hatbit

Friday, September 9, 2011

Topup dan Simpack Prepaid Kena Cas 6% o_o

Assalamualaikum,


Satu Malaysia dah kecoh pasal kenaikan 6% harga tambah nilai (topup) dan pembelian simpack utk prepaid. Mula2 aku ingat benda ni kawan2 aku nak kelentong je...rupe2 nye mmg betul setelah ramai lagi kawan2 aku duk post benda yg sama kat Facebook.







RM 0 Pelanggan dihargai, mulai 15/9/2011, semua pembelian reload & pek permulaan prabayar akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan yang berkenaan. Info: www.celcom.com.my


Petikan Paper Online

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.


Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan ITU, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini.


Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.


Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.


Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.


Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.


Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.


Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.


Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.


"Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan," kata kenyataan itu. 







Jadi, kesimpulannya kalo korang nak beli topup RM5..kena bayar RM5.30
Kalau nak beli topup RM10..kena bayar RM10.60...
Adoih, sumpah leceh...nak kena pi cari duit syiling plak...

Kalau yang part-time jual topup/kredit,,macam aku ni..taktau la mcm mana...mesti pening kepala nak topup...



Yang aku pelik nye...nape dorang buat 6% ?
Kenapa tak buat 2% atau 3%...ataupon 5%...

By the way, rakyat Malaysia mmg cepat bertindak dalam sesuatu isu...
Skarang dah ada page ni...hehe...bertambah satu lagi page kat Fesbuk... :D



Kami bantah cukai 6% untuk produk reload & simpack

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...