hatbit

Showing posts with label nuyen. Show all posts
Showing posts with label nuyen. Show all posts

Sunday, July 21, 2013

Macam kenal....

Assalamualaikum,

Berbulan-bulan dahulu, waktu tengah online..bosan, takda watpa...teringat nak layan 9GAG...dah lama takbukak...

Ternampak post ni...that girl remind me of someone.... 


Tuesday, March 19, 2013

Buang Tebiat Pagi Buta



Entah mengapakah HATI ku bergetaran,
Bila bertemu lagi 'crush' lama...



Ku cuba selindungkan API keresahan, 
Namun perasaan ini BERAPI di dalam....







Ku kira engkau sudah melupakan...
Kerna itu lah engkau nampak tenang...
Lain lah aku, walau ketika ini masih berbekas ingatan ku terhadap mu...











Kau pun berlalu dengan bagasi merah mu
tinggal aku sorang....

  






 








*makin jauh dan jauh dan jauh dan jauh...


masih mencuba memadam memori itu...


  
tata~assalamualaikum ;)

p/s: sangat menakjubkan apa yg boleh dilakukan oleh seorang yg tengah putus cinta ;D




Trimas kpd Aris Ariwatan - Lamunan Terhenti, berjaya membangkitkan nostalgia lama :')

Saturday, August 25, 2012

Rumah itu kaler pink

Post kali ni memaparkan beberapa gambar sebuah rumah di kawasan perumahan di Tanah Merah, Kelantan. 

Bila aku tengok rumah ni, teringat kat kawan seuniversiti aku...dia minat sangat kaler pink, sampaikan ada aku buat lukisan rumah (pakai MS Paint) & bagi kat dia untuk diwarnakan...habis satu rumah kaler pink -_-

Tengok ni haa...


Ok cik akak, yang atas tu imaginasi je....yg bawah ni rumah kaler pink betul...pemilik nya sangat berani kerana sanggup letak kaler 'girlish' kat rumah dia...taktau lah apa pendapat anak2 lelaki dia bila besar nanti, tengok rumah dorang kaler pink..hehe 

Sila tekan CTRL + right click utk tumbesaran gambar di new tab :)


ambik dari jauh



snap kali kedua...smart jugak rumah kaler pink :D


pandangan sisi


menara tangki air pun kaler pink


pandangan sisi yg menampilkan sedikit kawasan letak kereta..



Monday, February 13, 2012

Holga 120GCFN : Kamera Analog Pertama Ku

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pembaca, 

Tiada apa-apa yg penting untuk dikatakan, hanya mahu mengatakan bahawa wishlist pertama saya dah separuh tercapai :D 

Anda boleh membaca wishlist pertama di sini :) 


Sekarang, apa yang saya harapkan dalam wishlist adalah 120CFN Holga ... saya cuba mencari di Mudah.my dan jumpa versi 120FN .. 120CFN mempunyai color filter dan flash, manakala 120FN hanya mempunyai flash biasa (tanpa color filter) 
Dipendekkan cerita, aku tak dapat kamera tu... orang lain yang beli terlebih dahulu .. pada harga RM100 (USD 33) 

Dan beberapa hari yang lalu, aku cari lagi kat Mudah .. jumpa 120GCFN Holga.. yang bermakna ia mempunyai color filter + flash + glass lens .. kebanyakan Holga hanya mempunyai lensa plastik yang membuatkan harga nya murah ...pemilik asal jual dgn harga RM100 ...bagus drpd yg sebelumnya,kn? ;D 




Ini lah Holga pertama aku...jadi hari ni, aku pergi ke Kangar untuk membeli beberapa filem utk kamera ni.. kamera hanya menggunakan filem 120, yang agak besar berbanding dengan filem 35mm ..



Dalam Holga (tempat letak bateri & filem)

filem yg sudah digulung ke dalam kamera

Filem 35mm lebih kurang mcm ni...

