hatbit

Showing posts with label jumaat. Show all posts
Showing posts with label jumaat. Show all posts

Monday, March 5, 2012

Kak Azima kawin :D

Assalam,


Hari ni genap la 5 hari kawan saya, Siti Azima kahwin (bleh la kot, mcm kawan la kn)...beliau akad nikah pada 1 Mac 2012..hari Khamis, malam Jumaat ;D


Sebagai seorang pelajar PhD, ofkos la dia nak kahwin cepat2 kn...kalau nak tunggu habis PhD, mmg lambat gila lah...maybe sbb tu dorang ambik keputusan nak kahwin dulu..


Ni salah satu pic dorang...sangat comel & hensem....semoga berbahagia..


Siti Azima telah selamat diijab kabulkan dengan Muhammad Shakir dengan sekali lafaz di Masjid As Saadah Qariah Baroh, Santan, Perlis..


Dan majlis persandingan akan buat kat rumah pengantin ppuan pada 27 Mei 2012 (Ahad)



Menurut Puan Azima, suami nye Encik Muhammad Shakir adalah alumni PALAPES...jadi kena panggil 'Tuan' la nih -.-"


Dan dimaklumkan kepada saya bahawa Leftenan Muda Muhammad Shakir sekarang ni tengah berkursus untuk dapatkan Leftenan...semoga berjaya tuan...naik pangkat, elaun lebih.. :D
Bleh menampung perbelanjaan utk isteri dan baby... :D



Sekian,


Wassalam :)

Saturday, February 11, 2012

My First Holga 120GCFN

Assalamualaikum & peace to all readers,

Nothing much to say,,just want to say that my first wishlist is halfway done :D

You can read the first wishlist here :)


Now, what i'm expecting in the wishlist is a Holga 120CFN...well, i try searching at Mudah.my and found a 120FN..the difference is that 120CFN has color filter built-in at its flash, meanwhile 120FN only have normal flash (without color filter)

Cut it short, i dont get the camera...someone else bought it first..at the price of RM100 ( USD 33)

And a few days ago, i search again at Mudah..found a superb Holga 120GCFN..which means it has color filter + flash + glass lens..most Holga only have plastic lens which make them cheap...got this one with the same price of RM100...nice one,huh? ;D




Now, that's my first Holga...so today, i went out to Kangar to buy some film for this cam..the camera only use 120 film, which is quite large compared to 35mm film..


Inside Holga (the battery & film compartment)


the film already wounded in the camera




The average 35mm film is this one

Back in my childhood days, my family use a lot of these kind of film in their analogue camera..but i never get the chance to hold one of the film (i'm still a kid)

And now, i'm using 120 film..the pics below


This is the film i bought at Kangar today..Fujicolor film (expired), bought at Kedai Gambar Oskar with price of RM12 (USD 4). I bought two. =)

The below is Kedai Gambar REX..no, not this one :P

Below is the packaging of the film and the actual film





My Holga can take 12 and 16 pictures, based on what mask size i fit into the film compartment ~ one for 16 frames/picture with size 6 x 4.5cm each per roll and the other 12 frames of 
6 x 6cm...but sadly, i only have 1 mask, the 16..but its ok, i can take more pics :D

After learn from the 'tokey gambar' on how to fit the film..i wandered around Kangar to search for any interesting subject...


Only got 9 pictures, 7 more pictures to go with this film..the 10th frame is ready..u can look at the red part, the number 10 (upside down) indicates that the 10th frame is ready..


For almost 2 hours, searching Kangar and got to take 9 pictures..not much. If i'm on digital camera, i might as well get 20-30 pictures or more...but when it comes to analog, i must save the film on the most interesting scenes..cant afford to waste the film..quality of the picture is important.. :P

Found some cute girls and amoi..but not dare to ask becoming my model...lalala~ 


So, i end up with cars, building, rivers, some monuments using B-exposure and normal..

Well, i will update the result when finished developing the films.. 

Ok, bye

Wassalam =)


Friday, September 9, 2011

Topup dan Simpack Prepaid Kena Cas 6% o_o

Assalamualaikum,


Satu Malaysia dah kecoh pasal kenaikan 6% harga tambah nilai (topup) dan pembelian simpack utk prepaid. Mula2 aku ingat benda ni kawan2 aku nak kelentong je...rupe2 nye mmg betul setelah ramai lagi kawan2 aku duk post benda yg sama kat Facebook.







