerajaan Negeri Sembilan..


orang lain masih beratur...tapi kami dah dapat makanan... :)
Kitorang dah abes makan pon,,ade lagi yg masih beratur...hehe



Mee ratna di kawasan medan selera pantai port dickson...aku pelik apsal kuah dia kaler putih... @_@



berjalan di tepi pantai...yg di kejauhan tu adalah bendera2 setiap universiti yg mengambil bahagian :)




nak iklan sikit...hehe


Ok,,end of entry...

Wassalam :)

Thursday, December 8, 2011

TimePiece: EYKI Overfly - Soon to be Mine

Assalam,


Hari ni elok2 je bangun pagi...aku bukak laptop, terus complete kn transaction aku kat Lelong.com.my







Transaction jam tangan...design yg mcm kat bawah ni







Smart la jugak kan? Aku tak suka design yg complicated sgt, sampai susah nak tengok jarum jam duk kat mana..yg simple sudah..tapi, taknak la design mcm jam org tua..


Ini design yg agak complicated...tapi aku minat Tag Heuer..especially Monaco..




Yang bawah ni pulak design utk orang tua/ orang keparat korporat..
l
l
v


tapi tengok je design simple cmni..harga dia??
RM 18,696
(Ringgit Malaysia Lapan belas ribu enam ratus sembilan puluh enam SAHAJA)

Haaa, kat bawah ni baru betul design orang tua-tua...selalu tengok pakcik2 pakai jam camni la....design tersangat lah simple....

l
l
V





Well, simple kan....tapi setiap manusia ada minat & citarasa masing2...jadi tak salah kalau nak pakai jam yg simple atau complicated atau jam mahal ataupun cuma beli kat pasar malam je... =)

Wassalam =)

Monday, November 7, 2011

GiveAway : Virus Go Away





Assalam,


Hari ni aku nak buat my first GiveAway (GA) diberi tajuk Virus Go Away...






Okey, rules dia simple je...


1. Anda kena follow blog CempedakMalaya...kalau dah follow, bagus :)


2. Copypaste banner di atas, letak pd entry anda & link kn entry kontest ni pd banner tu..


3. Tulis satu entry yg bertajuk "GiveAway : Virus Go Away". 
Tulis SATU ayat kenapa anda memerlukan antivirus dlm laptop/komputer anda..


Cth: Kalau tiada antivirus, laptop saya jadi gila dan takbleh nak bukak dan selalu hang serta vulnerable to virus dan juga  mudah jahanam... :)


3. Tag 3 orang rakan blogger anda dan pastikan dorg tahu bahwa dorg telah di tag utk kontest ni..


4. Letak link entry anda pada ruangan komen di entry ini, supaya aku bleh gi melawat...and you are done :)




Pemberitahuan


1. Contest ini bermula pada 7 November 2011 dan akan berakhir pada 7 Disember 2011 (4 minggu)


2. Pemenang akan dipilih berdasarkan ayat yang paling menarik


3. Keputusan akan diumumkan pada 10 Disember 2011 melalui entry di CempedakMalaya.


4. Hanya ada 2 pemenang. Pemenang pertama akan dapat activation key untuk Kaspersky Internet Security 2012 (1 User)
Pemenang kedua akan dpt activation key utk Kaspersky Anti Virus 2012 (1 User)

5. Kalau penyertaan kurang dari 10, maka secara automatik contest ni akan  terbatal...


Okey, dengan ini saya tag 3 org:


Thanks for visiting ^_^


Tuesday, September 27, 2011

Rekabentuk Baru Syiling Malaysia

Assalam,


Tadi aku jumpa ada seorang individu cuba nak jual duit syiling tahun 2012 kat Lelong. Aku pon pelik apsal nak jual...duit syiling 2012 dah keluar ke?


Jadi, aku pon try search kat internet...dan ini hasil yang aku dapat setelah diterjemah ke bahasa Melayu. ^_^






 


Rekabentuk Baru Syiling Malaysia 2012         



 Hari ini (25 Julai 2011), Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, mengeluarkan reka bentuk duit syiling Malaysia. Duit syiling baru akan diperkenalkan dari awal tahun depan. 500,000 set syiling baru akan disediakan sebagai duit syiling peringatan (Brilliant Uncirculated) dengan pembungkusan khas dan dijual bermula hari Selasa kepada orang ramai pada RM 10.00 setiap set di semua cawangan BNM. Duit syiling telah direka oleh seorang rakyat Malaysia dan secara keseluruhannya dicetak oleh Bank Negara di Malaysia. Satu siri baru wang kertas juga akan dikeluarkan pada bulan September.


