hatbit

Tuesday, September 27, 2011

Rekabentuk Baru Syiling Malaysia

Assalam,


Tadi aku jumpa ada seorang individu cuba nak jual duit syiling tahun 2012 kat Lelong. Aku pon pelik apsal nak jual...duit syiling 2012 dah keluar ke?


Jadi, aku pon try search kat internet...dan ini hasil yang aku dapat setelah diterjemah ke bahasa Melayu. ^_^






 


Rekabentuk Baru Syiling Malaysia 2012         



 Hari ini (25 Julai 2011), Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, mengeluarkan reka bentuk duit syiling Malaysia. Duit syiling baru akan diperkenalkan dari awal tahun depan. 500,000 set syiling baru akan disediakan sebagai duit syiling peringatan (Brilliant Uncirculated) dengan pembungkusan khas dan dijual bermula hari Selasa kepada orang ramai pada RM 10.00 setiap set di semua cawangan BNM. Duit syiling telah direka oleh seorang rakyat Malaysia dan secara keseluruhannya dicetak oleh Bank Negara di Malaysia. Satu siri baru wang kertas juga akan dikeluarkan pada bulan September.


Gambar oleh The Star: Duit syiling reka bentuk baru dan reka bentuk duit syiling lama.


         Reka bentuk siri ketiga duit syiling Malaysia mendapat inspirasi daripada unsur-unsur yang tersendiri yang mentakrifkan budaya dan warisan Malaysia. Tema 'tersendiri Malaysia, ciri-ciri motif dari kraf tradisional dan flora dan fauna kita. Duit syiling mencerminkan kepelbagaian dan kekayaan identiti kebangsaan Malaysia.


Ciri-ciri biasa


Pada bahagian depan, nama pengenalan masing-masing mempunyai motif yang berbeza, 14 titik yang mewakili 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali dalam kes 50 sen) lima garisan yang mewakili lima prinsip-prinsip 'Rukun Negara' (tunggak negara ).


Di sebaliknya, siri baru syiling mempunyai bunga kebangsaan, bunga raya (dikenali sebagai 'Bunga Raya'), angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.

50sen-Sulur Kacang
'Sulur kacang' (tendrils pea) motif yang diketengahkan pada 50 sen yang baru sangat popular di kalangan pemgukir tradisional kayu dan perak . Motif diambil dari kacang panjang. Garis-garis halus di latar belakang motif adalah sebahagian daripada ciri-ciri keselamatan.


Ciri-ciri Keselamatan:
Gambar dan tulisan tersembunyi '50 sen' boleh dilihat apabila duit syiling di sengetkan sedikit.

Spesifikasi Teknikal : 50 sen
Aloi: Brass Nickel Copper Clad
Diameter (mm): 22.65mm
Berat (gram): 5.66g

20sen-Bunga Melur


'Bunga Melur' ialah bunga yang ketara di kalangan tiga kaum utama di Malaysia. Bau aromatik menjadikannya bahagian yang penting dalam upacara tradisional seperti majlis perkahwinan dan doa. Ia juga motif popular dalam seni dan kraf tradisional seperti sulaman dan hasil kraf perak. Pada 20 sen yang baru, bunga melati ditampilkan dengan motif kain 'destar siga' di latar belakang.




Spesifikasi Teknikal 20 sen
Alloy: Nikel Brass
Diameter (mm): 20.60mm
Berat (gram): 4.18g



10sen-Motif Orang Asli

'Orang asli' (suku kaum asli) Malaysia yang berbakat dalam menenun daun dan tumbuh-tumbuhan asli kepada barang-barang hiasan seperti ikat kepala, ikat pinggang dan kain untuk ritual dan upacara tradisional. Setiap puak mempunyai corak tenunan mereka sendiri yang sering diinspirasikan oleh sistem kepercayaan mereka dan persekitaran. Pada 10 sen yang baru, rekabentuk adalah diambil drpd corak unik tenunan kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.


Spesifikasi Teknikal: Wajah Nilai: 10 sen
Aloi: Stainless Steel
Diameter (mm): 18.80mm
Berat (gram): 2.98g

5 sen-Destar Siga


Kain 'destar siga' adalah satu bentuk asli kain tenunan yang berasal dari suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Digunakan sebagai tengkolok semasa upacara tradisional, ia ditenun terutamanya dari benang hitam dan benang pelbagai warna ke dalam pelbagai jenis corak geometri dan motif flora dan fauna. Pada 5 sen baru , corak 'destar siga' yang diketengahkan adalah jelas, disertakan dengan 'sulur kacang sebagai motif latar belakang.


