hatbit

Tuesday, December 28, 2010

Green Laser:MalingSia atau IndonSial?

Salam,

First of all, diucapkan TAHNIAH kpd team Harimau Malaya sbb dah kalahkan Garuda 3-0…harap2 korang kentalkan semangat utk match kat Stadium Bung Karno plak…tapi tak tau la AFF nak benarkan main kat sana..sbb dalam paper tunjuk stadium tu dah tunggang langgang..haha

Nape? Sbb penyokong Garuda tak puas hati..dorang nk beli tiket..tapi tiket dah abes..ish3, kesian kamu ya… :D Akibatnya, di robek2 stadium itu..habis tu, nak main kt mne?



Kalau AFF tak bagi main kat Stadium Gelora Bung Karno, alamatnya main kt stadium neutral la..maybe kat Singapore…sbb Singapore berjiran ngn Harimau Malaya & Garuda… yang aku tak puas hati, dorang panggil stadium kita, Stadium Bukit Jahilliyah…kang aku hempuk gak mat indon tu… >:(


Tapi, semua orang duk bengang pasal kejadian suluh-menyuluh laser hijau…disebabkan Markus komplen, abes sume tergendala kejap…sampai kan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah  merangkap Presiden FAM  pun turun dari pentas…memang serius betul la kejadian ni yek...



Persoalannya, pihak mana yang terlibat…aku pon bukak la internet…dgn kelajuan internet yang slow kat umah aku (tp, still bleh akses FB..haha)..aku start menggeledah blog2 orang lain…siap ada forum lagi pasal bende nih..biasa la,, mat2 indon ni suke kecoh..dari dulu lagi,,sbb dorg tak puas hati team dorang kalah..start la buat forum2 yg tah pape…



Ada ke cakap team Malaysia ‘main curang’…kalau dah tak reti main ‘sepakbola’..duk diam aje la…korang punye la banyak pemain import…tapi sat upon tak bleh nak  jaringkan gol…
Tapi, papepon setiap benda ada hikmah nye…lepas insiden tu, game trus start balik..tak sampai 15minit, gawang Garuda dibolosi…haha

Sedang aku belek2 internet tu, (aku dah tak bleh akses internet bergerak..connection slow..huhu) aku terbaca la website Oh Tidak ni…ghope2 nye, supporter Indon yg start dulu tyme pusingan penyingkiran kat Stadium BungKarno dulu…try bukak website kat bawah ni…


Haa, sape yg start dulu…MalingSia atau IndonSial? :D


Saturday, December 25, 2010

Ulangtahun Faiq dan Motor

Salam,
Dah lama aku tak update blog ni..habuk tebal giler..seinci dah kot..hehe..ala, bukannya ada orang pon baca blog aku yg tak seberapa ni…ye ke?hehe..
Tanggal 23 Disember 2010, genap la umur 8tahun adik bongsu aku, Muhammad Fahmi Faiq bin Mohd Rosli..dia memang petah bercakap atau dalam bahasa kasar nye…suka melawan cakap..macam aku kecik2 dulu..hehe


Ada je modalnya nak balas balik nasihat kitorang kat dia…orang suruh baca buku, ngaji Quran, mula la liat serta memberi pelbagai alasan yang superb dan kadang2 tak terpikir oleh pemikiran orang dewasa..aku nak bagi contoh, tapi aku sendiri tak ingat perkara apa yg dia melawan..huhu
Parent aku cadang nak celebrate besday dia minggu depan sbb sekarang ni tak sempat nak buat preparation…disebabkan kitorang baru lepas menggali ubi kayu kat belakang rumah, maka secara tidak rasminya..bengkang ubi kayu homemade buatan ummi menjadi kek harijadi si Faiq..haha..tapi walaupon sekadar bengkang, still sedap woo..
23 Disember gak merupakan ulangtahun pertama motor abah aku kena curik…motor jenis Honda Wave kaler merah yg macam pic kat bawah ni..