Masa aku kecik2 dulu, family aku banyak guna filem jenis ni dalam kamera analog mereka .. tetapi aku tak pernah mendapat peluang untuk memegang salah satu filem (aku masih seorang kanak-kanak)

Dan sekarang, aku menggunakan filem 120.. lihat foto di bawah


Ini adalah filem yg aku beli di Kangar hari ini .. Fujicolor filem (expired), dibeli di kedai Gambar Oscar dengan harga RM12 (USD 4). Aku beli dua.=)

Di bawah adalah kedai Gambar REX .. bukan yg ni :P





Di bawah adalah pembungkusan filem dan filem sebenar





Holga ni boleh mengambil antara 12 dan 16 gambar, berdasarkan apa mask size yg dimasukkan ke dalam petak filem ~ satu frame 16 bingkai dengan saiz 6 x4.5cm setiap satu roll dan 12 frame x 6cm ... tapi malangnya, aku hanya ada 1 mask, 16 keping .. tetapi ok, aku boleh mengambil lebih gambar :D


Baru snap 9 gambar, lagi 7 gambar utk filem ini .. frame ke 10 dah ready..korang boleh tengok kat bahagian merah, nombor 10 (terbalik) menunjukkan bahawa frame ke-10 dah ready utk di snap..


Selama hampir 2 jammencari Kangar dan dapat mengambil 9 gambar..(tidak banyak)Jika pakai kamera digitalmungkin akan mendapat 20-30 gambar atau lebih ... tetapi apabila guna kamera analogmesti menyimpan filem pada babak-babak yang paling menarik .. tak boleh membazirkan filem .. kualiti gambar adalah penting .. :P

Aku ada jumpa beberapa gadis comel dan amoi.. tetapi tak berani nak request jadi model saya ... lalala ~


Jadi, saya snap dengan kucing, bangunan, sungai, beberapa monumen menggunakan B-exposure dan normal ..

Baik, saya akan update hasilnya apabila selesai cuci & develop filem ..

Ok, bye

Wassalam =)

Saturday, February 11, 2012

My First Holga 120GCFN

Assalamualaikum & peace to all readers,

Nothing much to say,,just want to say that my first wishlist is halfway done :D

You can read the first wishlist here :)


Now, what i'm expecting in the wishlist is a Holga 120CFN...well, i try searching at Mudah.my and found a 120FN..the difference is that 120CFN has color filter built-in at its flash, meanwhile 120FN only have normal flash (without color filter)

Cut it short, i dont get the camera...someone else bought it first..at the price of RM100 ( USD 33)

And a few days ago, i search again at Mudah..found a superb Holga 120GCFN..which means it has color filter + flash + glass lens..most Holga only have plastic lens which make them cheap...got this one with the same price of RM100...nice one,huh? ;D




Now, that's my first Holga...so today, i went out to Kangar to buy some film for this cam..the camera only use 120 film, which is quite large compared to 35mm film..


Inside Holga (the battery & film compartment)


the film already wounded in the camera




The average 35mm film is this one

Back in my childhood days, my family use a lot of these kind of film in their analogue camera..but i never get the chance to hold one of the film (i'm still a kid)

And now, i'm using 120 film..the pics below


This is the film i bought at Kangar today..Fujicolor film (expired), bought at Kedai Gambar Oskar with price of RM12 (USD 4). I bought two. =)

The below is Kedai Gambar REX..no, not this one :P

Below is the packaging of the film and the actual film





My Holga can take 12 and 16 pictures, based on what mask size i fit into the film compartment ~ one for 16 frames/picture with size 6 x 4.5cm each per roll and the other 12 frames of 
6 x 6cm...but sadly, i only have 1 mask, the 16..but its ok, i can take more pics :D

After learn from the 'tokey gambar' on how to fit the film..i wandered around Kangar to search for any interesting subject...


Only got 9 pictures, 7 more pictures to go with this film..the 10th frame is ready..u can look at the red part, the number 10 (upside down) indicates that the 10th frame is ready..


For almost 2 hours, searching Kangar and got to take 9 pictures..not much. If i'm on digital camera, i might as well get 20-30 pictures or more...but when it comes to analog, i must save the film on the most interesting scenes..cant afford to waste the film..quality of the picture is important.. :P

Found some cute girls and amoi..but not dare to ask becoming my model...lalala~ 


So, i end up with cars, building, rivers, some monuments using B-exposure and normal..