RM 0 Pelanggan dihargai, mulai 15/9/2011, semua pembelian reload & pek permulaan prabayar akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan yang berkenaan. Info: www.celcom.com.my


Petikan Paper Online

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.


Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan ITU, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini.


Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.


Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.


Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.


Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.


Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.


Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.


Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.


"Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan," kata kenyataan itu. 







Jadi, kesimpulannya kalo korang nak beli topup RM5..kena bayar RM5.30
Kalau nak beli topup RM10..kena bayar RM10.60...
Adoih, sumpah leceh...nak kena pi cari duit syiling plak...

Kalau yang part-time jual topup/kredit,,macam aku ni..taktau la mcm mana...mesti pening kepala nak topup...



Yang aku pelik nye...nape dorang buat 6% ?
Kenapa tak buat 2% atau 3%...ataupon 5%...

By the way, rakyat Malaysia mmg cepat bertindak dalam sesuatu isu...
Skarang dah ada page ni...hehe...bertambah satu lagi page kat Fesbuk... :D



Kami bantah cukai 6% untuk produk reload & simpack

Saturday, May 7, 2011

Sabor Je Laa....

Assalamualaikum,

Dah lama aku tak update blog nih, aku skang ni baru lepas siap buat blogshop...ye laa, ekonomi tengah meruncing ni..kena la pikir camne nak bagi dompet penuh...



Kalo nak harapkan Nuff dgn Advert, memang sampai aku berjanggut la baru boleh cash out...sesape nak jenguk blogshop aku,
boleh klik kat sini.. =)

Aii, takkan jenguk je? Beli la ape yg patut..hehe...how about placing your order? Cakap je ape yg korang nak, insyaAllah akan aku cari... =)

Kalo korang mintak sebuah kereta Mazda RX8 pon aku sanggup cari...asalkan korang bayar dulu la...mana tau kan, aku penat2 cari..tup2, korang taknak bayar..hampeh tol... =.="


Tadi, tengah aku sedap2 duk msg ngn cik ninja, tetiba ade pelanggan msg..bertanyakan pasal wireless mouse...aku suke dgn mamat nih...dia tanya serba sedikit apa yg dia nak tau, pastu terus dia bank-in..takde banyak songeh..
Untuk pengetahuan korang, customer aku tu berbangsa Sikh..aku rasa dia ni mesti kaya, sebab bila aku cakap je harga mouse tu..tanpa banyak soal, dia terus setuju...terkejut gak aku...


"Aik, encik Sikh ni taknak mintak kurang harga ke? Kang aku letak RM100 baru tau.."

Tyme tu aku memang takde duit, tengah hampir2 pokai...so idea jahat nak pedajal pelanggan memang akan bermain di minda...tapi TIDAK..aku takkan terpedaya...customer is the first priority...

So,skang ni akaun bank aku dah bertambah RM60..bahagia dan seronok benor rase nye...aku pon bergerak la menuju ke ATM yg berhampiran kt Kg. Wai nuh...

Tetiba,aku ternampak ni...


Aiseh,,makan nasi bujang lagi la aku malam nih...sabor je la... -.-"











Friday, April 29, 2011

Wow, I've fucked up my computer!!

Salam diberi pembuka kata,

Tersebutlah kisah bahawa netty booky ku telah diserang oleh anasir dlm badan menyebabkan keluar nye  BlueScreen of Death sebanyak berpuluh-puluh kali. Maka, terpikir lah inisiatif untuk memformat kembali Windows XP tersebut kerana terdapat nye sebuah software yg telah diinstall terlebih dahulu ke dlm netty booky ku yg diberi nama CloneZilla. 



Setelah mencuba buat pertama kali, berjaya akhirnye. Namun kejayaan yg dikecapi tidak lama kerana BlueScreen of Death sentiasa mencari peluang dan kesilapan walau sekecil kuman. Dan akhirnye, beliau berjaya menerobos dan menghancurkan sistem komputer ku. Ini terbukti apabila ku hendak menge'boot' sistem ku, ia kembali menge'boot' tidak henti-henti. Menyebabkan Windows XP tidak dapat berfungsi dengan baik langsung.