Nombor plat motor abah aku DAX 6962..aku letak nombor plat ni bukan apa…mana tau korang terjumpe nombor plat yang serupa macam ni…tak kira la nombor plat tu melekat kat motor, kereta, bas, lori treler, waima kapal terbang sekalipon…inform la kat aku..
Tapi, aku rasa motor tu takde harapan dah nak jumpa…agak nye pencuri motor tu dah cerai-berai kan satu2 motor abah aku…jual kat kedai motor jadik sparepart..
Aku tak boleh nak bayang motor abah aku yang berkilat tu jadik macam motor kat bawah ni..huhu..mesti sebak giler pemilik motor ni…motor ni entah model ape pon aku tak tau..tak boleh nak kenalpasti dah…


Sekian, wasalam… =)

Wednesday, October 20, 2010

Mengapa.......

Mengapa aku terlalu gembira pabila sang mentari
       memancarkan senyumannya yang terik kepadaku…

Mengapa aku baru menghargai sinaran mentari
       di kala senja hendak melabuhkan tirainya…

Mengapa aku baru menjumpai permata di celahan kaca
      tatkala semuanya sudah terlambat…

Mengapa kau begitu gembira mencoret di dinding-dinding awam
       sedangkan hendak melihat ke dinding emas pun tidak berdaya…

Mengapa kau datang dan pergi sesuka hatimu
       umpama jajahan ini sudah menjadi taklukanmu…

Mengapa kau membahagiakan rakyatku
       sedangkan kehadiranmu di jajahan ini cuma seketika…

Mengapa kau memberiku bunga
       dan kemudian kau cantasnya daripadaku dengan rakus…

Mengapa perjanjian yang ku cuba capai
      tidak mendapat balasan darimu…

Mengapa aku masih menghulurkan tangan
       meskipun  kau sudah menggenggam M16…

Mengapa aku tegar menghantar merpati kepadamu
       sedangkan aku tahu kau akan menembak mereka dengan kejam…

Mengapa setelah sekian lama berperang
       baru sekarang kau mahu melakukan gencatan senjata…

Mengapa tatkala mereka membina jambatan penghubung
       kau pula sibuk membina tembok benteng yang begitu kukuh…

Mengapa aku masih tidak bahagia
       meskipun sudah banyak bunga yang ku cuba petik…

Mengapa aku masih menangis di kuburan yang tiada penghuninya
       sedangkan kau bahagia berpesta di sana…

Hanya Engkau dan engkau yang mengetahui.......


Wednesday, September 22, 2010

$$$$$$$$ $$$$$

$$$$$$$,

$$$$$$ $$$$  $$$$$$$.
$$$$$$$$$$$$$$$$$$  $$$$$$$$$$$$$$$$$$  $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$  $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$  $$$$$$$  $$$$$  $$$  $$$$$  $$$$$$$$$ $$$  $$$$$$  $$$$!!!

$$$$$$$$  $$$$$$$$$  $$$$$$$$$$$$,,  $$$$$$$$$$$$$$,  $$$$$$$$$$$$$$$$  $$$$$$$$$$$$$$$$$$  "$$$$$$$$$  $$$$$$$$$$$$"  $$$$$$  $$$$$$$$$  $$$$$$ $$$$$$$$$$  $$$$$$$$$$$$$$$$$$  $$$$  $$$$$  $$$$$$  $$$$  $$$$$$.  $$ $$$$$$$$$$$$$$  $$$$$$$  $$$$$$$$$$   $$$$$$$$$$$ $$$$$$ $$$ $$$$$,  $$$$$$$ $$$$ $$$$  $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$  $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$  $$$$$$$$$$   $$$$$ $.....



$$$$$$$$$   $$$$$$$$$$$ ,  $$$$$$$$$$$$ $$$$$$$$$$$$$$$  $$$$$$$$$$$$$$$$   $$$$$$  $$$$$$  $$$$$$$$  $ $$$  $$$$$$  $$$ $$$$$$$$  $$$$$$...

$$$$$$$$$  $$$$$$$$$$$$$$  $$$$$$$$$$$$$$$  $$$$$$$$$$$$$$$$$$ $$$$$$$$$$$$$$$$  $$$$$$  $$$$   $$$$$$$$.  $$$ $$$$   $$$$  $$$$$$$  $$$$$$$$$ $$$$$  $$$$$  $$$$$$$$  $$$$$$$$$????

$$$$$$$$$$$$$.......  =)

