Friday, March 16, 2012

Duit Syiling Funfair?

Assalamualaikum & selamat petang,


Aku baru lepas membeli belah kat Aneka Kangar tadi...dan cashier tu bagi baki 70sen (sekeping 50sen & sekeping 20sen)


Mula-mula, aku ingat cashier tu bagi 50sen dan sekeping duit Siam/Thailand...entah2 duit token funfair, hehe..sebab kaler syiling tu kaler kuning keemasan....bila aku nak bagi balik kat cashier tu, baru aku perasan...tu duit syiling 20sen yg baru keluaran tahun 2012...


Nasib baik aku pernah buat entry pasal duit syiling design baru ni..kalau tak, mungkin aku akan buang dalam tong sampah...sila baca kat sini...


http://cempedakmalaya.blogspot.com/2011/09/rekabentuk-baru-syiling-malaysia.html



Kalau nak tengok perbandingan saiz dengan duit syiling lama, sila tengok gambar kat bawah ni...


Klik gambar utk tumbesaran... :)



muka syiling bahagian hadapan (muka)




muka syiling bahagian belakang (ekor)


Kalau korang ada jumpa duit syiling baru ni kat tengah jalan...ambik la ye...buat kenang-kenangan...sebab awal tahun ni, jarang boleh jumpa... :)

Sekian,

Wassalam =)

1 comment:

Cik Sopi said...

awal taun lepas akak dpt syiling baru, 50sen, 20 sen ngan seposen dari kaunter KTM kl sntral.. memula excited sgt la kan dpt duit baru.. so simpan dlm dompet..
balik kampung, pgi JJ ipoh, ohh.. time baru rasa yang duit baru tu sangat la tak convenient.. nk masuk parking pun kene rejet ..nk guna vending machine? lagi la tak applicable..
pegi kuala kangsar, bagi duit tu kat cashier, dia ckp "eh ni duit thailand tak laku ni"
akak ckp " eh tu duit baru la."
cashier tu blur, rupanya dia tktau pun kewujudan duit baru.. hurmm

susah asyik dok tukar duit baru ni.. sume sistem kene tukar..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...