Adalah dipercayai bahawa kegagalan Windows ini berpunca drpd masalah yg sudah berakar umbi dan telah lama bertapak di hard disk drive ku yg berjenama Samsung. Bukanlah niatku utk mencemuh Samsung, kerana jenama ini telah terkenal di seantero dunia. Mungkin juga kegagalan hard disk ini berpunca drpd sikap ku sendiri. Ku malas nk letak cooling fan bawah netbook ini. Mungkin  netbook ini kepanasan.

  
Setelah berfikir, ku mengambil keputusan utk mencuba install Linux Ubuntu di netbook ku. Berbekalkan pendrive yg telah diisi dengan installer Ubuntu yg telah diisi oleh encik Adamidon, ku telah berjaya me'lari'kan (run) Ubuntu di netbook ku. 

Oleh kerana kejayaan melarikan Linux di netbook ku, ku telah mencuba pula utk meng'install' Ubuntu di hard disk ku. Namun, apabila program itu bertanyakan:

"Adakah anda hendak menghapuskan semua partition di dalam hard disk ini?"

Ku menjawab 'YA' pada soalan itu. Ku telah terlupa bahawa masih terdapat folder dan fail-fail yg agak penting tersimpan di dalam folder D://
Akibat nye semua fail, video, muzik, gambar dan semua nye yg disimpan di dalam D:// telah hilang tanpa khabar berita. 

Tetapi itu bukan semua nye (But that's not all), installation Linux Ubuntu telah mengalami kebuntuan akibat drpd hard disk yg telah disahkan 'imminent' (Apakah itu imminent? Ku tidak tahu..)


Maka, telah disahkan pada saat dan ketika ini bahawa semua folder peribadi yg disimpan di dalam D:// telah hilang DAN Ubuntu masih tidak dapat di'install'. 
Namun, berita baik nye adalah OS Windows XP dah hilang. No more BlueScreen..hahahaha >:D

Berdasarkan pembacaan yg ku peroleh dari internet, (anda boleh klik di sini) Ubuntu mempunyai banyak faedah dan kelebihan berbanding Windows. 

Oleh itu, apabila elaun ku sudah masuk nanti, akan ku membelanjakan ia utk membeli hard disk yg baru. Kemudian akan ku pergi ke kedai komputer yg berhampiran utk meng'install' Linux Ubuntu. Ku tak mahu install sendiri, bimbang akan hancur lagi hard disk ku yg baru itu..


 Oh ya, apakata ku tukar processor..daripada Intel Atom kepada Intel i7...muahahahaha....boleh meletop netbook HKV ku ini... xD

p/s: entri ini telah di'post' menggunakan OS Linux Ubuntu... ^o^


Saturday, April 23, 2011

Balik Nanti Aku Nak Install LINUX...

Salam,

Petang tadi aku gi Kangar lepas solat Jumaat...cm takde keje gi Kangar, padahal exam dah ibarat isi dengan kuku...dah dekat..bak kata cikgu English, exam is around the corner..

Mula2 aku ingat nak gi Kangar utk deposit duit tambah nilai (top-up) je...ye lah, dah ramai orang mintak topap ngn aku..tapi disebabkan tgh pokai (elaun tak masuk lagi) aku terpaksa cakap sori kat dorang...

After deposit duit kat Maybank tu, aku ingat nak terus balik naik bas pukul 3.30ptg...tetiba hati ni terus terpikir nak singgah kat CC jap..kalo aku balik pukul 3.30ptg, bleh jumpe dgn 
cik ninja...huhu :(

Dah lama tak main NFS Most Wanted....aku taksuke main Underground, sbb scene dia waktu malam..lagipon Underground takde polis,takbest...kalo main Undercover plak, banyak drama..aku nak race, bukan nak tengok drama.. =.="

Best woo bergelut ngn polis nih...main langgar2 kereta polis...mcm main bumper car kat funfair tuh... :DD



Tengah best2 main NFS tuh, tetiba ada mesej masuk...Encik Zulfadhli dari bilik Lan suruh topap...haa, kan dah cakap..nasib baik aku dah deposit duit..aku reply..

"Kejap eh...line topap busy sket.."