Thursday, September 2, 2010

Surat Tunjuk Sebab

Muhammad Fahmi Faiz bin Mohd Rosli,
Pelajar Diploma Kejuruteraan Komputer,
Kolej Kediaman UniMAP (KKF),
Seberang Ramai,
02000 Kuala Perlis,
Perlis.
No. Tel: 013-*******
_________________________________________________________________________________
Puan ####################
Pensyarah Kursus ##### ##### #######
PPK Komputer dan Perhubungan,
Universiti Malaysia Perlis,
PERLIS                                                                                                               1 September 2010

Puan,
SURAT  TUNJUK  SEBAB  GAGAL  HADIR  KE  KULIAH

Merujuk kepada surat pihak tuan yang bertarikh 26 Ogos 2010, yang bernombor rujukan UniMAP:PPKKP/AM/PL/01/Jld.2(  )
Di sini saya ingin mengemukakan sebab-sebab mengapa saya tidak dapat hadir ke sesi kuliah/ makmal/ tutorial yang berada di bawah kelolaan puan.

2.            Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf atas kelewatan membalas surat dari pihak puan berhubung dengan ketidakhadiran saya ke sesi kuliah/ makmal/ tutorial. Ini adalah kerana saya baru menerima surat tersebut pada 1 September 2010 sedangkan surat tersebut bertarikh 26 Ogos 2010. Walaubagaimanapun, saya memahami kekangan yang dihadapi oleh pihak puan memandangkan terdapat banyak faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelewatan ini berlaku.

3.            Sesungguhnya saya menyedari bahawa kursus ####### – #####  #### merupakan kursus teras dalam bidang kejuruteraan dan saya begitu kesal dengan tindakan saya yang gagal menghadirkan diri ke sesi kuliah/ makmal/ tutorial melebihi 3 kali sepanjang tempoh ******** hingga ********. Berikut merupakan antara sebab-sebab dan faktor utama yang menyumbang kepada kegagalan saya untuk hadir ke kuliah ######  ##### yang di bawah kelolaan puan.

4.            Antara alasan yang boleh saya kemukakan ialah kelewatan saya untuk membuat persiapan diri sebelum ke kuliah. Semua ini disebabkan sikap saya yang alpa untuk mengunci jam penggera pada telefon bimbit saya sebelum tidur pada setiap malam. Selain itu, saya juga mempunyai tabiat untuk menekan kekunci ‘OFF’ apabila penggera pada telefon bimbit saya berbunyi. Sikap saya ini telah memberi impak yang begitu besar kepada kehadiran saya ke kuliah. Memandangkan kebanyakan kuliah puan adalah pada jam 0800, maka saya acapkali terlewat tiba atau gagal menghadirkan diri ke kuliah puan. Namun begitu, solat Subuh tetap saya tunaikan kerana itu merupakan keutamaan saya.

5.            Selain itu, saya juga kerap ketinggalan bas atas faktor-faktor yang telah disebutkan seperti di atas. Oleh kerana pemandu bas mempunyai sikap menepati masa, iaitu bertolak ke Jalan Sarawak (lokasi kuliah/ makmal/ tutorial #### ####) pada jam 0750, saya telah ketinggalan bas. Amat menyedihkan serta mengecewakan saya kerana apabila saya tiba ke tempat menunggu bas pada jam 0755, saya dapati bas menuju ke Jalan Sarawak telah bertolak. Saya akui ‘ketinggalan bas’ merupakan kesalahan yang berpunca dari diri saya sendiri dan saya tidak akan sekali-kali menyalahkan pihak pengurusan bas atas kegagalan saya untuk menghadirkan diri ke sesi kuliah/ makmal/ tutorial yang berada di bawah penyeliaan puan. Saya berjanji akan mencontohi sikap pemandu bas yang menepati masa.

