Tuesday, September 20, 2011

Penghantar Pizza VS Mahasiswa/i

Assalam, 


Sebelum aku start entry serius aku,,nak bagi korang baca lawak ni jap....kalau lucu, 


gelak...kalau tak lucu, jgn kutuk aku...aku copy je ni...huhu


Al-kisah adalah seorang makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah


syarikat besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai, 


pemalas, bos baru ni pon bercadang nak ajar mereka sikit untuk hari pertama dia kat 


kompeni tu.

So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat serta merta. Memang malang tidak 



berbau, apabila dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan 



memandang kepada lelaki berkenaan...

"Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras

"Dalam RM800"...pekerja tu menjawap

Bos tu menjawap...


"Nah amik ni Rm800, BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI KERJA TEMPAT 



LAIN"

Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek. Bos tadi memandang sinis kesemua 



pekerja2 nye, seperti dia mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat!

Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas..Sebelum bos itu 



masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,

"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza je boss, bukan keje sini pun".

T_T

P/S: untung nye jadi penghantar pizza...hahahah...




Ok, dah baca kan? So, now i want u all put on your thinking cap...hehe






Perbezaan mahasiswa universiti dan penghantar pizza


1. Gaji penghantar pizza adalah RM800 sebulan, manakala duit PTPTN mahasiswa (diploma) adalah RM2500 satu semester (6 bulan)


2. RM2500 itu akan ditolak RM1000 utk bayar yuran pengajian universiti..maka tinggal lagi RM1500.


3. Jumlah gaji penghantar pizza utk 6 bulan adalah RM800 X 6 = RM4800


4. RM4800 penuh adalah milik penghantar pizza...takperlu bayar balik kepada syarikat seperti duit PTPTN kerana ianya bukan pinjaman.


5. Penghantar pizza dapat RM4800 (gaji bersih) utk kerja 6 bulan..tak termasuk gaji overtime dan elaun pekerja terbaik bulanan.


6. Mahasiswa/i hanya dapat menikmati RM1500 utk 6bulan.


7. Waktu kerja penghantar pizza adalah mengikut syif dan bukan 24jam, manakala tugas mahasiswa adalah sepenuh masa.


8. Sekiranya penghantar pizza itu mempunyai rekod yg cemerlang, takpernah ponteng kerja...mungkin dapat naik pangkat jadi cashier, kemudian pengurus cashier, kemudian penolong pengurus restoran pizza...dan mungkin dapat jadi pengurus restoran pizza... =)


9. Mahasiswa/i setelah bergraduasi, adakah mampu mencari kerjaya yg setaraf dgn pendidikan yg diperoleh? Kerana kebanyakan graduan universiti amat memilih dlm bidang kerjaya...nak apply kerja pengurus syarikat, tp lulusan diploma jek...


10. Penghantar pizza (yg telah menjadi pengurus syarikat pizza) meminjam loan dengan bank utk mengembangkan perniagaan pizza. Sudah pasti beliau mampu membayar loan kerana setiap orang yg banyak duit terutama nye di bandar2 spt Kuala Lumpur, Paris, London...akan makan pizza sekurang2 nya 2 minggu sekali...











11. Graduan lepasan diploma ingin sambung study ke peringkat ijazah, master, PhD...pinjam duit dgn PTPTN....selagi beliau tak bekerja, selagi itu lah graduan tersebut tidak mampu utk membayar hutang PTPTN yang berpuluh ribu tuh...


12. Pengurus syarikat pizza (yg dahulu nye dikenali sbg 'penghantar pizza') telah berjaya mengembangkan cawangan restoran beliau ke seluruh Malaysia. Tiba lah masanya utk beliau mendirikan rumah tangga.


13. Graduan mahasiswa masih lagi menuntut di universiti...mempelajari sesuatu yang kemungkinan besar takkan diaplikasikan dlm kehidupan seharian mahupun alam pekerjaan. Contoh nye, adakah beliau akan aplikasi Thevenin Equivalent Circuit Theory apabila menjadi pengurus syarikat ICT ? Saya ragu2 tentang itu.. :D


14. Graduan tersebut perlu membayar hutang PTPTN sebelum mahu meminang anak dara orang...kalau hutang keliling pinggang, ada ke ibubapa yang nak bagi anak dara mereka kat beliau??




Sekadar renungan dan bacaan ringan sahaja, tiada kaitan yg hidup atau yg mati...waima yg dalam kandungan ibu..., durian yang baik dijadikan tauladan, durian yang buruk jadikan tempoyak sempadan....


Assalam =)



2 comments:

Ai Nelang said...

trimas sebab ingatkan aq...huhuhu

FahmiFaiz said...

ingatkan ko? ingatkan ape weh?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...