hatbit

Thursday, June 21, 2012

Oh My English!!!! D:













Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday : Avoid Sugar, Prevent Illness





Hold CTRL and left-click to open and enlarge the images in new tab.











Liga Ilmu : Ustazah Pilihan VS Imam Muda. Wajarkah?



Post ini telah di copy paste daripada blog Jil Fityan
Original post di sini: 

Sejak pertama kali melihat iklan rancangan Liga Ilmu : 

Debat Imam Muda Vs Ustazah Pilihan mahu ditayangkan 

di Astro Oasis, mata saya terpana dan minda saya terfikir,, 

"Adakah rancangan ini sesuai?? Dengan santapan iklan 

yang gah kepada penonton, dengan menyiarkan beberapa 

babak perdebatan hebat, disamping pesertanya pula "bukan

 calang-calang orang", iaitu Imam Muda dan Ustazah 

Pilihan, sudah pastinya mampu menarik ramai penonton 

untuk melihat rancangan ini.

Setelah melihat episod demi episod rancangan debat ini 

,sangkaan dan kecurigaan saya terhadap program ini 

ternyata benar. Rancangan yang berselindung dibawah 

tema "Liga Ilmu" ini rupanya lebih banyak membawa 

keburukan daripada kebaikan. Dengan konsepnya 

membawa isu-isu semasa untuk diperdebatkan 

kemudiannya dikaitkan dengan gender dan agama sebagai 

modal perdebatan, ternyata tidak bertepatan dengan title 

"Liga Ilmu" yang diberikan, malah lebih banyak menjurus 

kearah sia-sia. Mengapa saya berkata demikian...


Pertama) Tajuk yang tidak bersesuaian dan menimbulkan 

kontreversi. Sebagai contoh,tajuk debat seperti "Lelaki 

adalah pemimpin secara Mutlak.." "Isu buang bayi. Salah 

siapa..??" "Isu perceraian. Salah lelaki atau perempuan..". 

Relevan kah? 


Kedua) Konsep rancangan ini, iaitu mempertahankan 

GENDER. Para peserta debat Imam Muda dan Ustazah 

Pilihan yang berlainan gender akan bermatian menyokong 

hujah masing-masing. Bertegang urat demi menegakkan 

bahawa gender mereka terbaik, gender mereka dipihak yang

 benar, sementara pihak lawan sudah pastinya menjadi 

pesalah pada setiap isu-isu perdebatan. Hal ini sudah 

pastinya boleh menimbulkan fitnah kepada para pendebat

 yang berstatus Imam Muda dan Ustazah Pilihan. 









Ketiga) Kedua-dua belah pihak yang ingin mempertahankan 

hujah masing-masing, kedua duanya menunjukkan 

kehebatan dengan membacakan ayat-ayat suci Al-Quran 

dan Hadis. Dalil-dalil Al-Quran Hadis dilontarkan untuk 

mempertahankan hujah, digunakan untuk menyerang hujah

 lawan, malah turut dijadikan bahan untuk memperli antara 

satu sama lain. Pendek kata, nas nas ayat suci ini disepak 

terajang kesana sini, yang mana membantu bagi pendebat 

maka dipetik, yang mana tak membantu maka dibuang. 

Situasi ini boleh diibaratkan seolah Al-Quran dan Hadis itu 

tiada nilainya, dan boleh digunakan sewenangnya demi 

memenuhi tuntutan emosi pendebat yang mempertahankan 

gender masing-masing.



Saya membuat kronologi seperti contoh ini. Misalnya Imam 

Muda menggunakan nas Quran Hadis dalam 

mempertahankan hujahnya. Ustazah Pilihan pun 

menggunakan nas Quran Hadis untuk pertahankan 

hujahnya. Kedua-duanya saling tidak mengalah. Soalnya 

sekarang, sekiranya hujah berdasarkan nas Al-Quran Hadis 

daripada Imam Muda itu betul, apakah ini bermakna hujah 

yang juga dari nas Al-Quran Hadis daripada Ustazah Pilihan 

itu salah?



Atau hujah Al-Quran Hadis dari Ustazah Pilihan itu betul,

 apakah Hujah nas Al-Quran Hadis dari Imam Muda itu pula

 yang salah?? 



Bukankah ini secara terang-terangan Al-Quran dan Hadis 

telah dipergunakan, diperbodohkan oleh kedua-dua pihak 

semata-mata mahu menyokong hujah emosional dalam 

mempertahankan gender masing-masing. Ia bukan sahaja

 telah membuka ruang kepada penyelewengan pentafsiran 

Al-Quran dan Hadis, malah lebih teruk dari itu, ia menjadi 

fitnah yang maha dasyat kepada Al-Quran, Hadis, dan Islam 

itu sendiri.



Keempat) Moderatornya, Dr Ridhuan Tee berperanan 

sebagai orang yang "membakar" agar situasi jadi tegang. 

