Kebakaran itu berlaku berdekatan dengan simpang tiga Jalan Kangar-Alor Star-Marhom Kayang. Ia juga berdekatan dengan Kluster Penyelidikan UniMAP.
Kebakaran itu yang berlaku di sebuah rumah berdekatan dengan stesen minyak Petronas telah menyebabkan beberapa dinding kedai makan tersebut menjadi hitam kesan akibat hangus terbakar.
Namun begitu, penulis tidak dapat bertanyakan maklumat lanjut mengenai kebakaran tersebut kerana adalah agak mustahil untuk meminta pemandu bas shuttle untuk berhenti seketika.
Ketika penulis sedang melalui tempat kejadian, orang ramai telah berpusu-pusu mengerumuni tempat kejadian tersebut. Beberapa biji kereta bomba dilihat sedang menyemburkan air ke arah kawasan api yang dilihat sudah padam.
Namun, beberapa keping gambar sempat diambil dan dirakam ketika pasukan bomba sedang leka memadam kebakaran.
(klik gambar utk tumbesaran)
Kebakaran yang berlaku berhampiran Jalan Dato' Ali itu telah menyebabkan lalu lintas di kawasan itu menjadi sesak. Ini sangat menghairankan penulis kerana sebelum ini, jalan tersebut tidak pernah sesak sedemikian rupa.
(klik gambar utk tumbesaran)
Dapat dilihat wayar hos paip air sedang dialirkan ke rumah tersebut. Pada ketika ini, pasukan bomba dan kereta peronda polis sudah mula memenuhi perkarangan kawasan kedai makan tersebut.
Tidak ketinggalan ialah krew berita RTM (Berita Ehwal Semasa) dan kereta Kancil milik krew Sinar Harian.
(klik gambar utk tumbesaran)
Penulis mengandaikan bahawa premis yang terbakar itu adalah sebuah kedai makan berikutan kewujudan beberapa buah meja serta kerusi yang menyerupai sebuah kedai makan (rujuk gambar).
Adalah sukar bagi penulis untuk mengenal pasti punca kebakaran kerana tidak berkesempatan untuk menemuramah pemilik kedai makan tersebut.
Namun, mujur kebakaran tersebut sempat dipadamkan terlebih dahulu sebelum ia merebak ke stesen minyak yang berdekatan yang jauhnya hanya sepelaung atau 50 meter daripada tempat kejadian.
UPDATE: Nama kedai makan tersebut ialah Nasi Campur Selera Kampung, Ikan Bakar dan Ulam-ulaman...perghhh,,sedap nyee..terliur plak nak makan ikan bakar cicah budu..hehe
5 comments:
wow...ade gaya penulis berita yg hebat.. haha.. :0
haha,,ape yg hebat nye? Biasa2 jek...lagipon dah lama tak update blog..jari-jemari ni laju je manaip..
Btw, cantik tak tulisan saya nih?hehe :P
Abah, dulu spm mesti Bm A kan? teror la abah ni...
tulisan tetap bur.... haha.. tp tkpe, nsb baik pandai mengarang,,, kalo akk jadi ckgu, tak jadi nk mrh tulisan bur.. sbb ank muridnya pndai mengarang cerita dongeng.. dongeng ke? kuikui
nuyen: opkos la abah dpt A bahase melayu... :D
cik sopi: ape bende tulisan bur... tuh??
apa maksud bur... ??
cerita dongeng? ini betul2 kejadian,,bukan rekaan!! :P
Post a Comment