hatbit

Sunday, March 31, 2013

Anak Bulus in Da House...

Assalamualaikum,

Ada seekor mama meow (bukan Mama Mia) telah melahirkan 3ekor anak bulus yg berlainan warna bahagian ampaian rumah aku...

Rasanya semua jantina baby2 meow tu betina...tp taktau lah, sebab kecik lagi kn...mungkin ada yang jantan, cuma aku takberapa nak nampak dengan jelas...huehuehue

Lepas balik daripada final paper 29hb Mac 2013 yg lalu, aku balik, terus main2 dengan baby2 meow ni...lama jugak lah main, sebelum tu bagi sisa2 makanan, kepala ikan keli, tulang peha ayam...sbb yg isi2 dia aku dah perabis.. :3





si ibu yang dah melahirkan baby

Dulu, si ibu ni kecik lagi...selalu duk merayau2 dengan adikberadik dia yg lain datang rumah ke rumah, mintak makanan...tapi tu dalam 2tahun lepas kot...

Sekarang ni, si ibu ni asyik duk mengikut aku je...mentang2 lah aku ni provide makanan kt dia..kerja duk gesel2 kt kaki ja, kadang2 rimas kot...menggedik gila, renjis air sikit baru lah nak lari...


Sekarang dia dah jadi ibu kepada 3ekor baby kucing...setiap satu kaler berlainan..oren, hitam & kelabu..




yang ni kaler oren dengan hitam


Aku bg sisa makanan kt ibu meow, kdg2 si baby kaler oren tu makan jugak kpala ikan...tp mostly dorg cuma menyusu badan si ibu..



yang ni kelabu sikit


kelabu & oren


buat muka kesian... -_-



Kadang2 waktu malam, kalau aku makan burger...aku bagi separuh daging burger kt dorg...basuh dulu (buang mayonis & sos), pastu bagi kt dorg...biasanya si oren & ibu meow yg perabis kn... :)




video selama 5minit memaparkan kehidupan si anak2 bulus yang bermain sesama mereka...adegan yg mendebarkan dan memalukan...huhu


Wassalam =)



Sunday, March 24, 2013

Kuburkan Sifat Benci Anda

Assalamualaikum,

Kadang2 ada manusia yang dah berkawan sejak dari kecik, makan sama2, mandi sama2, naik basikal gi sekolah sama2, lepak tepi jalan main gitar sama2...tiba2 satu masa, mereka berkenalan dan jatuh cinta pada gadis yang sama..

sekadar gambar hiasan, sape peminat Matluthfi90 tau ler cilok pic ni dari mana... ;)


Mulai dari situ, bibit-bibit perkelahian dan kebencian serta irihati tidak lupa juga pergaduhan mula muncul serta membarah di dalam diri sanubari dua insan ini...

Cerita tu cuma contoh je, takda kaitan dengan sesapa... =)
Tapi, kenapa boleh jadi sampai mcm tu sekali...sebuah persahabatan yg dibina selama 25tahun, kadang boleh hancur taksampai 25minit...

Kadang2 punca perbalahan bukan besar sangat pun...setakat berebut awek, si A takpulangkan baju Avenged Sevenfold si B..dah la pulangkan sebulan pastu, takbasuh plak tu...takcakap kat sape2, aku citer ni pasal orang kt planet Marikh, takda kaitan dgn sape2 orang Bumi pun.. =)

kesian alien ni, aku fitnah dia...sori cik alien


Kadang2 disebabkan ego dan perasaan taknak mengalah, masing2 taknak mengalah (ayat dah bengong, menaip pukul 4pagi). Maka perbalahan ni berlanjutan sampai 1tahun, 2tahun...ada yg tak bertegur sapa sampai 7-10tahun...mmg kuat betul ego masing2...

Manusia memang takbleh nak lari dari pelbagai masalah, masalah dengan kawan, rakan sekerja, pasangan, ibubapa, lecturer....tapi suatu hari nanti, tak kira lah betapa egonya kita taknak cakap dgn seseorang tu, kutuk maki macam2...

hentikan tabiat mengumpat dan mengata org...silence is golden
lebih banyak kita bercakap, makin byk keperibadian kita terserlah pada orang (baik dan buruk)



Ada satu masa, kita terpaksa mintak tolong dengan dia...sebab dah takda org lain yg kita boleh harapkan, takda org lain yg boleh buat tugasan tu sebaik dia...waktu tu lah kita akan sedar, takda gunanya benci membenci...menyusahkan diri sendiri...

there's no else i can trust...pleaseeee ʕ•ᴥ•ʔ


Lebih baik beranikan diri, bersemuka dengan dia...dan minta maaf awal2...lebih baik tebal muka sekarang, daripada tebal muka mintak maaf & mintak pertolongan dia di kemudian hari...



