Muhammad Fahmi Faiz *******,
Pelajar Kokurikulum ******,
Hostel Universiti *****,
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu.
No. Tel: 011-********
________________________________________________________________________
Encik *****
Penasihat Kelab *****,
Universiti *******,
TERENGGANU 25 November 2015
Encik,
SURAT TUNJUK SEBAB GAGAL HADIR KE LATIHAN
Merujuk kepada perkara di atas, di sini saya ingin
mengemukakan sebab saya tidak dapat menghadiri kelas latihan ***** pada
hari Sabtu, 21 November 2015.
2.
Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana tidak memaklumkan terlebih awal
kepada pihak kelab mengenai ketidakhadiran saya pada hari tersebut. Ini kerana,
saya mengalami sakit kepala yang agak teruk dan mengalami panas badan
menyebabkan saya tidak larat untuk ke sesi latihan.
3. Disebabkan amat letih, saya tidak pergi
mendapatkan rawatan di klinik dan hanya makan panadol yang dibeli di kedai
runcit sahaja. Maka, saya tidak dapat mengemukakan surat sakit dari doktor.
Namun begitu, saya berjanji akan cuba menghadiri latihan pada
masa akan datang. Seandainya saya tidak dapat menghadirkan diri, saya akan
memastikan bahawa saya memaklumkan ketidakhadiran saya kepada rakan-rakan saya.
Sekali lagi, saya ingin memohon maaf atas kealpaan saya tidak memaklumkan hal
ini kepada pihak kelab.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
_________________
(MUHAMMAD FAHMI FAIZ *******)
Pelajar Kokurikulum *****,
Universiti *********.
*nota penulis: adalah disarankan 'surat tunjuk sebab' menggunakan font Times New Roman, size 12, Justify. Ia akan menampakkan anda lebih profesional dalam penulisan bertaip komputer.
No comments:
Post a Comment