Thursday, September 2, 2010

Surat Tunjuk Sebab

Muhammad Fahmi Faiz bin Mohd Rosli,
Pelajar Diploma Kejuruteraan Komputer,
Kolej Kediaman UniMAP (KKF),
Seberang Ramai,
02000 Kuala Perlis,
Perlis.
No. Tel: 013-*******
_________________________________________________________________________________
Puan ####################
Pensyarah Kursus ##### ##### #######
PPK Komputer dan Perhubungan,
Universiti Malaysia Perlis,
PERLIS                                                                                                               1 September 2010

Puan,
SURAT  TUNJUK  SEBAB  GAGAL  HADIR  KE  KULIAH

Merujuk kepada surat pihak tuan yang bertarikh 26 Ogos 2010, yang bernombor rujukan UniMAP:PPKKP/AM/PL/01/Jld.2(  )
Di sini saya ingin mengemukakan sebab-sebab mengapa saya tidak dapat hadir ke sesi kuliah/ makmal/ tutorial yang berada di bawah kelolaan puan.

2.            Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf atas kelewatan membalas surat dari pihak puan berhubung dengan ketidakhadiran saya ke sesi kuliah/ makmal/ tutorial. Ini adalah kerana saya baru menerima surat tersebut pada 1 September 2010 sedangkan surat tersebut bertarikh 26 Ogos 2010. Walaubagaimanapun, saya memahami kekangan yang dihadapi oleh pihak puan memandangkan terdapat banyak faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelewatan ini berlaku.

3.            Sesungguhnya saya menyedari bahawa kursus ####### – #####  #### merupakan kursus teras dalam bidang kejuruteraan dan saya begitu kesal dengan tindakan saya yang gagal menghadirkan diri ke sesi kuliah/ makmal/ tutorial melebihi 3 kali sepanjang tempoh ******** hingga ********. Berikut merupakan antara sebab-sebab dan faktor utama yang menyumbang kepada kegagalan saya untuk hadir ke kuliah ######  ##### yang di bawah kelolaan puan.

4.            Antara alasan yang boleh saya kemukakan ialah kelewatan saya untuk membuat persiapan diri sebelum ke kuliah. Semua ini disebabkan sikap saya yang alpa untuk mengunci jam penggera pada telefon bimbit saya sebelum tidur pada setiap malam. Selain itu, saya juga mempunyai tabiat untuk menekan kekunci ‘OFF’ apabila penggera pada telefon bimbit saya berbunyi. Sikap saya ini telah memberi impak yang begitu besar kepada kehadiran saya ke kuliah. Memandangkan kebanyakan kuliah puan adalah pada jam 0800, maka saya acapkali terlewat tiba atau gagal menghadirkan diri ke kuliah puan. Namun begitu, solat Subuh tetap saya tunaikan kerana itu merupakan keutamaan saya.

5.            Selain itu, saya juga kerap ketinggalan bas atas faktor-faktor yang telah disebutkan seperti di atas. Oleh kerana pemandu bas mempunyai sikap menepati masa, iaitu bertolak ke Jalan Sarawak (lokasi kuliah/ makmal/ tutorial #### ####) pada jam 0750, saya telah ketinggalan bas. Amat menyedihkan serta mengecewakan saya kerana apabila saya tiba ke tempat menunggu bas pada jam 0755, saya dapati bas menuju ke Jalan Sarawak telah bertolak. Saya akui ‘ketinggalan bas’ merupakan kesalahan yang berpunca dari diri saya sendiri dan saya tidak akan sekali-kali menyalahkan pihak pengurusan bas atas kegagalan saya untuk menghadirkan diri ke sesi kuliah/ makmal/ tutorial yang berada di bawah penyeliaan puan. Saya berjanji akan mencontohi sikap pemandu bas yang menepati masa.

6.            Merujuk kepada surat puan, saya boleh dihalang daripada menduduki peperiksaan akhir sekiranya tidak mengambil sebarang tindakan. Oleh disebabkan saya telah menghantar surat ini, maka saya amat berharap puan dapat membenarkan saya menduduki peperiksaan akhir. Ini kerana, peperiksaan akhir merupakan matlamat utama bagi setiap pelajar. Adalah begitu mengecewakan saya sekiranya puan mengambil keputusan untuk menghalang saya daripada menduduki peperiksaan akhir.
Dengan ini, saya berjanji akan menghadiri sesi kuliah/ makmal/ tutorial kelolaan puan pada masa hadapan melainkan ada urusan mustahak atau komitmen lain yang perlu dipenuhi. Semoga permohonan saya ini dipertimbangkan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


_________________
(MUHAMMAD FAHMI FAIZ BIN MOHD ROSLI)
Pelajar Diploma Kejuruteraan Komputer,
Universiti Malaysia Perlis.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...