hatbit

Monday, May 9, 2011

Pelanggan Diutamakan ^_^

Salam,

Pada pagi Isnin ni aku nak citer pasal sorang pelanggan aku. Dia berurusan dengan aku pakai Lelong.com.my

Let 'pelanggan'= Encik X

  Alkisahnye, Encik X ni nak membida barangan yg aku jual, iaitu SanDisk MicroSD 4GB...aku letak kos utk pengeposan ialah RM10...Encik X bida sampai RM20..

Jadi,
            RM20
+     RM10
       RM30


Sepatut nye Encik X bayar RM30 la,kan? Tapi rupe2 nye, Encik X ni pandai...dia emel aku...

"mohon budi bicara ,
Boleh tak sekiranya kos pengeposan di tukar kepada RM 3.50 ( POS EKSPRES ) saiz medium 6 x 9...kerana saya salah seorang staff Pos Malaysia .."
Wah.. aku  memang percaya bahawa dia ni staff Pos Malaysia...ye laa, jarang seorang rakyat Malaysia mengetahui saiz sampul Pos Express  saiz medium... :D
Encik X ni siap upload gambar lagi..ni haa gambar nye...


Jadi sekarang ni Encik X hanya perlu bayar RM24...aku pon terpikir, camne la aku nak untung gini...sebab harga modal microSD kad tu RM23..tolak pulak kena beli sampul PosExpress RM3.50...jadi, aku habis RM26.50
 Tapi, Encik X hanya bayar RM24....aku dah rugi RM2.50
Isy, takboleh jadi ni...jadi aku pon terpikir nak gi beli microSD kad yg lain...dan shipping address tu aku letak alamat Encik X.. ;D

Maksudnye, 
Encik X bayar RM24 kat aku
|
V 
Aku bayar RM23 kepada penjual microSD
|
 V 
Penjual microSD hantar microSD kpd Encik X
|
V
Encik X dapat  microSD
|
V
Aku untung RM1
Okey la tu untung seringgit daripada rugi,kan? Sekarang ni, dua-dua hepi...eh bukan, tiga-tiga hepi...kenapa?

Manusia-manusia yang hepi:
-Aku (untung RM1)
-Encik X (dapat microSD)
-Penjual microSD (aku dah beli microSD dia..hehe)

Dalam erti kata lain, aku dah jadi orang tengah antara Penjual microSD 
dengan Encik X...erm, betul ke?
Adil dan saksama tak aku nih? ;D

















No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...