Spesifikasi Teknikal 5 sen
Aloi: Stainless Steel
Diameter (mm): 17.78mm
Berat (gram): 1.72g


Duit syiling siri baru adalah sah. Siri yang sedia ada akan digantikan secara beransur-ansur secara berperingkat. Bank Negara Malaysia sedang bekerjasama rapat dengan institusi-institusi kewangan, perniagaan dan vendor pengendalian wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar kepada siri baru. Vendor mesin pengendalian tunai akan diberikan enam bulan untuk menentukurkan mesin mereka dapat memastikan kemudahan untuk menggunakan duit syiling baru.


Sumber: http://lunaticg.blogspot.com/2011/07/malaysia-2012-coins-design.html


Tuesday, September 20, 2011

Penghantar Pizza VS Mahasiswa/i

Assalam, 


Sebelum aku start entry serius aku,,nak bagi korang baca lawak ni jap....kalau lucu, 


gelak...kalau tak lucu, jgn kutuk aku...aku copy je ni...huhu


Al-kisah adalah seorang makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah


syarikat besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai, 


pemalas, bos baru ni pon bercadang nak ajar mereka sikit untuk hari pertama dia kat 


kompeni tu.

So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat serta merta. Memang malang tidak 



berbau, apabila dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan 



memandang kepada lelaki berkenaan...

"Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras

"Dalam RM800"...pekerja tu menjawap

Bos tu menjawap...


"Nah amik ni Rm800, BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI KERJA TEMPAT 



LAIN"

Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang sinis kesemua 



pekerja2 nye, seperti dia mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat!

Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas..Sebelum bos itu 



masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,

"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza je boss, bukan keje sini pun".

T_T

P/S: untung nye jadi penghantar pizza...hahahah...




Ok, dah baca kan? So, now i want u all put on your thinking cap...hehe






Perbezaan mahasiswa universiti dan penghantar pizza


1. Gaji penghantar pizza adalah RM800 sebulan, manakala duit PTPTN mahasiswa (diploma) adalah RM2500 satu semester (6 bulan)


2. RM2500 itu akan ditolak RM1000 utk bayar yuran pengajian universiti..maka tinggal lagi RM1500.


3. Jumlah gaji penghantar pizza utk 6 bulan adalah RM800 X 6 = RM4800


4. RM4800 penuh adalah milik penghantar pizza...takperlu bayar balik kepada syarikat seperti duit PTPTN kerana ianya bukan pinjaman.


5. Penghantar pizza dapat RM4800 (gaji bersih) utk kerja 6 bulan..tak termasuk gaji overtime dan elaun pekerja terbaik bulanan.


6. Mahasiswa/i hanya dapat menikmati RM1500 utk 6bulan.


7. Waktu kerja penghantar pizza adalah mengikut syif dan bukan 24jam, manakala tugas mahasiswa adalah sepenuh masa.


8. Sekiranya penghantar pizza itu mempunyai rekod yg cemerlang, takpernah ponteng kerja...mungkin dapat naik pangkat jadi cashier, kemudian pengurus cashier, kemudian penolong pengurus restoran pizza...dan mungkin dapat jadi pengurus restoran pizza... =)


9. Mahasiswa/i setelah bergraduasi, adakah mampu mencari kerjaya yg setaraf dgn pendidikan yg diperoleh? Kerana kebanyakan graduan universiti amat memilih dlm bidang kerjaya...nak apply kerja pengurus syarikat, tp lulusan diploma jek...


10. Penghantar pizza (yg telah menjadi pengurus syarikat pizza) meminjam loan dengan bank utk mengembangkan perniagaan pizza. Sudah pasti beliau mampu membayar loan kerana setiap orang yg banyak duit terutama nye di bandar2 spt Kuala Lumpur, Paris, London...akan makan pizza sekurang2 nya 2 minggu sekali...











11. Graduan lepasan diploma ingin sambung study ke peringkat ijazah, master, PhD...pinjam duit dgn PTPTN....selagi beliau tak bekerja, selagi itu lah graduan tersebut tidak mampu utk membayar hutang PTPTN yang berpuluh ribu tuh...


12. Pengurus syarikat pizza (yg dahulu nye dikenali sbg 'penghantar pizza') telah berjaya mengembangkan cawangan restoran beliau ke seluruh Malaysia. Tiba lah masanya utk beliau mendirikan rumah tangga.


13. Graduan mahasiswa masih lagi menuntut di universiti...mempelajari sesuatu yang kemungkinan besar takkan diaplikasikan dlm kehidupan seharian mahupun alam pekerjaan. Contoh nye, adakah beliau akan aplikasi Thevenin Equivalent Circuit Theory apabila menjadi pengurus syarikat ICT ? Saya ragu2 tentang itu.. :D


14. Graduan tersebut perlu membayar hutang PTPTN sebelum mahu meminang anak dara orang...kalau hutang keliling pinggang, ada ke ibubapa yang nak bagi anak dara mereka kat beliau??




