Tuesday, May 8, 2012

Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Kerja – Sakit Perut

Muhammad Fahmi Faiz bin Mohd Rosli,
Pegawai Kesihatan Veterinar,
Bahagian Ayam Daging,
Ayam Itik Aviary Sdn. Bhd.,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.
No. Tel: 013-*******
__________________________________________________

Tuan ###############
Bahagian Disiplin Pekerja,
Ayam Itik Aviary Sdn. Bhd.,
43300 Seri Kembangan,
SELANGOR                                              15 April 2012


Tuan,
MENYATAKAN SEBAB KETIDAKHADIRAN KE TEMPAT KERJA – SAKIT PERUT

Merujuk kepada perkara di atas, saya merupakan salah seorang pegawai kesihatan veterinar di Ayam Itik Aviary Sdn. Bhd. telah tidak hadir pada 12 April 2012 (Khamis). Oleh itu, saya telah diarahkan untuk memberikan surat tunjuk sebab kepada pihak atasan mengenai ketidakhadiran saya ke tempat kerja pada hari tersebut.

2.    Untuk makluman pihak tuan, pada pagi hari kejadian tersebut saya mengalami diarrhoea. Saya telah berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan penyakit yang menimpa diri saya. Saya mendapati kes cirit-birit yang berlaku pada diri saya ini disebabkan oleh keracunan makanan.

3.     Saya akui bahawa saya gemar untuk menjamu selera di gerai-gerai makan yang tumbuh bagaikan cendawan di kawasan syarikat kita. Walaupun kebersihan gerai makanan tersebut boleh dipertikaikan, namun disebabkan faktor keenakan juadah yang disediakan membuatkan saya dan rakan-rakan sekerja yang lain alpa dan lalai akan faktor kesihatan.

4.       Saya menyedari hakikat bahawa saya ialah seorang pegawai kesihatan. Tetapi saya berharap pihak tuan tidak menganggap bahawa saya imun atau kebal terhadap semua jenis penyakit. Saya hanyalah manusia biasa yang akan dihinggapi penyakit sekiranya tahap imunisasi badan saya lemah. Oleh itu, adalah diharapkan agar pihak tuan dapat memaafkan saya kerana tidak dapat hadir ke tempat kerja buat julung-julung kalinya.

5.        Seperkara lagi, saya tidak dapat melampirkan salinan kebenaran untuk cuti MC kerana doktor yang merawat saya menyatakan bahawa borang untuk cuti MC telah kehabisan. Kata beliau, borang cuti MC yang baru masih dalam proses pencetakan. Namun begitu, beliau telah memberi kebenaran untuk saya bercuti selama satu (1) hari (tiada borang). Bersama ini, dilampirkan satu foto tulisan tangan beliau yang menyatakan bahawa saya layak untuk mendapat cuti.

6.      Akhir kata, besarlah harapan saya agar pihak tuan tidak mengambil tindakan tatatertib terhadap saya, hanya kerana saya sakit perut pada hari kejadian. Kerjasama dan perhatian pihak tuan saya ucapkan ribuan terima kasih. Saya berjanji akan memaklumkan kepada pihak atasan terlebih dahulu sekiranya mempunyai hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan.



Sekian, terima kasih.

Yang benar,


__________________
(MUHAMMAD FAHMI FAIZ BIN MOHD ROSLI)
Pegawai Kesihatan Veterinar,
Bahagian Ayam Daging,
Ayam Itik Aviary Sdn. Bhd.


3 comments:

Anonymous said...

ini worang ?? hahah..

Anonymous said...

hey apeda ini worang..doktor tu tak sekolah ke? hahaha

Anonymous said...

Ini doktor tulis ke anak dokter yg tulis?? Haha... kena ngaji bahasa melayu ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...