6.            Merujuk kepada surat puan, saya boleh dihalang daripada menduduki peperiksaan akhir sekiranya tidak mengambil sebarang tindakan. Oleh disebabkan saya telah menghantar surat ini, maka saya amat berharap puan dapat membenarkan saya menduduki peperiksaan akhir. Ini kerana, peperiksaan akhir merupakan matlamat utama bagi setiap pelajar. Adalah begitu mengecewakan saya sekiranya puan mengambil keputusan untuk menghalang saya daripada menduduki peperiksaan akhir.
Dengan ini, saya berjanji akan menghadiri sesi kuliah/ makmal/ tutorial kelolaan puan pada masa hadapan melainkan ada urusan mustahak atau komitmen lain yang perlu dipenuhi. Semoga permohonan saya ini dipertimbangkan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


_________________
(MUHAMMAD FAHMI FAIZ BIN MOHD ROSLI)
Pelajar Diploma Kejuruteraan Komputer,
Universiti Malaysia Perlis.



Wednesday, September 1, 2010

Ikrar Kesatria

Salam,
Aku tulis entry ni sebab aku x ingat Ikrar Kesatria....dlm usaha aku nak menghafal ikrar ni..aku rasa baik aku taip je kat blog...mana tau bleh lekat kat kepala..hehe

Dah la esok kitorang ada baris pagi...tiap2 pagi Rabu...kalo aku "bernasib baik" terpilih utk jd pembaca ikrar, x ke naya..huhu

***********************************************************************************************************

IKRAR KESATRIA

Kami berikrar:


1. Beriman kepada Tuhan dan bertaqwa kepada-Nya.


2. Setia kepada negara dan sedia berkorban demi kepentingannya dengan tidak sekali-kali mengenal menyerah.


3. Memegang teguh disiplin tentera dan senantiasa menjunjung tinggi sikap keperwiraan dan kehormatan tentera.


4. Mengutamakan perlaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas.


5. Menyimpan rahsia negara dengan seketat-ketatnya.

***********************************************************************************************************

Ha, kalo aku nak hafal benda ni...xpayah susah2 belek kertas...kat dalam blog aku pon ada...bukak je..hehe..senang.. =)

Ok, sekian...selamat malam...
Wasalam... =)

Monday, August 30, 2010

Happy Birthday Aish & Fasihah...

Salam,

Hari ni aku nak wish Hepi Besday kat 2orang adik aku....
Yg pertama, Nurin Fasihah binti Mohd Rosli....besday die 29hb Ogos, 1999
Tahun depan kamu UPSR...(tu pon kalu Kerajaan Malaysia nak buat UPSR... =D)
Semoga sentiasa sukses dlm pelajaran...dan sentiasa dgr cakap umi&abah...jgn lawan cakap (hehe..aku tyme kecik pon bukan nye dgr sgt ckp umi&abah)
Tapi, apa2 pon yg baik jd kan tauladan, yg buruk jd kan sempadan... =)



Yg kedua, Muhammad Fahmi Faris bin Mohd Rosli....besday die 30hb Ogos, 1996
Jgn memain dah...umur da masuk 14tahun ni...study molek, PMR tahun depan je ni....
(Jgn ingat abah xreti Geografi, abah lg terer dari kamu...hahaha)
Lain kali buat kijo skoloh kalu toksey keno piat ngn abah....hehe
Kelik rayo ni bwk sumo buku2 hok ado kijo skoloh tuh...pastu jgn tinggal kt umah plak...haha



Kepada sume yg akan balik kampung 3hb dan 8hb ni...semoga sampai ke kampung dengan jayanya....
Wasalam..... =)

Friday, August 27, 2010

Ariel dan Luna??? Hebat sangat ke??

Salam,
Beberapa bulan yg lalu, umat Islam kt Malaysia dan Indonesia dikejutkan dgn gmbar atau video panas Ariel dan Luna….aku baru tau je…hmm, sorry la aku ni kadang2 malas nk layan cite2 gini….(chewwah…hehe)
Aku pon pelik….nape la dorg ni sibuk2 nak gembar-gemburkan isu ni…benda remeh je….alaa, kalo setakat Luna tu….aku dah tgk byk kali dah…..dah naik jemu aku tgk…

Bentuk badan Luna tu bukan nye lawa sgt pon….xmenarik lgsung…sebatang je aku tgk….besar sikit drpd lidi…hahaha
Hisy, tolong la….cmne korg bleh gatal nk tengok Luna pon aku xtau…
Yg si Ariel tu pulak….badan pon kurus keding je….ade tulang rusuk je….hahaha xD
  