Well, i will update the result when finished developing the films.. 

Ok, bye

Wassalam =)


Monday, November 7, 2011

GiveAway : Virus Go Away





Assalam,


Hari ni aku nak buat my first GiveAway (GA) diberi tajuk Virus Go Away...






Okey, rules dia simple je...


1. Anda kena follow blog CempedakMalaya...kalau dah follow, bagus :)


2. Copypaste banner di atas, letak pd entry anda & link kn entry kontest ni pd banner tu..


3. Tulis satu entry yg bertajuk "GiveAway : Virus Go Away". 
Tulis SATU ayat kenapa anda memerlukan antivirus dlm laptop/komputer anda..


Cth: Kalau tiada antivirus, laptop saya jadi gila dan takbleh nak bukak dan selalu hang serta vulnerable to virus dan juga  mudah jahanam... :)


3. Tag 3 orang rakan blogger anda dan pastikan dorg tahu bahwa dorg telah di tag utk kontest ni..


4. Letak link entry anda pada ruangan komen di entry ini, supaya aku bleh gi melawat...and you are done :)




Pemberitahuan


1. Contest ini bermula pada 7 November 2011 dan akan berakhir pada 7 Disember 2011 (4 minggu)


2. Pemenang akan dipilih berdasarkan ayat yang paling menarik


3. Keputusan akan diumumkan pada 10 Disember 2011 melalui entry di CempedakMalaya.


4. Hanya ada 2 pemenang. Pemenang pertama akan dapat activation key untuk Kaspersky Internet Security 2012 (1 User)
Pemenang kedua akan dpt activation key utk Kaspersky Anti Virus 2012 (1 User)

5. Kalau penyertaan kurang dari 10, maka secara automatik contest ni akan  terbatal...


Okey, dengan ini saya tag 3 org:


Thanks for visiting ^_^


Tuesday, June 21, 2011

Kenapa Lelaki Itu Beruntung?

Assalamualaikum,


Wah,,sudah kenyang makan burger...apsal malam ni banyak kedai burger tutup eh? Aku nak makan pon terbantut..huhu


Btw, sori kalo ade kesilapan ejaan kat entri kali ini sebab keyboard yang saya pakai ni huruf dia hampir pudar...so, main agak je..main tekan2 je berdasarkan experience..(eh, sedap pulak main tekan2 kat keyboard yg takde huruf nih...hehe)


Okey, tadi ade seorang gadis mengatakan bahawa:


"Saya pernah jumpe org yg betul2 sayang saya without care pasal beauty. Yeah, sampai sekarang dia masih setia tunggu saya..Tapi, saya taktau la kenapa saya takde hati kat dia..huhuhu"


Begitu la sedikit sebanyak ayat nye yang telah saya edit.. ;D


Pastu, saya pon reply..


Untung nye beliau..walaupon awak tak suke dia..tapi dia berjaya membuat awak berfikir...
"Kenapa saya tak suke dia?"


Pastu, gadis itu pon reply semula,,


"Eh, untung ke? Kenapa pulak?huhuhu"


Okey, tujuan entri ni ditulis adalah untuk menerangkan kenapa saya cakap jejaka yg dimaksudkan si gadis tadi adalah seorang yg beruntung...


Biasa nye, seorang gadis,,apabila beliau telah menolak cinta seseorang jejaka, jarang sekali gadis itu akan berfikir,,


"Kenapa saya tak suke dia?"


Biasa nye, si gadis akan membiarkan sahaja lelaki itu kecewa sendiri..membiarkan lelaki itu tertanya-tanya..


"Kenapa gadis itu tak suka kat aku?"


Amat jarang sekali gadis yg akan berfikir,,


"Kenapa saya tak suke lelaki tu?"


Jadi, pada pendapat saya...lelaki tersebut ada peluang untuk menambat kembali hati cik ninja...sebab tu la saya cakap beliau beruntung... ;)


Okey, saya tau entri saya agak merapu...lantak la..saya nak cepat ni...bas balik Kampung Wai pukul 10.30pm...sekarang dah 10.22pm..huhu..