Pastu aku sambung balik, tengah bawak kereta laju nih...vroomm...vrooomm..pastu cik nuyen aka cik ninja plak mesej..mengatakan bahawa encik henfon nye tercicir dlm bas..baru jumpe kata nye...nak tau cerita beliau lebih lanjut serta terperinci? Klik kat sini... ;D


Lepas bertanya berita dgn cik nuyen, aku sambung bawak kereta kaler biru gelap nih...tengah bawak 117mile per hour tuh...sempat gak aku printscreen..hehe
Elok2 sikit je lagi aku nak langgar tollbooth tuh..(saya suke langgar tollbooth), tetiba keluar lagu XPDC- Puing Cinta...itu menandakan incoming call...rupe2 nye ummi talipon..terpaksa aku tekan kekunci Esc kat keyboard...dan tekan butang kaler hijau kat henset..

Beliau menanyakan tentang masalah BlueScreen of Death...kata nye bende ni baru jadi..maybe disebabkan installation broadband yg agak kalut semalam...

Semalam aku jadi technical support utk parent aku, dorang pening camne nak install broadband punyer software kt komputer rumah aku tuh...

Dan hari ni, ummi plak call sebab muncul bluescreen...aku mmg leceh ngn bluescreen nih..laptop aku ni entah brape puluh kali keluar bluescreen...lebih 3kali aku format balik netbook tersayang nih...

*bluescreen of death yg sangat dibenci ramai...
So, aku pon guide la mak aku tuh camne nak recover balik...dari tekan F8..masuk Safe Mode..tapi kata beliau, still keluar bluescreen tuh...adeh, kalo aku ada kat rumah tyme tu kan senang..boleh aku godek2 komputer tu..buat apa yg patut...takyah nak bagi penerangan kat talipon...

Tetiba, ummi aku baca apa yg tertulis kat bluescreen tuh...dengan harapan agar aku boleh solve problem tu..

"A problem has been detected and Windows has been shut down to prevent....blablabla"

Haha, aku nak tergelak pon ade...tapi aku biarkan je beliau baca semua benda tu..at least mak aku tu boleh speaking omputih dengan lancar hari ni..bukan nye selalu.. :D

Hmm, setelah aku pikir2..rasa nye kena bawak gi kedai jugak kot..suruh format balik..banyak problem la pakai Windows nih...tu aku rasa nak install Linux je kat laptop aku dan komputer rumah tu..senang sikit..virus pon takboleh nak masuk..

Jadi, Balik Nanti Aku Nak Install LINUX... :-)

Sekian, wassalam =)


Friday, March 25, 2011

TimePiece:Bell & Ross

Salam,

Jam tangan atau dlm bahasa org kampung aku "timepiece", merupakan alat yg penting utk tentukan masa...memang la zaman sekarang orang bergantung pada henset je kalo nak tengok waktu...tp kan lebih senang kalo ada jam tangan yang melekat je kat tangan...takpayah susah2 nak keluarkan henset dlm kocek...





Design pon banyak, tak semestinya design yg cantik2 tu mahal...kadang2 boleh cari kat pasar malam je...sebagai contoh jam yg aku pakai sekarang ni 
|
|
v

harga dia RM18...takde brand pon..tapi kalo nak cari yang branded mcm TagHeuer, Bell&Ross, Guess, Gucci, Yifalian, Nike, Louis Vuitton....yg tu mmg mahal...tp bak kata cikgu Bahasa Melayu...alah membeli menang memakai...
Aku taknak beli jam yang mahal2 ni...beli yg murah2 sudah...asalkan cantik&simple..lagipun aku suke tukar2 jam..boring kot pakai jam yang sama je...sbb tu aku beli yg murah, tak bazir duit....

Skang ni, aku minat ngn jam Bell&Ross...syarikat dia dari Switzerland...kita memang tau bahawa orang2 Swiss ni mmg terer bab buat jamtangan  ni...design dia simple, tp stylo-mylo (pinjam word Amil)

Dicipta pada tahun 1993 oleh Bruno Belamich ngn Carlos Rosli Rosillo, so jenama Bell&Ross ni diamek dari nama family dorg...disebabkan jam keluaran dorang pernah dipakai oleh astronaut bernama Reinhart Furrer utk misi ke angkasa lepas, maka jam ni telah terkenal dan feymes...geng2 racing Formula 1 pon pakai gak jam ni..mungkin disebabkan design dia yg simple...ye la, org tgh bawak kereta laju2, sempat tengok sekejap je kt jam...mana sempat nak belek lama2...elok2 naik keta F1, tak pasal2 naik ambulans plak... 
Ni haa sample jam dari Bell&Ross...

yang tengah tu memang pening nak tengok... @_@


yang ni pon style gak...tapi mesti mahal punyer...aku rasa dlm RM200+...huhu


aku suke konsep dia...lain dari yang lain...jamtangan takde jarum, tapi bukan jam digital...dia ambil konsep mcm penimbang berat tu..disc kt dalam yg akan berpusing...