Hmm, padan la si Ariel dgn Luna tu….satu kurus, satu keding…..hehe
Yg aku pelik, nape isu dorg ni diheboh-hebohkan? Ate, kalo udah deme nak bersama….bior le…walaupon aku rasa mmg pelik gak kalo dorg bersama…. =D

Tp, yg pasti masyarakat kat Barat xde pon amek kisah pasal hal dorg ni….ye la, org2 Barat ni open-minded…..
Mybe korg yg baca entry aku ni akan geleng kepala…xcaye aku mcm xamek kisah pon hal Ariel ngn Luna ni….tp, kamon la…takkan la benda mcm ni pon korg nak kecoh????
Aku tau, mybe aku lambat siarkan entry psl dorg berdua ni…sbb tu cite ni dah mcm suam2 kuku je…

Anyway, tadi aku search kat internet….aku nak tgk la gambar dorg berdua-duaan ni….naseb baik aku jumpa…..tp, tu la…aku pelik….ape yg menarik ngn Ariel dan Luna ni sampai org ramai pakat nak download video dorg??
Ni haa, gambar dorg yg aku jumpe kt internet….kpd sesapa yg belom tengok atau xpuas lagi tgk gambar dorg…..silakan2, jgn malu2….aku tengok pon selambe jer….xde feeling langsung…huh..





Ha, da puas hati?? Hmmm, ntah la….kalo gamba dorg yg mcm ni pon korg layan….aku xtau nak ckp ape dah…..drpd aku layan gambar Luna dgn Ariel ni, baik aku ready siap2 utk SOLAT JUMAAT….lagi bagus, ade gak pekdah nye….
Anyway, kalo sesape yg tau kenapa gambar Luna & Ariel hot…. (gambar yg aku tunjuk kt atas tu)….
Jgn lupa komen kat KomenBox kat area tepi blog aku ni….aku da naik pening pikir…. (@_@)
Okeh, chao dulu….
Wasalam =)

Thursday, August 26, 2010

My Superb Dad...

Salam,
Ini hari aku nak cerita pasal abah aku....lantak korg la nak ckp apa pon...

"Ekeleh, pasal bapak die pon nak cite kat sini"

Oit, suke ati aku la, ni blog aku...kalo tak suke bukak blog lain... =P

Dari kecik lagi aku mmg respek ngn abah aku...bese la tyme tu budak2 lg,kan? Kebanyakan kanak2 akan bangga ngn abah/bapak/ayah dorg...xkira la ayah dorg keje ape pon....tukang kayu, penoreh getah, cikgu, askar, waima drebar kapal terbang sekalipon....
Sape2 yg pernah tgk cite "Afi dan Abah" kat Astro Ceria mesti tau betapa bangga dan seronok nye ada abah yg penyayang... =)

Jd, aku nak cite psl abah aku...abah aku keje polis...pangkat koperal je..xde la sampai inspektor...tp, tyme kecik2 dulu aku mmg minat nak jd polis...kirenye mcm nak sambung legasi la..hehe...sampai skang ni aku still minat nak jadi polis...tp, abah aku mcm xsokong sgt cita2 aku tu...die cakap:

"Faiz xpayah jd polis la....keje polis ni penat...cukup la abah sorg jd polis..."

Kalo tyme mood die baik...mmg best borak ngn die...aku suke tanye psl undang2 kat die...pasal kesalahan jalan raya, narkotik, prosiding kat mahkamah...byk benda aku boleh belajar ngn die..
Abah aku dah beberapa kali pindah tempat keje..mybe, sbb tu die byk pengalaman...dari Balai Polis Pekan Baru, Ipoh..pindah ke Felda Bersia, Gerik...pastu skang ni bertugas kat IPD Jeli, Kelantan..

Sekarang ni tugas die escort OKT (orang kena tahan) ke mahkamah utk perbicaraan...
Arituh, aku ada ikut die gi prosiding kat Mahkamah Tanah Merah, Klate...aku setakat duduk kat galeri awam je...jgn harap aku nak duduk kat kandang tertuduh...mintak dijauhkan la...huhu
Dalam beberapa jam aku duk kat situ...byk jugak cite dan info yg aku dapat...
Drpd etika dlm mahkamah sampai la jenis2 kesalahan yg dibicarakan....

