Assalam,
Wah, panjang tajuk entry aku kali ni...aku tau takde sape yg nak baca blog buah-buahan aku nih...so, peduli hape aku nak letak tajuk cmne pon,kan? Haha...
Cuba tengok tajuk entry ni...pernah tak seseorang mengucapkan kata2 macam tu? Aku yakin takde sape penah cakap mcm tu...siapa laa yg bodoh sgt nak pergi cakap bahawasanya dia tu bodoh?
sila jangan terasa, sekadar gambar hiasan...hehe
Biasa nye kita akan mendengar orang bercakap,
Jangan nak perasan pandai laa, aku lagi PANDAI dari kau...Jadi, aku cuba membayangkan kalau ada orang yg cakap macam tu depan aku...cmne lah agak nye situasi tersebut ye..hehe
By the way, aku nak quote definisi 'BODOH' yang diciplak daripada Wikipedia berbahasa Melayu...
Kebodohan atau kedunguan ialah sifat seseorang, suatu tindakan atau kepercayaan yang terjadi akibat atau menandakan kecerdasan rendah atau lemah kemampuan belajar. Hal ini sering kali digunakan sebagai perkataan yang memaki dan menghina kerana ia mempunyai konotasi negatif. Dengan itu istilah bodoh atau dungu ini amat sensitif kepada semua orang kerana perkataan ini merendahkan imej seseorang.
Oleh itu, dapat dikenalpasti bahawa istilah bodoh berkait rapat dengan pemikiran dan otak manusia...berkait rapat dengan kecerdasan akal & kemampuan belajar..
Namun begitu, harus diingatkan juga bahawa setiap manusia mempunyai kelebihan masing2...weh, apasal ayat aku taip formal sgt nih?
Setiap orang dikurniakan oleh Tuhan dengan kepandaian dan kebodohan masing-masing...setiap manusia itu pada awal nya adalah bodoh & naif..taktahu apa2 pasal kehidupan kt dunia ni...tp bukan nye evolusi yg menyebabkan setiap manusia mengenali dunia...ia adalah kerana pengajaran secara formal & tidak formal yg telah diajar oleh makbapak masing2 (maaf kalau ibubapa anda sudah tiada) dan orang2 sekeliling yg telah berjaya mengajar anda..
Kita ambik contoh mcm Mr. Bean la kn...watak Mr. Bean ye, bukan nye Encik Rowan Atkinson..Encik Atkinson sangat pandai...(Rowan, pasni belanja aku nasi lemak ye)
Mr. Bean walaupon penampilan dia mcm bodoh, tp sangat kreatif dan menggunakan ke'kreatif'an beliau sebagai salah satu cara utk berdepan dgn masalah2 yg datang...
Dalam erti kata lain, setiap manusia diberikan akal & fikiran utk menyelesaikan masalah...jadi, jangan fikir bahawa anda bodoh hanya kerana takpandai Matematik Tambahan...kerana anda mungkin seorang yg master & profesional dlm bermain yoyo... :D
Dan bagi aku, cuma ada beberapa jenis manusia je kat dunia ni yang betul2 BODOH...tapi jangan terasa la kalau kena kat batang hidung anda sendiri ye... ^_^
1. BODOH SOMBONG.
Manusia yg gini sejak azali mmg bodoh..bukan setakat bodoh, malah beliau taknak dan takde usaha langsung utk mengurangkan kebodohan yg ada dlm diri dia...
Memang betul bahawa setiap kali kita belajar suatu benda baru, kita akan rasa lebih bodoh kerana kita akan sedar bahawa banyak lagi benda dlm dunia ni yg kita taktau...tp tu bukan alasan utk kita berhenti belajar...tak semesti nya belajar psl benda2 akademik je...belajar mcm mana nak tanak nasi, belajar siang ikan..masih dikira sbg pembelajaran.... :)
2. BODOH BERLAGAK PANDAI
Dapat dijumpai di kawasan yg banyak geng2 bijak pandai, tapi terselit gak sorang dua yg sedikit kurang pandai...bagi aku, manusia gini lebih bagus kerana dorang bergaul dgn golongan cerdik pandai..maka dorang akan mendapat la gak tempias nye..
Bak kata pujangga,
"Kalau anda berkawan dengan tukang besi, maka anda akan berbau seperti tukang besi...jika anda berkawan dgn penjual minyak attar (minyak wangi), maka anda akan harum & wangi sepanjang hari"
3. PANDAI BERLAGAK BODOH
Golongan yg mcm ni mmg aku paling sakit hati...sebab walaupon dorang pandai, tapi dorang berlagak seolah2 dorang taktau atau takpenah belajar langsung ttg sesuatu hal itu..
Contoh nye, seorang top student di dlm kelas asyik bertanyakan tentang soalan2 yg basic...even budak paling bodoh dlm kelas tu pon tau psl benda tu..kemon la, takkan la korang taktau, bahawa Gunung Everest merupakan puncak yg tertinggi kat Bumi?? Itu pon nak buat muka terkejut beruk ka?
4. TAKNAK MENGAKU BODOH
Okey, takde siapa dlm dunia yg akan mengaku dia bodoh,kn? Maksud aku ni ialah meskipun dia dah berdebat berjam-jam dengan seorang nih...dia masih taknak mengaku kalah..masih menegakkan benang yg basah (sebenarnye, anda mampu menegakkan benang yg basah,,cuba lah sendiri ;D )
Oleh kerana ego yg tinggi, dia masih taknak mengalah....bermati-matian mempertahankan pendapat yg salah...walaupon dah terbukti dlm internet & media cetak, bahawa pendapat dia tak betul...
Dan mungkin banyak lagi jenis2 bodoh dlm dunia ni...cukup lah empat ni je..sbb ada di antara yg empat ni pon dah kena batang hidong aku sendiri...
Last but not least, susah sangat ke nak mengaku anda bodoh & taktahu? Kalau taktahu, mintak tunjuk ajar drpd yg pakar (yg rasa diri mereka tak bodoh)
Jangan tipu diri anda sendiri mengatakan bahawa anda tidak bodoh...kerana setiap orang pasti akan ada satu benda (at least) yg dia taktahu..takkan la semua benda dia tahu...kan ? :)
Okey, setakat ni je kot entry aku yang merepek meraban kali ni...bye
Wassalam =)