Jadi, kalau ada kawan2 korang yang penah buat salah, makan nasi bungkus kita, pakai deodoran korg tanpa kebenaran, dia kritik perangai kita dgn kata2 yg agak keras, rampas awek kita, dia kantoi hack fesbuk kita dan lain-lain....takda salahnya kalau kita sendiri yg mintak maaf kerana berkasar/mencemuh dia...

setakat nasi bungkus 3ringgit, halalkan je lah ;p


Walaupun terbukti dia yang bersalah, tapi kalau kita yg pergi mintak maaf (sbb kesalahan kita duk kritik dia secara terbuka), aku rasa insan yg buat salah tu pasti akan rasa lebih malu dengan perbuatan dia....dalam masa yg sama, respek dia pada kita pun akan meningkat...sbb berani & sanggup rendahkan ego utk minta maaf...ramai manusia yg sanggup memaafkan, tapi takramai yang berani utk minta maaf...mintak duit pandai pulak...ish3    ¯\_(ツ)_/¯

Daripada simpan dendam dan kesumat, lebih baik memaafkan dan mintak maaf....hidup anda akan jadi lebih tenang dan tidur pun lebih lena.... ☜(⌒▽⌒)☞

Wassalam =)

Tuesday, March 19, 2013

Buang Tebiat Pagi Buta



Entah mengapakah HATI ku bergetaran,
Bila bertemu lagi 'crush' lama...



Ku cuba selindungkan API keresahan, 
Namun perasaan ini BERAPI di dalam....







Ku kira engkau sudah melupakan...
Kerna itu lah engkau nampak tenang...
Lain lah aku, walau ketika ini masih berbekas ingatan ku terhadap mu...











Kau pun berlalu dengan bagasi merah mu
tinggal aku sorang....

  






 








*makin jauh dan jauh dan jauh dan jauh...


masih mencuba memadam memori itu...


  
tata~assalamualaikum ;)

p/s: sangat menakjubkan apa yg boleh dilakukan oleh seorang yg tengah putus cinta ;D




Trimas kpd Aris Ariwatan - Lamunan Terhenti, berjaya membangkitkan nostalgia lama :')

Curhat di awal pagi

Biar menjauh dari menghampiri..
Agar tak berulang kelukaan hati...
Biar lah putus tak bersambung lagi,
andai diingati sedih pun kembali...



Dan bila ku berhadapan,
teringat kenangan silam yg menghiris perasaan lama terpendam...
Rasanya sudah terlewat untuk ku terima tiap kekesalan...

Biarlah aku dengan caraku...
Selama ini tidak kau peduli...
Sedari dulu tidak sedikit pun aku terima kasih dan sayang mu.... :'(


Kopi pasta dari lagu Kapilla - Biar Berjauhan ^_^v

Sunday, March 10, 2013

Hukum Pakai Baju Kalimah Allah

Assalamualaikum,

Pada asalnya aku niat nak buat baju yang ada tertulis ALLAH atau GOD, tapi aku nak jugak cari hukum2 / pendapat orang bijak agama...boleh ke nak tulis kalimah tu atas baju...kang takpasal dapat dosa free..

Jadi, setelah mencari-cari..aku rasa aku dah dapat jawapan dia...

mengikut Majlis Fatwa, memakai baju yang mempunyai tulisan ayat Al-Quran:
Jawatankuasa berpendapat ayat-ayat al-Quran dan tulisan-tulisan bagi perkataan yang dimuliakan oleh Islam tidak boleh dijadikan lukisan pada kain untuk dijadikan pakaian kerana dibimbangi membawa kepada penghinaan dan sayugialah (oleh itu) dicegahkan.  

Rasanya memang tak wajar tulis kalimah Allah atas baju kerana baju tu nanti korang akan buat masuk jamban, campak dalam bakul, masuk dalam washing machine, korang jemur, dah kering angkat, campak2 untuk lipat, masuk dalam almari, sampai satu masa bila warna dah pudar entah2 jadi kain buruk atau kain lap kaki...


Tambah lagi dah la ada yang pakai baju ada kalimah Allah, yang pakai tu tak tutup aurat, seluar ketat, ada yang pakai legging, campur laki perempuan, entah2 ada mat2 rempit dok bonceng minah2 rempit yang bukan muhrim. Bagi aku ini adalah penghinaan secara terang2an kepada kalimah Allah...


Untuk maklumat lanjut dan bukti gambar contoh2 yang aku sebutkan tu, boleh klik link sumber kat bawah tu :)



Sumber : 
http://mforum1.cari.com.my/archiver/?tid-703011.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...