hatbit

Thursday, February 23, 2012

Apabila Denda RM500 Dikenakan Kepada Mereka Yang Tidak Menutup Aurat

KOTA BHARU – Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita 

beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini 

dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota 

Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup 

aurat di sini malam kelmarin.


Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-

BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan 

tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat 

dengan sempurna.


Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-

undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 

2002).



gambar sekadar hiasan



Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu 
dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan 
aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.
“Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan 
pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat 
walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika 
Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini,” katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai 
tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan 
ketat serta berseluar panjang ketat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...