Satu lg yg aku suke pasal abah aku ialah die mmg penyayang...kalo aku atau adik2 aku sakit atau demam...die yg akan bersusah-payah drive tgh2 malam utk beli ubat kat Klinik Leong...
Masa ktorg adik-beradik kena chickenpox pon die yg tolong sapukan ubat...mmg aku rasa bertuah dpt abah mcm ni...

I'm proud to have a dad like you.... =)

Sekian, wasalam.... =)

Wednesday, August 25, 2010

Bila Rasaku Ini Rasamu...


Salam,
Ni aku nak story sket pasal lagu indon yg aku tgh layan skang ni...nama band dorg Kerispatih...bukan kerispatah ye...lagu dia mmg jiwang gile...kalo korg tgk videoklip lagu ni, lagi la layan...tp, aku xnak masukkan video die kat sini sbb skang ni da pukul 2pagi...aku malas nak tunggu dia upload...lambat la.. =P Korg cari la sendiri kat Youtube...aku stakat bg lirik die dah la,kn?haha...



Bila Rasaku Ini Rasamu-Kerispatih

Aku Memang Terlanjur Mencintaimu
Dan Tak Pernah Ku Sesali Itu
Seluruh Jiwa Telah Ku Serahkan
Menggenggam Janji Setiaku

Kumohon Jangan Jadikan Semua Ini
Alasan Kau Menyakitiku
Meskipun Cintamu Tak Hanya Untukku
Tapi Cobalah Sejenak Mengerti

Bila Rasaku Ini Rasamu
Sanggupkah Engkau Menahan Sakitnya
Terkhianati Cinta Yang Kau Jaga

Coba Bayangkan Kembali
Betapa Hancurnya Hati Ini Kasih
Semua Telah Terjadi

Aku memang terlanjur Mencintaimu....

Pergh, lirik die mmg mantap...kena plak kalo layan sekali ngn video die...sayu gila tgk videoklip die...huhu
Walaupun intro video dorg pasal nak rompak bank...tp, peristiwa yg jadi kat bank tu yg buat aku respek gila ngn hero video ni...bukan semua lelaki sanggup buat mcm tu...dah, xnak story lebih2, nanti spoil plak...hehe

Ni pandangan peribadi aku je la, xde kena mengena ngn org lain....
Aku tgk lagu indon zaman sekarang ni lebih jiwang...lagu dorg boleh diibaratkan mcm lagu2 melayu era kegemilangan rock kapak & rock cintan zaman 80-an dan 90-an.....
Aku lebih suka lagu yg aku senang nak paham lirik die...baru senang nak menghayati lagu tersebut...hahaha
Terusterang aku cakap...aku mmg xminat ngn lagu2 indie zaman sekarang ni...kadang2 aku xpaham langsung lirik die...xde kena mengena langsung....no offense..huhu

Aku rasa kebanyakan budak2 klate mempunyai citarasa lagu yg bercorak sentimental...sbb tu kalo korg check MP3 player atau henpon bdk2 klate, mesti ade lagu2 wings, search, BPR, exists....lagu2 ni dah segar dlm palotak ktorg...
Tak dinafikan mmg ade gak yg minat lagu2 indie...tp aku rasa, most of them lagi minat lagu rock kapak...SinarFM tu mmg sentiasa berkumandang di corong radio ktorg...haha =D

Tp, papepon study first, nak layan lagu boleh je....tp kena la buat keje sekolah...btoi dop? Kalo layan muzik je tanpa henti, keje skolah tak usik langsung, baik xyah gi skolah... =)

Ok la, setakat ni je la aku nak tulis...esok nak bangun pagi...sahur...ade baris pagi plak tuh..kalo lewat, x pasal2 kena denda...huhu
Wasalam =)

Monday, August 23, 2010

Orientasi PALAPES UniMAP Intake ke-6

Salam,
Pada 19hb hingga 22hb Ogos 2010, minggu orientasi Palapes telah diadakan di Kolej Kediaman Wang Ulu…secara overall, orientation yg mmg best…Intermediate tunjuk cara nak kilat kasut, layout pegawai, dll…Palapes bukan stakat memerlukan kemantapan fizikal atau tubuh badan…tp, yg paling penting ketahanan mental..kalo mental xkuat, mula la nak keluar baris..sbb xtahan kena PT..

