Monday, February 13, 2012

Holga 120GCFN : Kamera Analog Pertama Ku

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pembaca, 

Tiada apa-apa yg penting untuk dikatakan, hanya mahu mengatakan bahawa wishlist pertama saya dah separuh tercapai :D 

Anda boleh membaca wishlist pertama di sini :) 


Sekarang, apa yang saya harapkan dalam wishlist adalah 120CFN Holga ... saya cuba mencari di Mudah.my dan jumpa versi 120FN .. 120CFN mempunyai color filter dan flash, manakala 120FN hanya mempunyai flash biasa (tanpa color filter) 
Dipendekkan cerita, aku tak dapat kamera tu... orang lain yang beli terlebih dahulu .. pada harga RM100 (USD 33) 

Dan beberapa hari yang lalu, aku cari lagi kat Mudah .. jumpa 120GCFN Holga.. yang bermakna ia mempunyai color filter + flash + glass lens .. kebanyakan Holga hanya mempunyai lensa plastik yang membuatkan harga nya murah ...pemilik asal jual dgn harga RM100 ...bagus drpd yg sebelumnya,kn? ;D 




Ini lah Holga pertama aku...jadi hari ni, aku pergi ke Kangar untuk membeli beberapa filem utk kamera ni.. kamera hanya menggunakan filem 120, yang agak besar berbanding dengan filem 35mm ..



Dalam Holga (tempat letak bateri & filem)

filem yg sudah digulung ke dalam kamera

Filem 35mm lebih kurang mcm ni...

Masa aku kecik2 dulu, family aku banyak guna filem jenis ni dalam kamera analog mereka .. tetapi aku tak pernah mendapat peluang untuk memegang salah satu filem (aku masih seorang kanak-kanak)

Dan sekarang, aku menggunakan filem 120.. lihat foto di bawah


Ini adalah filem yg aku beli di Kangar hari ini .. Fujicolor filem (expired), dibeli di kedai Gambar Oscar dengan harga RM12 (USD 4). Aku beli dua.=)

Di bawah adalah kedai Gambar REX .. bukan yg ni :P





Di bawah adalah pembungkusan filem dan filem sebenar





Holga ni boleh mengambil antara 12 dan 16 gambar, berdasarkan apa mask size yg dimasukkan ke dalam petak filem ~ satu frame 16 bingkai dengan saiz 6 x4.5cm setiap satu roll dan 12 frame x 6cm ... tapi malangnya, aku hanya ada 1 mask, 16 keping .. tetapi ok, aku boleh mengambil lebih gambar :D


Baru snap 9 gambar, lagi 7 gambar utk filem ini .. frame ke 10 dah ready..korang boleh tengok kat bahagian merah, nombor 10 (terbalik) menunjukkan bahawa frame ke-10 dah ready utk di snap..


Selama hampir 2 jammencari Kangar dan dapat mengambil 9 gambar..(tidak banyak)Jika pakai kamera digitalmungkin akan mendapat 20-30 gambar atau lebih ... tetapi apabila guna kamera analogmesti menyimpan filem pada babak-babak yang paling menarik .. tak boleh membazirkan filem .. kualiti gambar adalah penting .. :P

Aku ada jumpa beberapa gadis comel dan amoi.. tetapi tak berani nak request jadi model saya ... lalala ~


Jadi, saya snap dengan kucing, bangunan, sungai, beberapa monumen menggunakan B-exposure dan normal ..

Baik, saya akan update hasilnya apabila selesai cuci & develop filem ..

Ok, bye

Wassalam =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...