Saturday, August 31, 2013

Tips Penjagaan Jam Tangan




1. Air adalah ancaman besar kepada kebanyakan pemilik      jam tangan. Jika jam tangan anda bukan dari jenis yang kalis air anda perlu berhati-hati dan mengelakkan kerosakan jam tangan anda yang timbul akibat dari terkena air.

2. Baca dan ikut panduan yang diberikan di dalam manual pengguna tentang cara mengelakkan dari pendedahan kepada air.

3. Jika air telah masuk ke permukaan jam tangan anda, anda akan dapat lihat wap terhasil dibahagian dalam permukaan jam anda.



4. Jangan terus membuang jam tangan itu. Ia mungkin masih boleh diselamatkan. Hantar kepada tukang jam professional untuk dibaiki.

5. Elakkan meletakkan jam tangan anda di tempat yang sangat panas atau sejuk. Kepanasan yang melampau akan memendekkan umur bateri. Kesejukan melampau pula boleh menyebabkan spring di dalam jam tangan mekanikal cepat rosak.



6. Elakkan pendedahan kepada bahan pelarut, bahan kimia dan gas dimana ia boleh menyebabkan kerosakan dan warna semakin pudar dan kurang menyerlah.

7. Elakkan jam tangan dari terjatuh atau menerima impak hentakkan yang kuat.



8. Memakai jam tangan yang sesuai mengikut jenis pekerjaan anda. Jika anda bekerja di kawasan pembinaan atau tempat-tempat pekerjaan yang lasak maka anda memerlukan jam tangan yang tahan lasak.



9. Jauhkan jam tangan anda dari tenaga elektrik atau magnet seperti tv dan radio.

10. Tanggalkan jam tangan anda ketika mandi atau membasuh.
Air masin seperti air laut mungkin akan menyebabkan hakisan ke atas jam tangan anda.

11. Jangan letakkan jam tangan ke dalam beg tangan kerana habuk dan debu halus akan masuk ke dalam jam tangan. Bahan kosmetik dan minyak wangi di dalam beg tangan juga akan menyebabkan hakisan dan pengoksidaan kepada jam tangan.

12. Juga elakkan menyimpan jam tangan di dalam laci bersama-sama dengan alat kosmetik dan minyak wangi.
Hantar kepada pakar jika terdapat kerosakan pada jam tangan anda.

13. Bersihkan jam tangan anda secara profesional.

nota: setiap jenis jam tangan mungkin mempunyai cara penjagaan yang berbeza mengikut jenamanya yang tersendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...