Logo PALAPES


Petang tu, ktorg kena Physical Training aka PT kat padang…mmg best..mcm2 PT yg ktorg xpenah buat dorg tunjuk…dari skuad jump yg biasa, sampailah ke airborne (stail terjun udara..mmg best..haha)
Cuma ktorg xberkesempatan  nak buat CommandoRest…Inter xbagi..bahaya sgt..lgpon bulan puasa, inter takut ade effect kat ktorg.. (sayang jugak Inter kat Junior ni..haha). Aku paling xboleh tahan buat starjump…buat 5kali pun dah letih..sampai hari ni lenguh lagi tgn2 aku ni..

Malam tu, kitorang diajar cara nak buat wardance (tarian perang). Tujuan wardance adalah utk naikkan semangat askar dlm battle…ktorg dimaklumkan setiap pasukan ada wardance masing2…xkira la Palapes, RAMD, atau apa2 sekalipon…tetiba aku teringat kat pasukan 10 Briged PARA…dorg ni geng2 komando…cmne la dorg punyer wardance..mesti gempak gila…aku nak cari kt Youtube pon xbleh…UniMAP ni dah block laman web video/file sharing..huhu…kalo nak bukak youtube, tpaksalah aku guna broadband…
Wardance Palapes UniMAP pon hebat gak…intro dah mcm Crows Zero…mmg berlari sungguh2…malam tu sempat gak la aku mengetuai group aku wat wardance…hehe..merasa jugak la jd ketua wardance.. =D

Then, pagi esoknye Young Officer aka Y.O. akan check bilik ktorg...dorg ni dah ditauliahkan pd bulan 6 tahun 2010, skarang ni pangkat dorg Leftenan Muda..aku harap aku bleh bertahan dlm palapes sampai jd mcm dorg..
Pagi tu, ktorg kena kemas bilik stail layout pegawai…biasa la, ktorg kan bakal jd pegawai..hehe..
Disebabkan aku dari Kg.Wai, bilik yg aku duk kt Wang Ulu tu stakat bilik tumpang je la..nak kemas lebih2 pon malas..akibatnya, kena la pumping 20kali dan Y.O. tenyeh habuk debu kat pipi aku ni..hehe
Lepas para Y.O. siap check aras ktorg, satu aras kena panggil berbaris kt luar…mcm2 Physical Training (PT) ktorg kena…starjump, sukhoi, front support (pumping)…semua ni disebabkan rumah aku dan kawan2 yg xkemas…haha

Tp, yg paling best bila ktorg ‘dinaikkan pangkat’ jd Skuad Artileri…pergh, nama skuad ni mmg stylo,kn?haha..padahal kena PT yg teruk gak… =D Letih nak angkat ‘muncung’ meriam ktorg…kena tembak 30o menghala ke kanan…impact in 10seconds…BOOM..haha..
Kalo 30o atau 90o ktorg bleh tahan lagi, tp kalo 2o atau 1o, mmg seksa la…huhu..tp, aku rasa lg baik jd skuad artileri drpd jd skuad ribena…skuad ribena kena starjump brape kali entah…nasib baik aku xkena mcm dorg..huhu

Aku ni jenis yg minat PT..aku pon xtau nape…tp, mmg suka kena denda gitu, dgn cara ni je aku bleh tau keupayaan sebenar badan aku…adakah aku bleh tahan pumping 50kali..erm, xboleh kot..hehe..
Pagi ni, bila datang kuliah, mmg ramai geng2 Inter..aku nak tegur pon takut…(dorg pesan, kalo jumpa inter atau senior, tegur la)…tp, aku sempat tegur Tuan Muadzam je la… (p/s: Tuan, saya mmg respek tyme tuan buat demo PT Ribena..hahaha)

Aku nak letak gambar kat blog ni pon xboleh, salah satu sebab nye ialah ktorg xboleh tunjuk latihan ketenteraan kt orang awam…semua PT ni rahsia..kalo org awam tgk, mybe dorg akan igt mcm mendera, padahal xde pon…ktorg enjoy je buat semua ni..hehe (asalkan elaun masuk..ngee)
Lagi satu sbb nye, aku xbawak kamera, nak snap picture dgn ape? =D