Bye..


Wasalam.. =)





Saturday, April 23, 2011

Balik Nanti Aku Nak Install LINUX...

Salam,

Petang tadi aku gi Kangar lepas solat Jumaat...cm takde keje gi Kangar, padahal exam dah ibarat isi dengan kuku...dah dekat..bak kata cikgu English, exam is around the corner..

Mula2 aku ingat nak gi Kangar utk deposit duit tambah nilai (top-up) je...ye lah, dah ramai orang mintak topap ngn aku..tapi disebabkan tgh pokai (elaun tak masuk lagi) aku terpaksa cakap sori kat dorang...

After deposit duit kat Maybank tu, aku ingat nak terus balik naik bas pukul 3.30ptg...tetiba hati ni terus terpikir nak singgah kat CC jap..kalo aku balik pukul 3.30ptg, bleh jumpe dgn 
cik ninja...huhu :(

Dah lama tak main NFS Most Wanted....aku taksuke main Underground, sbb scene dia waktu malam..lagipon Underground takde polis,takbest...kalo main Undercover plak, banyak drama..aku nak race, bukan nak tengok drama.. =.="

Best woo bergelut ngn polis nih...main langgar2 kereta polis...mcm main bumper car kat funfair tuh... :DD



Tengah best2 main NFS tuh, tetiba ada mesej masuk...Encik Zulfadhli dari bilik Lan suruh topap...haa, kan dah cakap..nasib baik aku dah deposit duit..aku reply..

"Kejap eh...line topap busy sket.."

Pastu aku sambung balik, tengah bawak kereta laju nih...vroomm...vrooomm..pastu cik nuyen aka cik ninja plak mesej..mengatakan bahawa encik henfon nye tercicir dlm bas..baru jumpe kata nye...nak tau cerita beliau lebih lanjut serta terperinci? Klik kat sini... ;D


Lepas bertanya berita dgn cik nuyen, aku sambung bawak kereta kaler biru gelap nih...tengah bawak 117mile per hour tuh...sempat gak aku printscreen..hehe
Elok2 sikit je lagi aku nak langgar tollbooth tuh..(saya suke langgar tollbooth), tetiba keluar lagu XPDC- Puing Cinta...itu menandakan incoming call...rupe2 nye ummi talipon..terpaksa aku tekan kekunci Esc kat keyboard...dan tekan butang kaler hijau kat henset..

Beliau menanyakan tentang masalah BlueScreen of Death...kata nye bende ni baru jadi..maybe disebabkan installation broadband yg agak kalut semalam...

Semalam aku jadi technical support utk parent aku, dorang pening camne nak install broadband punyer software kt komputer rumah aku tuh...

Dan hari ni, ummi plak call sebab muncul bluescreen...aku mmg leceh ngn bluescreen nih..laptop aku ni entah brape puluh kali keluar bluescreen...lebih 3kali aku format balik netbook tersayang nih...

*bluescreen of death yg sangat dibenci ramai...
So, aku pon guide la mak aku tuh camne nak recover balik...dari tekan F8..masuk Safe Mode..tapi kata beliau, still keluar bluescreen tuh...adeh, kalo aku ada kat rumah tyme tu kan senang..boleh aku godek2 komputer tu..buat apa yg patut...takyah nak bagi penerangan kat talipon...

Tetiba, ummi aku baca apa yg tertulis kat bluescreen tuh...dengan harapan agar aku boleh solve problem tu..

"A problem has been detected and Windows has been shut down to prevent....blablabla"

Haha, aku nak tergelak pon ade...tapi aku biarkan je beliau baca semua benda tu..at least mak aku tu boleh speaking omputih dengan lancar hari ni..bukan nye selalu.. :D

Hmm, setelah aku pikir2..rasa nye kena bawak gi kedai jugak kot..suruh format balik..banyak problem la pakai Windows nih...tu aku rasa nak install Linux je kat laptop aku dan komputer rumah tu..senang sikit..virus pon takboleh nak masuk..

Jadi, Balik Nanti Aku Nak Install LINUX... :-)

Sekian, wassalam =)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...