Gambar oleh The Star: Duit syiling reka bentuk baru dan reka bentuk duit syiling lama.


         Reka bentuk siri ketiga duit syiling Malaysia mendapat inspirasi daripada unsur-unsur yang tersendiri yang mentakrifkan budaya dan warisan Malaysia. Tema 'tersendiri Malaysia, ciri-ciri motif dari kraf tradisional dan flora dan fauna kita. Duit syiling mencerminkan kepelbagaian dan kekayaan identiti kebangsaan Malaysia.


Ciri-ciri biasa


Pada bahagian depan, nama pengenalan masing-masing mempunyai motif yang berbeza, 14 titik yang mewakili 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali dalam kes 50 sen) lima garisan yang mewakili lima prinsip-prinsip 'Rukun Negara' (tunggak negara ).


Di sebaliknya, siri baru syiling mempunyai bunga kebangsaan, bunga raya (dikenali sebagai 'Bunga Raya'), angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.

50sen-Sulur Kacang
'Sulur kacang' (tendrils pea) motif yang diketengahkan pada 50 sen yang baru sangat popular di kalangan pemgukir tradisional kayu dan perak . Motif diambil dari kacang panjang. Garis-garis halus di latar belakang motif adalah sebahagian daripada ciri-ciri keselamatan.


Ciri-ciri Keselamatan:
Gambar dan tulisan tersembunyi '50 sen' boleh dilihat apabila duit syiling di sengetkan sedikit.

Spesifikasi Teknikal : 50 sen
Aloi: Brass Nickel Copper Clad
Diameter (mm): 22.65mm
Berat (gram): 5.66g

20sen-Bunga Melur


'Bunga Melur' ialah bunga yang ketara di kalangan tiga kaum utama di Malaysia. Bau aromatik menjadikannya bahagian yang penting dalam upacara tradisional seperti majlis perkahwinan dan doa. Ia juga motif popular dalam seni dan kraf tradisional seperti sulaman dan hasil kraf perak. Pada 20 sen yang baru, bunga melati ditampilkan dengan motif kain 'destar siga' di latar belakang.




Spesifikasi Teknikal 20 sen
Alloy: Nikel Brass
Diameter (mm): 20.60mm
Berat (gram): 4.18g



10sen-Motif Orang Asli

'Orang asli' (suku kaum asli) Malaysia yang berbakat dalam menenun daun dan tumbuh-tumbuhan asli kepada barang-barang hiasan seperti ikat kepala, ikat pinggang dan kain untuk ritual dan upacara tradisional. Setiap puak mempunyai corak tenunan mereka sendiri yang sering diinspirasikan oleh sistem kepercayaan mereka dan persekitaran. Pada 10 sen yang baru, rekabentuk adalah diambil drpd corak unik tenunan kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.


Spesifikasi Teknikal: Wajah Nilai: 10 sen
Aloi: Stainless Steel
Diameter (mm): 18.80mm
Berat (gram): 2.98g

5 sen-Destar Siga


Kain 'destar siga' adalah satu bentuk asli kain tenunan yang berasal dari suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Digunakan sebagai tengkolok semasa upacara tradisional, ia ditenun terutamanya dari benang hitam dan benang pelbagai warna ke dalam pelbagai jenis corak geometri dan motif flora dan fauna. Pada 5 sen baru , corak 'destar siga' yang diketengahkan adalah jelas, disertakan dengan 'sulur kacang sebagai motif latar belakang.


Spesifikasi Teknikal 5 sen
Aloi: Stainless Steel
Diameter (mm): 17.78mm
Berat (gram): 1.72g


Duit syiling siri baru adalah sah. Siri yang sedia ada akan digantikan secara beransur-ansur secara berperingkat. Bank Negara Malaysia sedang bekerjasama rapat dengan institusi-institusi kewangan, perniagaan dan vendor pengendalian wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar kepada siri baru. Vendor mesin pengendalian tunai akan diberikan enam bulan untuk menentukurkan mesin mereka dapat memastikan kemudahan untuk menggunakan duit syiling baru.


Sumber: http://lunaticg.blogspot.com/2011/07/malaysia-2012-coins-design.html


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...