hatbit

Tuesday, April 26, 2011

Kopi Radix VS Nescafe

Salam,

Aku baru je lepas balik dari bilik Lan...ajar dia buat blog...beliau baru nak try masuk dunia blogging ni..kalau nak try tengok progress blog dia, try bukak link ni.. =) 
Dont expect he will write anything great, because he is new to blogging...huhu

Sampai je kat bilik aku, aku terus buat air..air kopi...kopi Radix...takkan tak kenal kopi Radix? Produk keluaran HPA..syarikat bumiputera...


Gambar kat atas ni aku dapat drpd hasil carian aku kat Gopal Google. Kalau nak tengok weblink dia...sila klik kat sini..

Yup, memang banyak khasiat Radix ni (berdasarkan penceritaan dan pengalaman orang). Aku baru try kopi radix ni dua tiga kali je...sebelum ni aku suka minum kopi pracampuran dari syarikat Nescafe...my feveret? Nescafe 3-in-1 Regular..





Gambar ni pon ambik drpd google...tengkiu banyak2 encik google...you have been very kind to humankind... =)

"Hmm, paket sama merah tapi isi lain-lain"

Dan sekarang pon aku masih meminati neskafe nih...sebab utama aku kurang gemar kopi radix adalah bau dia yg agak tidak menyenangkan pada hidung ku...maybe aku dah terbiasa ngn bau kopi nescafe sampai aku takbleh nak terima bau radix...

Tapi, ni bergantung pada individu la...kalau aku tak brape suke kopi radix, tak semesti nye kopi ni taksedap & takbagus....pendapat aku ni cuma minoriti je...aku rasa ramai lagi rakyat Malaysia yg gemar dan suke akan Radix nih...

Kalau rakyat Malaysia takgemar, takkan la syarikat HPA boleh mengembangkan sayap nye dlm pelbagai bidang...siap ada Radix Fried Chicken, Radix Cola, Radix Chicken House dan berbagai jenis Radix lagi.... :D

Aku cuma nak cakap, jangan sokong sesuatu produk hanya kerana produk itu buatan Bumiputera...sokonglah produk itu kerana kualiti nye, khasiat nye dan sejauh mana produk itu boleh memberi faedah kepada kita...

Tapi, kalau produk yg berkualiti, berkhasiat dan berfaedah itu adalah keluaran Bumiputera....adalah lebih baik kita sama-sama sokong...untuk kemaslahatan kita bersama... =)

Akhir kata, semoga syarikat HPA akan berkembang maju dan dapat menaikkan nama Malaysia dan umat Islam dengan tersebar nye empayar HPA ni...

Thanks for reading...wassalam =)

p/s: entry ni bukan nak promote atau bodek HPA...cuma berbangga dengan pencapaian syarikat ni... =)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...