Asalnya, jam ni direka utk golongan professional mcm tentera, juruterbang, pakar bom dan sebagainya...dlm erti kata lain, jam ni memang direka supaya tahan lasak...so, memang tahan lama la...

erk,, yang atas ni bukan golongan profesional nih...dorang ni model jek.. xD


haa, yang ni baru profesional...huhu


eh, yang ni takde kaitan....TERpromote iPhone plak...huhu
btw, Bell&Ross ada keluarkan apps utk pengguna iPhone..mcm yang korang tengok kat atas ni...
*utk pengguna iPhone original saje...iPhone keluaran dari China, tak layan... :P

Untuk sesapa yg berminat, boleh la pergi kat website Bell&Ross ni...

Eh, lupe plak nak gtau...aku pon ada jual sebijik jam Bell&Ross...harga RM100 termasuk caj penghantaran...ni haa gambar jam yg aku nak jual...sesapa nak beli kontek aku kat 0139475646 (Ami Faiz)


OK,thanks for reading...wasalam =)

Friday, August 27, 2010

Ariel dan Luna??? Hebat sangat ke??

Salam,
Beberapa bulan yg lalu, umat Islam kt Malaysia dan Indonesia dikejutkan dgn gmbar atau video panas Ariel dan Luna….aku baru tau je…hmm, sorry la aku ni kadang2 malas nk layan cite2 gini….(chewwah…hehe)
Aku pon pelik….nape la dorg ni sibuk2 nak gembar-gemburkan isu ni…benda remeh je….alaa, kalo setakat Luna tu….aku dah tgk byk kali dah…..dah naik jemu aku tgk…

Bentuk badan Luna tu bukan nye lawa sgt pon….xmenarik lgsung…sebatang je aku tgk….besar sikit drpd lidi…hahaha
Hisy, tolong la….cmne korg bleh gatal nk tengok Luna pon aku xtau…
Yg si Ariel tu pulak….badan pon kurus keding je….ade tulang rusuk je….hahaha xD
  
Hmm, padan la si Ariel dgn Luna tu….satu kurus, satu keding…..hehe
Yg aku pelik, nape isu dorg ni diheboh-hebohkan? Ate, kalo udah deme nak bersama….bior le…walaupon aku rasa mmg pelik gak kalo dorg bersama…. =D

Tp, yg pasti masyarakat kat Barat xde pon amek kisah pasal hal dorg ni….ye la, org2 Barat ni open-minded…..
Mybe korg yg baca entry aku ni akan geleng kepala…xcaye aku mcm xamek kisah pon hal Ariel ngn Luna ni….tp, kamon la…takkan la benda mcm ni pon korg nak kecoh????
Aku tau, mybe aku lambat siarkan entry psl dorg berdua ni…sbb tu cite ni dah mcm suam2 kuku je…

Anyway, tadi aku search kat internet….aku nak tgk la gambar dorg berdua-duaan ni….naseb baik aku jumpa…..tp, tu la…aku pelik….ape yg menarik ngn Ariel dan Luna ni sampai org ramai pakat nak download video dorg??
Ni haa, gambar dorg yg aku jumpe kt internet….kpd sesapa yg belom tengok atau xpuas lagi tgk gambar dorg…..silakan2, jgn malu2….aku tengok pon selambe jer….xde feeling langsung…huh..





Ha, da puas hati?? Hmmm, ntah la….kalo gamba dorg yg mcm ni pon korg layan….aku xtau nak ckp ape dah…..drpd aku layan gambar Luna dgn Ariel ni, baik aku ready siap2 utk SOLAT JUMAAT….lagi bagus, ade gak pekdah nye….
Anyway, kalo sesape yg tau kenapa gambar Luna & Ariel hot…. (gambar yg aku tunjuk kt atas tu)….
Jgn lupa komen kat KomenBox kat area tepi blog aku ni….aku da naik pening pikir…. (@_@)
Okeh, chao dulu….
Wasalam =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...