Beliau dengan sengaja memainkan sentimen dan 

menggunakan status gender peserta debat sebagai modal 

ulasan dan soalan kepada peserta. Fenomena ini sudah 

pastinya mencetuskan ketegangan sewaktu debat, dan yang 

nyata menjadi kontreversi dan ketidaksenangan dikalangan 

penonton. 



Alangkah sedihnya melihat para Imam Muda dan Ustazah 

Pilihan yang ada ilmu tetapi hakikatnya tidak cerdik, senang-

senang menyerahkan dan membiarkan diri mereka 

dipergunakan oleh pihak Astro yang hanya mahu mencari 

rating tinggi dan mencari populariti dengan rancangan 

tersebut. Terdetik dihati saya, betapa berapa ramai 

penonton bukan Islam tergelak ketawa menyaksikan 

perdebatan bodoh dan sia-sia dari orang-orang celik agama 

ini.



Marilah kita pakat berdoa, agar para Imam Muda dan 

Ustazah Pilihan bertaubat dan insaf, serta menarik diri 

daripada rancangan ini.

===================================================================================

SHAH ALAM: Seorang ulama hari ini menegur Astro Oasis kerana menganjurkan program perbahasan bercorak Islam tetapi membabitkan isu-isu yang tidak mengikut syarak dan syariat agama itu.
 
Liga Ilmu musim baru terbitan stesen televisyen itu antara lain menampilkan barisan Imam Muda dan Ustazah Pilihan yang berbahas topik-topik seperti ‘Lelaki Atau  Perempuan Lebih Layak Jadi Pemimpin?’, ‘Lelaki Lembut Vs Perempuan Ganas’, 'Remaja lari dari rumah, salah ibu atau bapa?' dan 'Pemimpin....hak mutlak lelaki ?'.
 
Ulama muda Fathul Bari Mat Jahya berkata, format rancangan itu berserta topik-topik sedemikian menjadikan Islam sebagai bahan hiburan.
 
Menurut beliau, tajuk-tajuk berkisar pada gender, dan "persaingan" antara lelaki dan wanita untuk program agama tidak sesuai kerana ia hanya menjadi perdebatan yang  saling menuding jari antara satu sama lain.

Fathul Bari berkata, beliau bimbang program agama itu lebih berbentuk provokasi dan menggesa Astro Oasis meneliti kembali matlamat dan memperbaiki konsep program dari segenap sudut agar ia dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.
 
Beliau menegaskan keperluan untuk memastikan program agama sentiasa berpaksi kepada perbincangan ilmu berkualiti, pemilihan topik yang diserasikan dengan realiti masyarakat semasa dan bukan mengajak ummah untuk menuding jari dan mencari salah antara satu sama lain.
 
“Adakah dari sudut etika, lelaki dan wanita dengan cara berhadapan seperti itu, dengan adab, dengan gaya bersuara, dengan lenggok bahasa, dengan lenggok tubuh badannya....diharuskan di dalam Islam?” tanya beliau.
 
Fathul berkata cara penyampaian hujah debat dalam program Liga Ilmu kadang-kadang jauh tersasar dan penuh dengan emosi.
 
Hal ini secara tidak langsung seperti merendahkan maruah dan kredibeliti status ‘imam muda’ dan ‘ustazah pilihan’ yang disandang peserta berkenaan, kata beliau.
 
“Nak berbahas, kita perlu terbuka, dada kena terbuka. Kita nak kritik pendapat orang, kita juga kena terbuka dan sedia dikritik," kata Fathul.
 
“Kalau apa yang dia(pihak lawan) kritik bertepatan dengan syarak, kita kena terima. Tidak boleh kerana kepentingan diri kita, kerana hati kita, kita nak ketepikan petunjuk syarak semata-mata  kerana rasa tidak puas hati”, ujar beliau.
 
Dalam memilih topik perbahasan, Fathul berkata penerbit rancangan harus sedar bahawa Islam mempunyai cara tertentu dalam mengangkat kedudukan wanita dan pada masa sama kedudukan dan tanggungjawab lelaki tidak pernah dipertikaikan.
 
Rancangan Liga Ilmu menampilkan pensyarah Universiti Pertahanan Nasional dan penceramah bebas Dr Mohd Riduan Tee Abdullah sebagai moderator.

Liga ILmu ditayangkan di Astro Oasis, saluran 106, setiap hari Khamis, jam
10 malam.

Friday, June 8, 2012

Army Camouflage

Assalamualaikum & good morning,


The event occured during Latihan Berterusan PALAPES UniMAP in April 2012... =)


A picture describes a thousand words =)


Left Click + CTRL to open & enlarge the image in new tab.



in process of make-up the model



right side of the model's face



touch-up a little bit



giving all his face...




the left is the male model, the right is the female model  :)




our batch photographer... :D


final result with our own official flag..
"Senyap Tapi Berbisa"

Batch-32 PALAPES Malaysia
and
Batch-6 PALAPES Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) 
also known as
Reserve Officer Training Unit (ROTU)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...