hatbit

Friday, April 29, 2011

Wow, I've fucked up my computer!!

Salam diberi pembuka kata,

Tersebutlah kisah bahawa netty booky ku telah diserang oleh anasir dlm badan menyebabkan keluar nye  BlueScreen of Death sebanyak berpuluh-puluh kali. Maka, terpikir lah inisiatif untuk memformat kembali Windows XP tersebut kerana terdapat nye sebuah software yg telah diinstall terlebih dahulu ke dlm netty booky ku yg diberi nama CloneZilla. 



Setelah mencuba buat pertama kali, berjaya akhirnye. Namun kejayaan yg dikecapi tidak lama kerana BlueScreen of Death sentiasa mencari peluang dan kesilapan walau sekecil kuman. Dan akhirnye, beliau berjaya menerobos dan menghancurkan sistem komputer ku. Ini terbukti apabila ku hendak menge'boot' sistem ku, ia kembali menge'boot' tidak henti-henti. Menyebabkan Windows XP tidak dapat berfungsi dengan baik langsung.

Adalah dipercayai bahawa kegagalan Windows ini berpunca drpd masalah yg sudah berakar umbi dan telah lama bertapak di hard disk drive ku yg berjenama Samsung. Bukanlah niatku utk mencemuh Samsung, kerana jenama ini telah terkenal di seantero dunia. Mungkin juga kegagalan hard disk ini berpunca drpd sikap ku sendiri. Ku malas nk letak cooling fan bawah netbook ini. Mungkin  netbook ini kepanasan.

  
Setelah berfikir, ku mengambil keputusan utk mencuba install Linux Ubuntu di netbook ku. Berbekalkan pendrive yg telah diisi dengan installer Ubuntu yg telah diisi oleh encik Adamidon, ku telah berjaya me'lari'kan (run) Ubuntu di netbook ku. 

Oleh kerana kejayaan melarikan Linux di netbook ku, ku telah mencuba pula utk meng'install' Ubuntu di hard disk ku. Namun, apabila program itu bertanyakan:

"Adakah anda hendak menghapuskan semua partition di dalam hard disk ini?"

Ku menjawab 'YA' pada soalan itu. Ku telah terlupa bahawa masih terdapat folder dan fail-fail yg agak penting tersimpan di dalam folder D://
Akibat nye semua fail, video, muzik, gambar dan semua nye yg disimpan di dalam D:// telah hilang tanpa khabar berita. 

Tetapi itu bukan semua nye (But that's not all), installation Linux Ubuntu telah mengalami kebuntuan akibat drpd hard disk yg telah disahkan 'imminent' (Apakah itu imminent? Ku tidak tahu..)


Maka, telah disahkan pada saat dan ketika ini bahawa semua folder peribadi yg disimpan di dalam D:// telah hilang DAN Ubuntu masih tidak dapat di'install'. 
Namun, berita baik nye adalah OS Windows XP dah hilang. No more BlueScreen..hahahaha >:D

Berdasarkan pembacaan yg ku peroleh dari internet, (anda boleh klik di sini) Ubuntu mempunyai banyak faedah dan kelebihan berbanding Windows. 

Oleh itu, apabila elaun ku sudah masuk nanti, akan ku membelanjakan ia utk membeli hard disk yg baru. Kemudian akan ku pergi ke kedai komputer yg berhampiran utk meng'install' Linux Ubuntu. Ku tak mahu install sendiri, bimbang akan hancur lagi hard disk ku yg baru itu..


 Oh ya, apakata ku tukar processor..daripada Intel Atom kepada Intel i7...muahahahaha....boleh meletop netbook HKV ku ini... xD

p/s: entri ini telah di'post' menggunakan OS Linux Ubuntu... ^o^


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...