Ok la, setakat ni la dulu…ketemu lagi di lain hari ya…
Wasalam… =)

Ilmu, Knowledge dan 지식

Salam,
Hari ni agak best jugak….start minggu ni ade test..dari test letrik circuit sampailah ICT…
Result yg aku dpt utk test letrik circuit td bleh tahan gak la…satu apa pon xbaca..dpt la markah lebih sket drpd mereka2 yg wt revision..hehe

Semua soalan aku jwb ikut pemahaman tyme SPM dulu dan ikut logik je…
Kalo soalan yg rumit sket, aku jwb ikut logik…jwpn aku mybe mcm jwpn bdk skolah rendah, tp biarlah org nk ckp ape pon…asalkan dpt markah..haha

Kadang2 aku tpikir…bleh ke budak sains hayat cm aku ni survive dlm atmosphere fizik?
Pastu, aku t’igt balik…tyme PMR dulu aku bukan minat sgt pon matematik…tp, cmne aku bleh dpt A utk subjek tu?

Kadang2 kita merendah-rendahkan keupayaan diri kita…padahal diri kita boleh capai benda tu…bila kita ckp kita xboleh buat…akhirnya, kita mmg betul2 xbleh buat…keyakinan diri dah hilang..it’s all about our mindset…
Aku rse aku ni average dlm semua bidang…biologi, fizik, kesusasteraan….semua boleh sumbat dlm palotak aku…erm, kecuali kimia…heheh..kimia mybe pening sket…tp, kalo aku konsentret betol2, InsyaAllah aku bleh wat… =)

Chemistry…teringat aku kat Cikgu Kamisah…die gune nama aku utk wat contoh…lawak gile tyme tu..
 “Faiz nak bg cincin kt makwe die…tp takde duit, so faiz amek wayar sidai baju, die gulung mcm cincin…pastu, electroplate cincin tu dgn silver (nak salut ‘cincin’ tu dgn silver)...”
Haha, maybe aku bleh try suatu hari nanti… =D

Subjek kimia tyme SPM aku bleh tahan lg..tp bila masuk matrik, aku jd hilang punca dlm kimia..mana taknya, Magic Triangle aku xigt langsung…mmg problem gila la…
Menyesal xikut ckp Cikgu Kamisah awal2…tp, dah xde guna..biarlah, yg lepas biar lepas..sekarang ni nak bukak buku baru…tp, taknak bukak buku kimia…hehe

Konklusinya, minggu ni mmg mencabar…nak kena wat revision especially subjek ICT…byk nak kena baca…huhu
Wokeh la, aku nak study ni…esok ade test Lukisan Kejuruteraan…huhu

Wish me luck…wasalam.. =)

Ape yg aku patut tulis kt sini??

Salam,
Ni 1st time aku menjerumuskan diri aku dlm kancah blog, jd kalo ade apa-apa yg tak kena...sila betulkan ye... =)



CempedakMalaya? Kenapa cempedak? Nape x letak nenas, nangka, ulamraja atau petai?
Hmm, ntah la...mybe sbb cempedak ni jarang dikomersialkan kt blog, jd aku rse t'panggil utk m'promosikan buah eksotik ni....
Lagipon, sebutan 'cempedak' tu stylo gak..hehe



Papepon, kpd otai-otai blogger skalian, kalo ade post aku yg xbrape manis utk dibicarakan, dipersilakan utk beri teguran...

Last skali, aku nak quote balik ape yg ustaz aku ckp masa kat Kolej MARA Kulim dulu...aku pggil die Ustaz Batista (xingat nama sebenar..huhu)...ktorg pggil gitu sbb muke die mcm Batista...hehe..best ngn ustaz ni..dah2, len kali plak story psl ustaz ni.. =D
Camni pantun die....

Yang jauh dikenang,
        Yang dekat disayang,
Yang baru ditatang,
        Yang lama dijulang.

Yg ni plak pantun yg aku ciplak dari orang zaman dulu...huhu

Buah cempedak di luar pagar,
        Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
        Kalau salah tolong tunjukkan.

Wasalam... =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...