Sekadar renungan dan bacaan ringan sahaja, tiada kaitan yg hidup atau yg mati...waima yg dalam kandungan ibu..., durian yang baik dijadikan tauladan, durian yang buruk jadikan tempoyak sempadan....


Assalam =)



Monday, September 12, 2011

BERITA : Kedai Makan Terbakar

KANGAR, 12 SEPTEMBER - Satu insiden kebakaran telah ditemui oleh saya, Muhammad Fahmi Faiz ketika sedang menaiki bas shuttle UniMAP dari Kangar ke Kuala Perlis.


Kebakaran itu berlaku berdekatan dengan simpang tiga Jalan Kangar-Alor Star-Marhom Kayang. Ia juga berdekatan dengan Kluster Penyelidikan UniMAP.


Kebakaran itu yang berlaku di sebuah rumah berdekatan dengan stesen minyak Petronas telah menyebabkan beberapa dinding kedai makan tersebut menjadi hitam kesan akibat hangus terbakar.


Namun begitu, penulis tidak dapat bertanyakan maklumat lanjut mengenai kebakaran tersebut kerana adalah agak mustahil untuk meminta pemandu bas shuttle untuk berhenti seketika.











Ketika penulis sedang melalui tempat kejadian, orang ramai telah berpusu-pusu mengerumuni tempat kejadian tersebut. Beberapa biji kereta bomba dilihat sedang menyemburkan air ke arah kawasan api yang dilihat sudah padam.


Namun, beberapa keping gambar sempat diambil dan dirakam ketika pasukan bomba sedang leka memadam kebakaran. 





(klik gambar utk tumbesaran)

Kebakaran yang berlaku berhampiran Jalan Dato' Ali itu telah menyebabkan lalu lintas di kawasan itu menjadi sesak. Ini sangat menghairankan penulis kerana sebelum ini, jalan tersebut tidak pernah sesak sedemikian rupa.


(klik gambar utk tumbesaran)


Dapat dilihat wayar hos paip air sedang dialirkan ke rumah tersebut. Pada ketika ini, pasukan bomba dan kereta peronda polis sudah mula memenuhi perkarangan kawasan kedai makan tersebut.
Tidak ketinggalan ialah krew berita RTM (Berita Ehwal Semasa) dan kereta Kancil milik krew Sinar Harian.



(klik gambar utk tumbesaran)

Penulis mengandaikan bahawa premis yang terbakar itu adalah sebuah kedai makan berikutan kewujudan beberapa buah meja serta kerusi yang menyerupai sebuah kedai makan (rujuk gambar).

Adalah sukar bagi penulis untuk mengenal pasti punca kebakaran kerana tidak berkesempatan untuk menemuramah pemilik kedai makan tersebut.

Namun, mujur kebakaran tersebut sempat dipadamkan terlebih dahulu sebelum ia merebak ke stesen minyak yang berdekatan yang jauhnya hanya sepelaung atau 50 meter daripada tempat kejadian.


UPDATE: Nama kedai makan tersebut ialah Nasi Campur Selera Kampung, Ikan Bakar dan Ulam-ulaman...perghhh,,sedap nyee..terliur plak nak makan ikan bakar cicah budu..hehe





Friday, September 9, 2011

Topup dan Simpack Prepaid Kena Cas 6% o_o

Assalamualaikum,


Satu Malaysia dah kecoh pasal kenaikan 6% harga tambah nilai (topup) dan pembelian simpack utk prepaid. Mula2 aku ingat benda ni kawan2 aku nak kelentong je...rupe2 nye mmg betul setelah ramai lagi kawan2 aku duk post benda yg sama kat Facebook.







RM 0 Pelanggan dihargai, mulai 15/9/2011, semua pembelian reload & pek permulaan prabayar akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan yang berkenaan. Info: www.celcom.com.my


Petikan Paper Online

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.


Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan ITU, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini.


Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.


Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.


Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.


Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.


Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.


Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.


Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.


"Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan," kata kenyataan itu. 







Jadi, kesimpulannya kalo korang nak beli topup RM5..kena bayar RM5.30
Kalau nak beli topup RM10..kena bayar RM10.60...
Adoih, sumpah leceh...nak kena pi cari duit syiling plak...

Kalau yang part-time jual topup/kredit,,macam aku ni..taktau la mcm mana...mesti pening kepala nak topup...



Yang aku pelik nye...nape dorang buat 6% ?
Kenapa tak buat 2% atau 3%...ataupon 5%...

By the way, rakyat Malaysia mmg cepat bertindak dalam sesuatu isu...
Skarang dah ada page ni...hehe...bertambah satu lagi page kat Fesbuk... :D



Kami bantah cukai 6% untuk produk reload & simpack

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...